Anda di halaman 1dari 4

PERJANJIAN PENYERAHAN KENDERAAN ( SAMBUNG BAYAR)

PERJANJIAN ini dibuat pada ………………………… bersamaan pada hari ………….. di


……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………

Diantara : Nama : ____________________________________________


No KP: ____________________________________________
Beralamat:__________________________________________________________
___________________________________________________________
( selepas ini daripada ini disebut sebagai ‘ Penjual’) pada satu pihak

Dan : Nama : ____________________________________________


No KP: ____________________________________________
Beralamat:__________________________________________________________
___________________________________________________________
( selepas ini daripada ini disebut sebagai ‘ Pembeli’) pada satu pihak yang lain.

Dengan disaksikan dihadapan oleh :

BAHASAWANYA
1. Penjual adalah pemunya berdaftar kenderaan yang butir-butir adalah seperti yang dinyatakan
dibawah ( selepas daripada ini disebut sebagai “Kenderaan tersebut”)

1.1 Jenis Kenderaan :

1.2 No Pendaftaran :

1.3 Tahun dibuat :

1.4 No Casis :

1.5 No Enjin :

1.6 Bank Pembiaya :

1.7 Bayaran Bulanan :

1.8 Pemunya Berdaftar :


( Sesalina gerak hak milik kenderaan tersebut dilampirkan didalam Perjanjian ini dan
ditandakan sebagai ‘ Lampiran 1’)

2. Penjual telah bersetuju untuk menjual dan pembeli telah bersetuju untuk membeli kenderaan
tersebut secara ‘ Sambung Bayar’ tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma seperti
yang di dalam Perjanjian ini.

1. PERSETUJUAN

Dengan fikiran yang waras Penjual telah bersetuju untuk menjual Kenderaan tersebut
secara ‘ sambung bayar’ dan Pembeli bersetuju untuk membelinya tertakluk kepada
syarat-syarat dan terma-terma yang terkandunga di dalam Perjanjian ini.

2. BAYARAN BULANAN
Pembeli dikehendaki untuk menjelaskan bulanan Kenderaan tersebut kepada Penjual
pada atau sebelum ____________HARIBULAN SETIAP BULAN SECARA
BULANAN SELAMA ________TAHUN ( __________ BULAN) melalui bayaran
secara tunai atau dibankkan ke dalam akaun Penjual.Walau bagaimanapun Penjual
berhak untuk menuntut semula kenderaan tersebut dan Pembeli dikehendaki
memulangkan Kenderaan tesebut kepada Penjual sekiranya Pembeli gagal untuk
menjelaskan bayaran bulanan Kenderaan tersebuat kepada Bank Pembiaya selama Dua
( 2) bulan berturut-turut ( selepas daripada ini disebut sebagai “ Tunggakan tersebut”.
Oleh yang demikian Perjanjian ini akan terbatal dengan sendirinya.

Sekiranya Kenderaan tersebut telah ditarik balik oleh Bank Pembiya sebelum sempat
diserahkan kepada Penjual maka Pembeli beraku janji akan bertanggungjawab keatas
segala kos yang berkaitan dengan penarikan Kenderaan tersebut oleh Bank Pembiaya dan
seterusnya Pembeli akan bertanggungjawab keatas segala kerosakan yang berlaku akibat
daripada kesan penarikkan Kenderaan tersebut oleh Bank Pembiaya.

