Anda di halaman 1dari 4

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TALKING POINTS

MAJLIS PENUTUPAN PERTANDINGAN BAHAS GURU PIALA


PUSINGAN YAYASAN GURU MALAYSIA BERHAD PERINGKAT
KEBANGSAAN SEMPENA GERAKAN MASSA: TERIMA KASIH
CIKGU SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KALI
KE-51 TAHUN 2022 PERINGKAT SARINGAN

TARIKH : 11 MAC 2022 (JUMAAT)


MASA : 10.30 AM
TEMPAT : HOTEL MELIA, KUALA LUMPUR
PERASMI : YBRS. TIMBALAN PENGARAH KANAN,
BPSH

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,


Terima kasih Cikgu Nur Halinnah binti Ibrahim dari SK Putrajaya Presint
18(1) selaku pengerusi majlis pada hari ini.
Sebelum meneruskan ucapan, izinkan saya menyampaikan salam
daripada YBrs. Tuan Zainal bin Abas, Pengarah BPSH kepada semua
dengan lafaz assalamualaikum.
 Yang dikasihi,
 Barisan urus setia induk pertandingan dari BPSH yang
bekerjasama erat dengan BSTP, BPM, IPGM dan IPGK, Jemaah
Nazir, BPK, BSKK, BPG, UKK, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagai juri dan teknikal
pertandingan
 Penaja utama Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB)

1
 Pegawai-pegawai YGMB dan
 Semua Pengurus Pasukan, Peserta serta Teknikal Bahas Guru
seluruh negeri

a. Alhamdulilah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dapat


bersama-sama dalam Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan
Bahas Guru Piala Pusingan YGMB Tahun 2022 - Peringkat
Saringan.
b. Seperti yang YBRs. Dr/tuan/puan sedia maklum BPSH selaku
jawatankuasa induk sambutan Gerakan Massa: Terima Kasih
Cikgu (TKC) adalah penganjur pertandingan bahas guru piala
pusingan YGMB ini dengan kerjasama YGMB sebagai penaja
utama bagi tahun kedua. Terima kasih diucapkan kepada YGMB
kerana sudi menaja pertandingan ini.
c. Alhamdulilah setelah perbahasan berlangsung selama 3 hari
berturut-turut di peringkat saringan dengan penuh cabaran,
dugaan serta menguji minda peserta dan semua yang terlibat, hari
ini adalah hari yang sangat dinantikan oleh semua pasukan yang
bertanding.
d. Syabas dan tahniah diucapkan atas kesungguhan serta semangat
daya saing yang tinggi dan sihat yang ditunjukkan oleh semua
pasukan yang bertanding. Saya faham banyak pengorbanan dan
komitmen serta semangat juang yang tinggi diperlukan untuk
tuan/puan menghabiskan 3 kali perlawanan sepanjang 3 hari ini.
Semoga segala coretan memori ini akan menjadi sejarah kepada
semua peserta dalam pertandingan berkonsep baharu ini. Menang
dan kalah adat pertandingan tetapi anda semua perlu tahu
bahawa anda semua adalah yang terbaik dalam kalangan yang

2
terbaik serta menjadi kebanggan kepada negeri masing-masing
dalam pertandingan ini.
e. Terima kasih kepada semua urus setia yang terlibat dan tidak
dilupakan juga kepada semua Sektor Sumber Teknologi
Pendidikan dan teknikal negeri yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam menjayakan pertandingan ini. Tanpa anda
semua di lokasi sudah pastinya pertandingan ini tidak dapat
berjalan lancar seperti yang diharapkan.
f. Selaku penganjur pertandingan, saya mewakili pihak urus setia
memohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan yang
berlaku sepanjang pertandingan berlangsung. Pihak urus setia
sentiasa bersikap terbuka menerima cadangan dan pandangan
serta berusaha menambah baik dan akan menambahbaik konsep
penganjuran pertandingan ini memandangkan pertandingan ini
akan menjadi acara tahunan setiap kali Gerakan Massa: #Terima
Kasih Cikgu dilaksanakan.
g. Tahniah kepada semua pasukan yang berjaya, bagi pasukan yang
tidak berjaya ke peringkat seterusnya inshaa allah peluang masih
ada pada tahun-tahun akan datang. Kita masih ada setahun
persiapan menjelang pertandingan ini pada Tahun 2023 dengan
konsep dan usul yang lebih mencabar.
h. Akhir kalam, sebelum saya sudahi ucapan saya, dengan lafaz
Bismilahirahmanirahim, saya tangguhkan Pertandingan Bahas
Guru Piala Pusingan Yayasan Guru Malaysia Berhad Sempena
Gerakan Massa: Terima Kasih Cikgu Bagi Sambutan Hari Guru
Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51 Tahun 2022 Peringkat Saringan
sebelum pertandingan peringkat seterusnya pada 28 hingga 29
Mac 2022 di negeri Terengganu.

3
i. Terima kasih dan saya serahkan semula kepada pengerusi majlis
untuk agenda seterusnya, dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai