Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN

Dr Abdul Rahman bin Abdullah


(Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam)

Bismillahirrahmanirrahim.

Terima kasih saudara pengacara majlis.

Yang Berusaha,

Puan Haliza binti Hamzah

Timbalan Pengarah,

IPG Kampus Pendidikan Islam

Yang Berusaha,

Tuan Haji Ahmad Tarmizi bin Salleh

Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar,

IPG Kampus Pendidikan Islam

Yang Dihormati,

Dr. Khairul Anuar bin Abu Othman

Penolong Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar,

IPG Kampus Pendidikan Islam.

Yang Dikasihi,

Saudara Muhammad Tahir bin Ahmad Khairuddin

Pengerusi Persatuan Muallim, Tarbiah & Nuqaba’ (MTEN) Sesi


2021/2022

Yang Dikasihi,

Jawatankuasa Persatuan Pelajar Sesi 2022/2023,

Saf Kepimpinan Persatuan Muallim, Tarbiah & Nuqaba’ (MTEN) Sesi


2021/2022,

Para Nuqaba’ MTEN,

Seterusnya,

Siswa siswi pendidik IPG Kampus Pendidikan Islam yang dikasihi sekalian,

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hadirin yang dikasihi,

Terlebih dahulu, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah


s.w.t kerana dengan limpah izin dan kurnia-Nya dapatlah kita bersama-
sama berkumpul di dalam Majlis Perasmian Pembubaran dan Pelantikan
Pimpinan Persatuan Muallim, Tarbiah & Nuqaba’ (MTEN) sesi 2022/2023.

Hadirin sekalian,

Firman Allah SWT bermaksud:

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah)
kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala
perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan
keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”

Surah Ali-Imran ayat 104.

Persatuan Muallim Tarbiah & Nuqaba’ (MTEN) merupakan satu entiti


dakwah yang penting di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam
(IPGKPI). Persatuan ini bertanggungjawab sebagai badan utama yang
mengendalikan dan mengatur perjalanan program kerohanian pelajar demi
memastikan kelangsungan biah solehah di bumi IPGKPI. Justeru, saya
berbesar hati untuk mengucapkan sekalung penghargaan dengan ucapan
tahniah kepada barisan Persatuan Muallim, Tarbiah & Nuqaba’ (MTEN)
sesi 2021/2022 atas kejayaan mengendalikan setiap amanah yang diberi
bagi memastikan biah solehah di dalam IPG Kampus Pendidikan Islam
tetap terus terpelihara

Hadirin yang dikasihi,

Selaku Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam, besarlah harapan


saya agar semua pelajar yang menghadiri program-program anjuran MTEN
ini dapat menimba pelbagai ilmu dan pengalaman serta diamalkan dengan
sebaiknya. Ilmu dan pengetahuan yang diterima tidaklah cukup sehingga
berakhirnya mana-mana program sahaja. Bahkan, usaha untuk
meningkatkan kefahaman terhadap Islam harus disemai sentiasa supaya
pembudayaan ilmu sentiasa subur di dalam kampus kita ini.

Justeru, para pelajar hendaklah konsisten dan memberikan komitmen


yang tinggi terhadap program yang telah disusun oleh MTEN bagi
membentuk bakal pendidik holistik serta mampu mendepani cabaran
pendidikan. Sebagai salah satu Institusi Pendidikan kerajaan yang
berteraskan pengajian Islam, amatlah penting bagi semua warganya
berusaha menjaga biah solehah yang sedia ada di kampus dengan
mengamalkan nilai-nilai hidup Islam berpandukan kefahaman Islam yang
betul.

Berdiri teguh tegaknya galah,


Merayap tebuan jejak lelabah,
Pendirian kukuh tidak goyah,
Menghadapi cabaran tidak gelabah.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya


merasmikan Majlis Perasmian Pembubaran dan Pelantikan Pimpinan
Persatuan Muallim, Tarbiah & Nuqaba’ (MTEN) sesi 2022/2023 IPG
Kampus Pendidikan Islam.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai