Anda di halaman 1dari 4

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TALKING POINTS

MAJLIS PERASMIAN PERTANDINGAN BAHAS GURU PIALA


PUSINGAN YAYASAN GURU MALAYSIA BERHAD PERINGKAT
KEBANGSAAN SEMPENA GERAKAN MASSA: TERIMA KASIH
CIKGU SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KALI
KE-50 TAHUN 2021

TARIKH : 15 MAC 2021 (ISNIN)


MASA : 2.30 PM
TEMPAT : IMPERIAL HERITAGE HOTEL, MELAKA
PERASMI : YBHG. DATO’ PENGARAH, BPSH

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,


• Yang Berbahagia, Dato’ Wan Munadi bin Wan Mamat, Ketua
Pegawai Eksekutif, Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB)
• Yang dihormati, Encik Mohamad Yong bin Salleh, Ahli Lembaga
YGMB
• Yang dikasihi
• Barisan urus setia induk BPSH dengan bantuan penuh BSTP, BPG
dan UKK
• Barisan Juri pertandingan daripada semua Bahagian KPM
• Barisan pegawai-pegawai teknikal
• Pegawai-pegawai YGMB dan
• Semua Pengurus Pasukan dan Peserta Bahas Guru seluruh negeri

1
a. Alhamdulilah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dapat
bersama-sama Majlis Perasmian Pertandingan Bahas Guru Piala
Pusingan YGMB Tahun 2021.
b. Seperti yang sedia maklum BPSH selaku jawatankuasa induk
sambutan Gerakan Massa: Terima Kasih Cikgu (TKC) adalah
penganjur pertandingan bahas guru piala pusingan YGMB ini
dengan kerjasama YGMB sebagai penaja utama. Terima kasih
diucapkan kepada YGMB kerana sudi menaja pertandingan ini.
c. Matlamat utama penganjuran pertandingan adalah untuk
memartabatkan profesion perguruan dengan mengembalikan lagi
zaman kegemilangan profesion yang kita cintai ini.
d. Kalau kita sorot kembali kali terakhir pertandingan ini diadakan pada
Tahun 2008 kira-kira 13 tahun yang lepas. Saya percaya ada antara
tuan/puan yang menjadi pengurus pasukan atau pun peserta pada
pertandinga ini pernah menjadi peserta pertandingan bahas guru
tersebut.
e. Setelah melalui pelbagai perbincangan diperingkat urus setia maka
Tahun 2021 kita bugarkan semula pertandingan bahas guru ini
dengan konsep sedikit berbeza daripada biasa dengan mengangkat
tema Guru Mendepani Norma Baharu Dunia Pendidikan
bertepatan dengan situasi semasa serta konsep hari guru pada
tahun ini bertunjangkan dua elemen utama iaitu Malaysia Prihatin
dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
f. Objektif pertandingan ini adalah:
i. Meningkatkan daya kreativiti dan inovasi pendidik dalam
memacu pendidikan negara;
ii. memperkasa ketersediaan pendidik dalam mendepani
cabaran masa depan dunia pendidikan yang semakin
mencabar;

2
iii. menggalakkan pendidik meneroka amalan norma baharu
dunia pendidikan;
iv. melahirkan pendidik yang berkemahiran tinggi ke arah
melahirkan generasi berkemahiran, berbudaya tinggi serta
prihatin; dan
v. melahirkan pendidik yang menjadi suri tauladan berpaksikan
modal insan serta modal sosial.
g. Untuk makluman semua, pertandingan ini juga akan menjadi acara
utama tahunan setiap kali sambutan Gerakan Massa: TKC setiap
tahun. Pendek kata ada TKC, ada Bahas Guru bermula tahun ini.
h. Kelainan pertandingan bahas guru ini antaranya kita wajibkan
dalam syarat pertandingan wakil semua pasukan terdiri daripada
gabungan guru sekolah, pensyarah Matrikulasi, KV dan IPG kerana
kita mahukan penyertaan ini menyeluruh kepada semua institusi
pendidikan di bawah KPM.
i. Seterusnya ini buat julung kalinya di peringkat kebangsaan, kita
menggunakan 2 mod iaitu secara hibrid. Secara dalam talian
sepenuhnya pada pusingan awal bermula esok hingga 19 Mac 2021
dan secara bersemuka pada pusingan separuh akhir dan akhir pada
26 hingga 28 Mac 2021.
j. Selain itu, konsep pertandingan bahas guru kali ini juga sedikit
berbeza dengan yang sedia ada dengan suntikan elemen yang
menguji minda berfikir secara lebih kritis dalam melontarkan hujah
yang bernas bukan sahaja peserta tetapi juri itu sendiri akan sama-
sama berfikir diluar kotak secara spontan dalam sesi debat terbuka.
Perkara ini anda akan temui semasa pertandingan berlangsung
pada peringkat pusingan awal, separuh akhir dan akhir nanti. Pada
setiap peringkat akan ada cabaran berbeza dan pengalaman baru
yang akan dikutip oleh semua yang bertanding, inshaa allah. Oleh

3
itu, setiap pasukan wajib menghabiskan 3 kali pertandingan pada
pusingan awal ini.
k. Besarlah harapan kami di peringkat KPM dan YGMB sebagai
penaja utama agar pertandingan ini dapat berjalan dengan lancar
dan memberi impak kepada semua yang terlibat. Kami juga
memerlukan kerjasama serta komitmen yang tinggi daripada semua
pengurus pasukan dan juga pasukan teknikal negeri dalam
membantu menyediakan pasukan supaya perjalanan pertandingan
pusingan awal dan seterusnya dapat berjalan lancar dengan
jayanya. Saya yakin dan percaya semua wakil yang bertanding
adalah pilihan yang tepat membawa nama setiap negeri masing-
masing yang tidak perlu dipertikaikan lagi kehebatannya. Secara
tidak langsung ia juga dapat memartabatkan profesion keguruan
pada peringkat yang tertinggi. Kami juga berharap sifat daya saing
yang tinggi secara sihat dapat dilihat sepanjang pertandingan ini,
secara bahasa kasarnya dengan hebatnya anda semua berhujah
menyebabkan semua juri pening memilih pasukan yang terbaik
kerana kesemua adalah yang terbaik dengan kehebatan yang luar
biasa.
l. Akhir kalam, sebelum saya sudahi ucapan saya, dengan lafaz
Bismilahirahmanirahim, saya merasmikan Pertandingan Pusingan
Awal Bahas Guru Piala Pusingan Yayasan Guru Malaysia Berhad
Sempena Gerakan Massa: Terima Kasih Cikgu Bagi Sambutan Hari
Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-50 Tahun 2021.
m. Terima kasih dan saya serahkan kepada pegawai saya Encik Mohd
Fadly bin Saidin, selaku Pengurus Projek Pertandingan untuk
agenda seterusnya, dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai