Anda di halaman 1dari 3

SUATU PERJANJIAN SEWA-BELI KENDERAAN diperbuat pada

haribulan 2013 di antara DHARI BIN MOHAMED [No.


K/P :520222-11-5081] beralamat di 53 Kg Bukit Wan, Batu Rakit, 21060 Kuala
Terengganu, Terengganu Darul Iman (selepas ini disebut sebagai “Pemunya”) di
satu pihak dan AHMAD FAIZ SYAHRIR BIN MOHD HANAFI ROSLI (No. K/P:
780702-11-5487) beralamat di 1673, Jalan Panji Alam, 21000 Kuala
Terengganu, Terengganu Darul Iman (selepas ini disebut sebagai Penyewa) di
satu pihak lagi.

BAHAWASANYA :-

I. KENDERAAN

Pemunya adalah penama yang berdaftar ke atas kenderaan sebagaimana di


bawah:-

Jenis kenderaan : MITSUBISHI STORM


No. Pendaftaran : BHE 4206
No. Enjin : 6G72-PY2472
No. Chasis : K76TG-00589
(Selepas ini disebut sebagai “Kenderaan tersebut”)

II. Kenderaan tersebut masih dicagar kepada AMISLAMIC BANK BERHAD


selepas ini disebut “Bank tersebut”) di bawah No.Siri Surat A7295306
sebagaimana dinyatakan dalam Perakuan Pendaftaran Kenderaan (Jabatan
Pengangkutan Jalan Malaysia).

III. HARGA AKHIR

Harga yang dipersetujui sebagai suatu nilai yang bergantung pada baki
semasa perjanjian asal di antara Pemunya dan Bank tersebut.

IV. DEPOSIT PENYERAHAN


Bayaran Deposit penyerahan sebanyak RM 6,000-00 (Ringgit Malaysia
Enam Ribu Sahaja) telah dibayar oleh Penyewa dan telah diterima oleh
Pemunya pada 27 Februari 2013.

V. PERSETUJUAN SEWA-BELI

Pemunya berhasrat memberi sewa dan Penyewa berhasrat menyewa


Kenderaan tersebut TERTAKLUK KEPADA syarat-syarat yang terkandung
selepas ini:-
SYARAT-SYARAT:

1. Penyewa beraku-janji menyambung bayaran bulanan iaitu RM800.00


(Ringgit Malaysia Lapan Ratus Sahaja) sebulan dengan cara
mendepositkan terus ke akaun pinjaman sewa-beli Pemunya di Bank
tersebut (selepas ini disebut sebagai “bayaran bulanan tersebut”)
bermula Mac 2013.

2. Penyewa beraku-janji akan mematuhi syarat-syarat pembayaran


bulanan sebagaimana syarat-syarat yang dikenakan oleh Bank
tersebut kepada Pemunya.

3. Segala tanggungan dan liabiliti terhadap kenderaan akan ditanggung


sepenuhnya oleh Penyewa semasa kenderaan tersebut berada dalam
pegangan Penyewa.

4. Segala kesalahan trafik, jenayah, saman atau prosiding yang timbul


dari sebarang jenayah yang membabitkan penggunaan kenderaan
tersebut akan ditanggung oleh Penyewa semasa berada dalam
pegangannya.

5. Pemunya tidak akan sesekali mempunyai akses terhadap Kenderaan


tersebut selagi mana Penyewa mematuhi tanggungjawab bayaran
bulanan tersebut.

6. Pemunya beraku-janji tidak akan menggadai kali kedua, membiaya


semula dengan bank lain atau bank yang sama atau melibatkan
urusan jualbeli dengan pihak yang bersabit dengan kenderaan
tersebut selama Perjanjian ini berkuatkuasa.

7. Pemunya beraku-janji sebaik sahaja tamat tempoh Perjanjian Sewa-


Beli antara Pemunya dengan Bank tersebut bagi tujuan pemilikan
penuh Pemunya atas hakmilik Kenderaan tersebut, Pemunya akan
mengambil langkah segera bagi menukar hakmilik berdaftar kepada
nama Penyewa atau kepada nama yang dipersetujui Penyewa sebagai
pemilik baru Kenderaan tersebut.

8. Masa menjadi inti pati dan essence pada perjanjian ini.

9. Perjanjian ini hendaklah mengikat semua pewaris, pentadbir,


penguasa dan penerima hak kedua-dua pihak.
BAGI MENYAKSIKAN PERSETUJUAN PERJANJIAN INI kedua-dua pihak
dengan ini menurunkan tandatangan masing-masing pada hari dan tahun seperti
yang tertera di atas.

Ditandatangani oleh Pemunya )


)
[No. K/P : ] )
)
………………………………………….

di hadapan

Ditandatangani oleh Penyewa )


)
)
[NO. K/P : ) ………………………………………
)
di hadapan

Anda mungkin juga menyukai