Anda di halaman 1dari 4

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

TALKING POINTS

MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN PERTANDINGAN BAHAS


GURU PIALA KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU
KALI KE-52 TAHUN 2023

TARIKH : 12 MAC 2023 (AHAD)


MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : SWAN GARDEN RESORT HOTEL, MELAKA
PERASMI : TUAN HAJI DR. JAFRI BIN ABU

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,


 Yang dihormati,
 Encik Mohd Fadly bin Saidin selaku Pengurus Projek
Pertandingan Bahas Guru Piala KPPM Tahun 2023
 Tuan Haji Karim bin Tumin, Timbalan Pengarah Sektor
Pengurusan Sekolah merangkap tuan rumah pertandingan
 Yang dikasihi
 Barisan urus setia induk BPSH dengan bantuan daripada BSTP,
JPN Melaka, SSTP Johor, SSTP Melaka dan SSTP Negeri
Sembilan
 Barisan Juri pertandingan daripada KPM dan luar KPM
 Barisan pegawai-pegawai teknikal
 Semua Pengurus Pasukan dan Peserta Bahas Guru seluruh
negeri serta
 Semua kontinjen daripada 16 negeri seluruh negara

1
a. Alhamdulilah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana kita
semua dapat bersama-sama dalam Majlis Perasmian Pembukaan
Pertandingan Bahas Guru Piala Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia Peringkat Kebangsaan bagi Tahun 2023 -Peringkat
Saringan.
b. Seperti yang sedia maklum BPSH selaku jawatankuasa induk
sambutan hari bagi tahun 2023 adalah penganjur Pertandingan
Bahas Guru Piala KPPM ini dengan kerjasama Yayasan Guru Tun
Hussein Onn (YGTHO) sebagai penaja utama. Terima kasih
diucapkan kepada YGTHO kerana sudi menaja pertandingan yang
berprestij ini.
c. Pertandingan Bahas Guru Piala KPPM ini antara aktiviti utama
dalam sambutan hari guru tahun 2023 bertujuan untuk mengilap
bakat dan potensi guru dalam melontarkan idea yang bernas
secara profesional melalui platform perbahasan.
d. Matlamat utama penganjuran pertandingan adalah untuk
memartabatkan profesion perguruan dengan mengembalikan lagi
zaman kegemilangan profesion yang kita cintai ini.
e. Pertandingan bahas guru ini sangat istimewa kerana ianya
menampilkan idea dan konsep pertandingan yang berbeza serta
mencabar kepada peserta bersesuaian dengan peredaran masa
berbanding bahas yang dianjurkan oleh penganjur lain luar KPM.
f. Kalau kita sorot kembali selama tiga (3) tahun penganjuran semula
selepas dibugarkan pada tahun 2021. Pertandingan ini
berlangsung secara hibrid, peringkat saringan diadakan secara
dalam talian dan hanya bersemuka pada peringkat separuh akhir
dan seterusnya bagi pasukan yang layak.
g. Akhirnya pada tahun ini kita dapat melaksanakan semua sidang
pertandingan secara bersemuka bermula peringkat saringan.

2
Sudah pastinya lebih meriah dengan kehadiran 80 orang peserta
yang bertanding daripada pelbagai kaum selama lima (5) hari
mulai 12 hingga 16 Mac 2023.
h. Pada tahun ini juga pihak urus setia telah mengangkat tema besar
pertandingan ini iaitu Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah
Bitara, Negara Sejahtera. Ianya sangat bertepatan dengan
konsep dan tema hari guru tahun ini iaitu Guru Insani Pemangkin
Generasi MADANI yang bertunjangkan tiga (3) elemen utama
iaitu Malaysia MADANI, 7 teras KPM dan Anak yang Baik lagi
Cerdik (ABC) serta
i. Objektif pertandingan ini adalah:
i. Meningkatkan daya kreativiti dan inovasi pendidik dalam
pendidikan negara;
ii. Melahirkan pendidik yang menjadi suri tauladan berpaksikan
modal insan dalam membentuk karamah insaniah murid;
iii. Melahirkan pendidik yang mempunyai kemahiran insaniah
tinggi serta berintegriti ke arah pembentukan pemimpin
masa hadapan; dan
iv. Menggalakkan pendidik menerokai modenisasi dunia
pendidikan seiring perubahan globalisasi
j. Setiap tahun pihak urus setia sentiasa melaklukan penambaikan
berterusan bagi memastikan penganjuran pertandingan yang
berkualiti tinggi.
k. Untuk para peserta persiapkan diri anda semua kerana pada
setiap peringkat pasti akan ada cabaran berbeza dan pengalaman
baru yang akan dikutip oleh semua yang bertanding, inshaa allah.
Oleh itu, setiap pasukan wajib menghabiskan tiga (3) kali
pertandingan pada peringkat saringan ini.
l. Besarlah harapan kami di peringkat KPM dan YGTHO sebagai
penaja utama agar pertandingan ini dapat berjalan dengan lancar

3
dan memberi impak kepada semua yang terlibat. Kami juga
memerlukan kerjasama serta komitmen yang tinggi daripada
semua kontinjen negeri dalam membantu menyediakan pasukan
dalam kesiap siagaan agar perjalanan pertandingan peringkat
saringan ini berjalan lancar dengan jayanya. Saya yakin dan
percaya semua wakil yang bertanding adalah pilihan yang tepat
serta berkualiti membawa nama setiap negeri masing-masing dan
tidak perlu dipertikaikan lagi kehebatannya dalam berbahas.
Secara tidak langsung ia juga dapat memartabatkan profesion
keguruan pada peringkat yang tertinggi. Kami juga berharap agar
penerapan sifat daya saing yang tinggi secara sihat dapat
dipersembahkan sepanjang pertandingan ini, secara bahasa
kasarnya dengan hebatnya anda semua berhujah menyebabkan
semua juri pening memilih pasukan yang terbaik kerana kesemua
adalah yang terbaik dengan kehebatan yang luar biasa.
m. Akhir kalam, sebelum saya sudahi ucapan ini, saya ingin memetik
hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, yang mana Rasulullah SAW
bersabda: “Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling
banyak manfaatnya bagi orang lain”. Semoga apa yang kita
laksanakan dapat memberi manfaat kepada kita semua yang
terlibat dan semua yang akan menonton rakaman pertandingan ini
nanti.
n. Oleh itu, dengan lafaz Bismilahirahmanirahim, saya merasmikan
Pertandingan Bahas Guru Piala Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia Peringkat Kebangsaan Sempena Sambutan Hari
Guru Kali Ke-52 Tahun 2023 bagi peringkat saringan ini.

Sekian.

Anda mungkin juga menyukai