3. TANGGUNGJAWAB PEMBELI

3.1 Pembeli adalah bertanggungjawab keatas segala saman Pihak Berkuasa yang
berkenaan mulai daripada tarikh Pembeli mengambil alih Kenderaan tersebut
daripada Penjual.
3.2 Pembeli adalah bertanggungjawab secara mutlak sekiranya Kenderaan tersebut
terlibat dengan kegiatan yang menyalahi undang-undang mulai dari tarikh Pembeli
mengambil alih Kenderaan tersebut daripada Penjual. Walau bagaimanapun Penjual
akan memberikan kerjasama yang sepatutunya sekiranya perlu berdasarkan kapsiti
Penjual sebaga Pemunya Berdaftar Kenderaan Tersebut.
3.3 Pembeli adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa Kenderaan tersebut
tidak dijual kepada pihak ketiga tanpa sebarang kebenran secara bertulis diperolehi
terlebih dahulu daripada Penjual dan sekiranya kenderaan tersebut dijual kepada
pihak ketiga tanpa pengetahuan penjual maka pembeli akan bertanggungjawab secara
mutlak terhadap kenderaan tersebut sehingga kenderaan tersebut berjaya ditemui dan
berada dibawah jagaan Pembeli sepenuhnya. Segala tunggakan dan kerosakan yang
berlaku kesan darpada perkara tersebut ( sekiranya ada) akan ditanggung sepenuhnya
oleh pembeli.
3.4 Pembeli hendaklah memastikan bahawa Kenderaan tersebut dilindungi oleh inusuran
yang sah pada setiap masa dan jumlah perlindungan yang diansurankan mestilah tidak
kurang dari harga pasaran semasa dan/atau jumlah baki hutang dengan Bank
Pembiaya yang berkenaan.
3.5 Sekiranya Pembeli secara suka rela menyerahkan Kenderaan tersebut kepada Penjual
di dalam tempoh Perjanjian hedaklah memastikan bahawa kenderaan tersebut berada
di dalam keadaan yang sama seperti waktu mengambil alih daripada Penjual . Segala
kekurangan/kerosakan akan dirtanggung sepenuhnya oleh Pembeli .

4. TANGGUNGJAWAB PENJUAL

4.1 Penjual adalah bertanggungjawab memberikan kerjasama untuk segala urusan yang
melibatkan Kenderaan terserbut sekiranya perlu. Sekiranya Penjual gagal
memberikan kerjasama yang sepatutnya maka Pembeli berhak membatalkan
Perjanjian ini.
4.2 Sekiranya Pembeli ingin membiaya atau menyelesaikan segala baki hutang dengan
Bank Pembiaya maka Penjual bertanggungjawab untuk memberikan keizinan
pertukaran hak milik secara rasmi keatas nama Pembeli atau wakinya.

5. HAK PEMBELI

Pembeli berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap penjual sekiranya


Kenderaan dituntut kembali oleh Penjual tanpa sebarang alas an yang munasabah segala
terma dan syarat di dalam Penjanjian ini dipatuhi sepenunhya oleh Pembeli.

6. HAK PENJUAL

Penjual berhak untuk membatalkan Penjanjian ini sekiranya didapati Pembeli


memudaratkan status Penjual sebagai pemunya berdaftar Kenderaan Tersebut.

7. KLAUSA PENTING
Sekiranya Pembeli gagal membayar bayaran bulanan selama Dua (2) Bulan berturut-
turut dan /atau sekiranya Kenderaan tersebut dijual kepada pihak ketiga tanpa
pengetahuan dan kebenaran Penjual dan seterusnya gagl untuk menyerahkan kemabali
Kenderaan tersebut kepada Bank Pembiaya dan/atau Penjual dan setelah usaha
dilakukan oleh Penjual utuk mendapatkan kembali Kenderaan tersebut menemui
kegagalan maka satu laporan Polis akan dibuat terhadap Pembeli dan tindakan undang-
undang akn dimulakan terhadap Pembeli berkaitan dengan kehilangan Kenderaan
tersebut.

8. MASA
Masa bila mana dinyatakan di dalam perjanjian ini merupakan intipati perjanjian ini.

9. PENGETAHUAN DAN /ATAU PERSETUJUAN SECARA SENYAP

Pengetahuan dan/atau persetujuan secara senyap oleh Penjual atau Pembeli mengenai
sebarang perlanggaran terhadap mana-mana syarat atau mana-mana syarat atau mana-
mana satu daripada perkara tersebut yang terkandung diadalam Perjanjian ini hendaklah
tidak akan dianggap sebagai suatu pelepasan syarat-syarat atau akujanji akujanji tersebut
dan walaupun perkara yang dinyatakan diatas telah berlaku, Penjual atau Pembeli masih
berhak untuk menguatkuasa hak masing-masing di bawah Perjanjian ini serta
mengkehendaki perlaksanaan dengan sempurna oleh mana-mana pihak terhadap segala
syarat-syarat seperti mana yang terkanding di dalam Perjanian ini.
10. DITANDATANGANI OLEH,

PENJUAL PEMBELI

................................................. …………............................................
Nama: Nama:
No: K/P: No. K/P: 
Tarikh :

SAKSI 1: SAKSI 2:

…………………………………. …………………………………………….

Nama dan KP: Nama dan KP: 

Anda mungkin juga menyukai