Anda di halaman 1dari 3

UCAPAN PERASMIAN PENUTUP KERJASAMA PINTAR PERKHEMAHAN UJIAN KENAIKAN

PANGKAT LANS KOPERAL TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS)

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,salam sejahtera dan selamat petang.


Yang Berusaha Puan Siti Norhafisyah binti Azib, Guru Besar SK Sri Kelana.
Yang Berusaha Encik Mohammad Izaham bin Mohammad Noor, Guru Besar SK Taman
Sea.
Yang dihormati, Puan Surianti binti Yeop Effendy, YDP PIBG SK Sri Kelana
Yang dihormati, barisan pentadbir dari SK Sri Kelana dan SK Taman Sea.
Barisan jurulatih, guru – guru dan para peserta Perkhemahan Ujian Kenaikan Pangkat
Lans Koperal Tunas Kadet Remaja Sekolah 2022.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadhrat Allah SWT, kerana dengan izin dan limpah
kurnianya dapat kita sama-sama berkumpul pada majlis perasmian penutup Kerjasama
Pintar Perkhemahan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) 2022.

Dari atas pentas ini,saya melihat betapa segak dan gagahnya anda semua anak-
anak Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS).Saya amat berbangga dengan apa yang saya
saksikan pada hari ini.Kecemerlangan pada hari ini adalah lebih bermakna apabila ia
selari dengan kecemerlangan akademik anda.Pindahkanlah dan gunakanlah segala
pengalaman yang anda kutip sepanjang perkhemahan ini demi pencapaian
kecemerlangan akademik anda semua.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Perkembangan pendidikan kini semakin menjadi fokus utama masyarakat.Kita harus
bersedia dari segenap segi dalam menyediakan murid-murid yang menjadi insan
madani yang terpuji. Untuk itu saya percaya dengan menjadi ahli Tunas Kadet Remaja
Sekolah ,gejala-gejala sosial yang boleh mengganggu arah tujuan pendidikan dapat
dielakkan.Gejala kurang sihat ini jika tidak dikongkong dan dibendung dari awal
tentunya akan merebak dan semakin parah.
Dalam pasukan ini anak-anak tentunya dilatih dan digerakkan dengan kegiatan dan
aktiviti yang bersesuaian seperti latihan kawad,berkhemah,kerja khidmat
masyarakat,berorganisasi dalam pasukan dan lain-lain aktiviti lagi.Latihan sebegini
diyakini dapat menjadikan anak-anak TKRS ini menjadi ahli TKRS atau individu pelajar
yang bertanggungjawab kepada agama,bangsa dan negara.
Besarlah harapan saya kepada anak-anak TKRS agar dapat meneruskan usaha untuk
meneroka dan menyelongkar bidang-bidang ilmu yang berkaitan.
Kepada guru-guru Pasukan TKRS di sekolah,bimbing dan bantulah dengan apa cara
sekalipun agar penyertaan mereka dalam pasukan ini menjadi lebih bermakna untuk
membina kehidupan mereka.

Harapan saya agar anak-anak TKRS ini diberi bimbingan dan tunjuk ajar yang
sepatutnya. Saya menaruh harapan yang tinggi agar melalui aktiviti ini dapat
melahirkan pelajar yang mantap . Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan syabas kepada guru-guru penasihat dan jurulatih yang telah
mengorbankan masa dan tenaga melatih para pelajar . Apa yang lebih penting lagi ialah
kita telah menjalankan tanggungjawab untuk melibatkan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum yang berfaedah. Seterusnya, usaha ini dapat merealisasikan hasrat
kerajaan untuk mengimplementasikan dasar satu pelajar satu unit beruniform.Marilah
kita sama-sama membina generasi yang terbilang dan seimbang dari segenap segi.

Gerak kerja seperti ini juga dapat menjadi agen pelengkap kepada pencapaian
akademik pelajar dalam usaha melahirkan pelajar yang seimbang.

Saya turut difahamkan bahawa objektif sebenar program ini, antaranya, untuk
meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, memupuk
semangat perpaduan kaum serta integrasi nasional, membentuk perwatakan positif
menerusi nilai-nilai murni seperti berdikari, menyemarakkan semangat kesukarelaan
dan melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas dan penuh jati diri.
Dalam kesempatan ini, sukalah saya berpesan kepada para peserta sekalian bahawa
peluang dan pengalaman menyertai program perkhemahan ini adalah peluang yang
amat berharga dalam hidup anda. Justeru, gunakanlah segala kesempatan dan ruang
ini untuk memperkayakan dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi
mempersiapkan diri menjadi insan yang lebih cekal dan cergas dalam hidup, serta
mampu menjadi warganegara yang benar-benar dapat menyumbang kepada
pembangunan dan kesejahteraan negara.

Saya berdoa kepada Allah S.W.T agar segala yang kita sumbangkan dalam menjayakan
program perkhemahan ini sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

Akhir kata saya dengan sukacitanya, dengan lafaz Bismillahir-Rahmanir-Rahim, saya


merasmikan majlis penutupan Kerjasama Pintar Perkhemahan Ujian Kenaikan Pangkat
Lans Koperal Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS tahun 2022.

Sekian, wabillahittaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai