Anda di halaman 1dari 3

PERJANJIAN PINJAMAN KENDERAAN

SYARAT-SYARAT DAN PERJANJIAN PINJAMAN KERETA

1. Peminjam bertanggungjawab untuk membayar sejumlah RM 2,000 atas kemalangan yang melibatkan tuntutan insurans
atau akan menanggung kos kerosakan kenderaan tersebut serta akan membayar separuh daripada harga pinjaman
harian untuk setiap hari selama kenderaan tersebut berada dibengkel.

2. Sekiranya berlaku kemalangan, peminjam akan memaklumkan kepada pihak syarikat pinjaman kenderaan ini dahulu
sebelum laporan polis berkenaan kemalangan tersebut dibuat.

3. Peminjam faham bahawa sesiapa yang tidak mempunyai lesen memandu kelas D tidak dibenarkan untuk memandu
kereta yang dipinjam ini dan sekiranya perkara ini tidak dipatuhi, peminjam sebagai orang yang meminjam akan
dipertanggungjawabkan sepenuhnya keatas kecuaian tersebut.

4. Peminjam dilarang sama sekali melakukan sebarang kegiatan jenayah yang menyalahi undang-undang kerajaan
Malaysia dengan menggunakan kenderaan tersebut.

5. Peminjam tidak dibenarkan sama sekali menukar sebarang alat ganti terhadap kereta yang dipinjam.
6. Segala tuntutan saman jalan raya ataupun saman yang dikeluarkan terhadap oleh mana-mana pihak berkuasa
hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh peminjam.

7. Sebarang kerosakan ( kecil/besar ) akan ditanggung sepenuhnya oleh peminjam dan penjamin terbabit. Sebarang
tuntutan ganti rugi akan dikenakan mengikut kerosakan yang dialami.

8. Kereta yang dipinjam mestilah dipulangkan tepat mengikut masa yang dijanjikan. Sekiranya lewat, bayaran tambahan
akan dikenakan sebanyak RM 50.00 untuk setiap satu jam. Sekiranya peminjam tidak memulangkan kereta melebihi 24
jam tanpa sebarang pesanan atau makluman adalah dianggap sebagai kes curi kereta dan laporan polis akan dibuat
dengan segera. Sebarang masalah yang timbul akan ditanggung sepenuhnya oleh peminjam terbabit. Peminjam
mestilah menghubungi syarikat pinjaman kenderaan ini sekiranya ingin menambah masa pinjaman untuk hari
berikutnya.
9. Motosikal atau deposit wang tunai yang ditinggalkan adalah sebagai cagaran terhadap kereta yang dipinjam. Sekiranya
berlaku sebarang kemalangan, motosikal atau deposit wang tunai tersebut akan dipulangkan selepas kenderaan pinjam
tersebut diterima oleh syarikat pinjaman dalam keadaan baik. Jika tidak cagaran tersebut akan menjadi hak milik
syarikat pinjaman kenderaan tersebut. Proses pemindahan nama haruslah dilakukan dengan segera dan peminjam
terbabit haruslah memberi kerjasama sepenuhnya.

10. Kereta yang dipinjam adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh peminjam dalam masa yang telah dijanjikan. Sebarang
masalah ataupun kes yang timbul adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh peminjam dan penjamin terbabit. Ianya tiada
berkaitan dengan tuan punya syarikat pinjaman kenderaan tersebut. Jadi peminjam diingatkan untuk sentiasa menjaga
kenderaan yang dipinjam dengan sebaik mungkin, serta sentiasa peka dan berhati-hati semasa memandu di jalan raya.

11. Kepada setiap peminjam yang masih memegang lesen P, anda diminta untuk membawa sendiri pelekat P tersebut.
Segala kecuaian yang berlaku adalah tanggungjawab peminjam.

12. Peminjam juga bersetuju dan membenarkan barangan yang dijadikan cagaran dilelong sekiranya selepas 6 bulan tidak
dituntut.

Saya telah membaca Terma & Syarat dan dasar privasi polisi perjanjian ini dan menerimanya.

(Cap jari kiri) Tandatangan (Cap jari kanan)


Nama :
No. K/P :

MAKLUMAN PEMINJAM

1. Nama Penuh: __________________________________________________________________________

2. Tarikh Lahir: ___/___/_____ 3. Jantina: Lelaki / Perempuan 4. Warganegara: ___________________

5. Bangsa: ___________ 6. Umur: _____ Tahun 7. No. Kad Pengenalan (Baru): ________ - ____ - ______

8. Alamat Terkini:
___________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

9. Status Perkahwinan: Belum Berkahwin / Berkahwin / Janda / Duda (Bulatkan yang berkaitan)

10. Orang yang patut dihubungi jika berlaku kecemasan (Ibu Bapa/Isteri/Abang/Kakak/Adik)

Nama: ___________________________________________________________ Hubungan: __________

Alamat: __________________________________________________________ No. Tel: _____________


MAKLUMAT KENDERAAN YANG DIPINJAM

1. Jenis Kenderaan: ____________ 2. No. Pendaftaran: ___________ 3. Warna Kenderaan: ____________

4. Tarikh dan Masa ;

Bermula: ___ / ___ / ______ Waktu: ____ . ____ AM / PM

Tamat: ___ / ___ / ______ Waktu: ____ . ____ AM / PM

5. Tujuan: ____________________________ Destinasi: _______________________________________

MAKLUMAT CAGARAN PEMINJAM

Saya bersetuju menyerahkan;

Wang Tunai: RM _____ . ____ sahaja

Kenderaan Jenis: ________________________ No. Pendaftaran: _______________________________

Sebagai cagaran sehingga kereta yang saya pinjam ini dipulangkan semula dalam keadaan baik.

Tandatangan Peminjam,
Nama :
No. K/P :

Anda mungkin juga menyukai