Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PENGETUA PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN

BERUNIFORM 2022

Yang Dihormati, Puan Siti Normala Binti Jamari, Penolong Kanan Pentadbiran
Yang Dihormati, Puan Siti Wati binti Mohd Saat, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Yang Dihormati, Cik Koay Mei Sian, Penolong Kanan Kokurikulum
Yang Dihormati, Puan Teoh Ai Ling, Penolong Kanan Petang
Barisan GKMP, dan guru-guru sekalian.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita dapat berkumpul bersama-sama hari ini
bagi menyempurnakan hasrat murni untuk mencungkil bakat para pelajar di sekolah
kita dalam pertandingan kawad kaki badan beruniform. Pertandingan seumpama ini
amat bermanfaat kepada para pelajar kerana acara ini menguji keupayaan fizikal
dan mental peserta. Selain itu, semangat berpasukan yang kental dapat menjalin
semangat kerjasama antara ahli pasukan malah mengukuhkan semangat kekitaan
sesama ahli pasukan. Pertandingan seperti ini juga dapat menjadi ejen pelengkap
kepada pencapaian akademik pelajar dalam usaha melahirkan pelajar yang
seimbang.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Saya menaruh harapan yang tinggi agar melalui pertandingan ini dapat melahirkan
pasukan sekolah yang mantap. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan syabas kepada guru -guru penasihat yang telah mengorbankan masa
dan tenaga melatih para pelajar. Kekalahan dan kemenangan bukanlah kayu ukur
yang perlu di utamakan, tetapi yang lebih penting lagi ialah kita telah mejalankan
tanggungjawab untuk melibatkan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang berfaedah.

Saya mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa yang menganjurkan pertandingan


ini. Saya berharap agar pertandingan ini berjaya mencapai objektif untuk melahirkan
pasukan kawad kaki yang mahir, berdisiplin dan berintegrasi. Semoga aktiviti ini
dapat dikembangkan lagi dan lebih banyak lagi bakat dan potensi para pelajar dapat
dicungkil dan dipupuk khusus dalam pembentukan sahsiah dan modal insan.

Akhir kata, sebelum saya mengundurkan diri, izinkan saya merakamkan setinggi-
tinggi pernghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Pertandingan Kawad Kaki
SMK Taman Mount Austin bagi tahun 2022 ini.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai