Anda di halaman 1dari 4

TALKING POINT

UCAPAN PENGERUSI PENGELOLA


PERKHEMAHAN KOKURIKULUM MAYA
SEKOLAH RENDAH & SEKOLAH MENENGAH 3.0
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023

Ucapan Alu-Aluan
1
(salutasi)
Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbt
1. Yang Berbahagia Tuan Kamsah @ Kamal Bin Mohamed,
Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembangunan Murid ,
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu , mewakili Pengarah
Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
2. Yang berbahagia, Pengarah-Pengarah Pendidikan Negeri, Jabatan
Pendidikan Negeri .

3. Yang Berusaha Tuan Haji KAMARUDZAMAN BIN DAUD


Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Nerus merangkap Pengerusi
Penganjur Perkhemahan Kokurikulum Maya 3.0
Sekolah Rendah & Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan

4. Para Pengetua dan Guru Besar , Sekolah-sekolah Pengelola


Perkhemahan Kokurikulum Maya Sekolah Rendah & Sekolah
Menengah Peringkat Kebangsaan dari :

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu


Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Jabatan Pendidikan Negeri Perak
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
dan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

5. Guru-guru penasihat Unit Berunifom


Serta para peserta Perkhemahan Kokurikulum Maya 3.0
Sekolah Rendah & Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan.

2 Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT, walaupun dalam


kesibukan tugas masing-masing, kita bersama-sama dapat
melaksanakan program dalam talian yang sentiasa ditunggu-tunggu
dan telah dijalankan buat kali ketiga pada tahun ini semenjak ianya
dialaksanakan pada tahun 2021 lagi. Berdasarkan pengalaman yang
dilalui selama dua hari ini, saya percaya kita dapat membina jalinan
yang erat dengan Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan
Negeri di seluruh negara. Saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima
kasih kepada semua Pengetua dan Guru Besar yang telah melaksanakan
tugasan sebagai rakan-rakan pengelola bagi program edisi ke 3 ini.

3 Saya ingin menyatakan antara objektif pelaksanaan perkhemahan


dalam talian ini adalah untuk melahirkan pelajar yang berdedikasi dan
berketerampilan dalam bidang Unit Berunifom dan ICT khususnya.
Disamping itu, ianya juga memberikan ruang dan peluang untuk
peserta-peserta mengalami dan mengaplikasikan segala kemahiran
dalam silibus-silibus unit beruniform masing-masing. Setiap modul
yang telah dibuat oleh setiap sekolah pengelola merangkumi kemahiran
dan kesediaan tenaga modal insan yang terdiri daripada guru-guru dan
juga murid-murid sendiri. Justeru, saya amat berbesar hati untuk
mencadangkan agar meneruskan lagi program V.Camp ini untuk edisi
ke 4 pada tahun 2024.

4 Kepada para peserta seluruh negara, diharap dengan mengikuti


perkhemahan dalam talian ini , anda dapat memanfaatkan ilmu yang
dipelajari dan dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian
yang semakin mencabar.
5 Ucapan tahniah dan terima kasih juga saya tujukan kepada
Pengetua dan Guru Besar daripada 252 buah sekolah yang menyokong
serta mendorong anak-anak didik mereka menyertai perkhemahan pada
kali ini. Saya dimaklumkan oleh urusetia perkhemahan V.Camp kali ini
telah disertai oleh seramai 12,079 orang peserta. Jumlah Penyertaan 2
kali ganda lebih berbanding dengan penyertaan tahun 2022. Penyertaan
yang amat membanggakan. Ini memberi peluang kepada para peserta
memperolehi markah pencapaian PAJSK dengan sijil penyertaan
ataupun sijil pencapaian peringkat kebangsaan.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada 14 sekolah


6 buah sekolah pengelola yang mengendalikan slot-slot menarik
sepanjang perkhemahan maya ini.

Sekolah tuan-tuan dan puan-puan adalah kumpulan Rakan


Strategik yang telah berjaya merealisasikan idea satu perkhemahan
badan berunifom yang biasanya kita laksanakan secara bersemuka ,
tetapi dijalankan secara dalam talian . Saya amat berharap kita mampu
melaksanakannya lagi pada edisi-edisi akan datang. Penghargaan ini
juga saya tidak lupakan kepada Kem Kom V.Camp, Cgu James Johny
yang juga Guru Besar SK. Stella Maris, Kota Kinabalu yang telah
mengemudikan kem ini dengan amat cemerlang dan mampu membawa
program ini semakin dikenali oleh warga pendidik seluruh negara.
Terima kasih tuan puan atas komitmen ini.
Saya, mewakili Pengetua dan Guru Besar Sekolah Pengelola, ingin
7 merakamkan ucapan terima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan
oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Pejabat Pendidikan
Kuala Nerus kepada kami bagi melaksanakan penganjuran ini dan
semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
menjayakan program perkhemahan ini.

8 Sekian, wabillahi taufik walhidayah, wasalamulaikum warahmatullahi


wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai