Anda di halaman 1dari 10

PERJANJIAN SEWA BELI KERETA

SAMBUNG BAYAR

DI ANTARA

&

BERTARIKH

BERTEMPAT

JENIS KERETA NO PLAT


PERJANJIAN SEWA BELI KERETA

Perjanjian ini diperbuat pada


Di antara
(selepas di sebut sebagai “penjual”) pada satu pihak
Dan
(selepas ini disebut “pembeli”) pada satu pihak yang lain

BAHAWASANYA:-
1. Penjual adalah berdaftar kenderaan yang butir-butir adalah seperti yang
dinyatakan dibawah:- (selepas disebut sebagai “kenderaan tersebut”)
1.1 Jenis kenderaan :
1.2 No. Pendaftaran :
1.3 Tahun Dibuat :
1.4 No Chasis :
1.5 No Enjin :
1.6 Bank Pembiaya :
1.7 Cawangan :
1.8 Bayaran Bulanan :
1.9 Tarikh Bayaran Bulanan :
(sesalinan geran hak milik kenderaan tersebut dilampirkan didalam
perjanjian ini dan ditandakan sebagai lampiran 1)
1
2. Penjual telah bersetuju untuk menjual dan pembeli telah bersetuju
untuk membeli kenderaan secara sambung bayar tertakluk kepada syarat-
syarat dan terma seperti terkandung di dalam perjanjian.

1. PERSETUJUAN
Penjual bersetuju untuk menjual dan pembeli bersetuju untuk
membeli kenderaan tersebut secara sambung bayar tertakluk kepada
syarat-syarat dan terma seperti yang terkandung didalam perjanjian.

2. BAYARAN BULANAN
Pembeli dikehendaki untuk menjelaskan bayaran bulanan
kenderaan tersebut dengan bank pembiaya pada atau sebelum 15hb
setiap bulan. Walaubagaimanapun, penjual berhak menuntut semula
kenderaan tersebut dan pembeli dikehendaki memulangkan
kenderaan tersebut kepada penjual sekiranya pembeli gagal untuk
menjelaskan bayaran bulanan kenderaan tersebut kepada pihak
pembiaya selama SATU BULAN (selepas daripada ini disebut
sebagai tunggakan tersebut). Oleh yang demikian, deposit yang telah
dibayar akan dikira sebagai ganti rugi dan perjanjian ini akan
terbatal dengan sendirinya.

2
3. TANGGUNGJAWAB PEMBELI
3.0 Pembeli bertanggungjawab menjelaskan semua bayaran
kenderaan ini dalam tempoh pembiayaan sehingga selesai. Selepas
dari tempoh ini, perjanjian sambung bayar kenderaan ini adalah
terbatal.

3.1 Pembeli adalah bertanggungjawab keatas segala saman yang


dikeluarkan mulai daripada tarikh pembeli mengambil alih
kenderaan tersebut daripada penjual daripada pihak berkuasa
berkenaan.

3.2 Pembeli adalah bertanggungjawab secara mutlak sekiranya


kenderaan tersebut terlibat dengan kegiatan yang menyalahi undang-
undang mulai tarikh pembeli mengambil alih kenderaan tersebut
daripada penjual. Walaubagaimanapun, penjual akan memberikan
kerjasama yang sepatutnya sekiranya perlu berdasarkan kapasiti
penjual sebagai pemilik berdaftar kenderaan tersebut.

3.3 Pembeli bertanggungjawab untuk memastikan bahawa


kenderaan tersebut tidak dijual kepada pihak ketiga tanpa sebarang
kebenaran secara bertulis diperoleh terlebih dahulu daripada penjual.
Dan sekiranya kenderaan tersebut dijual kepada pihak ketiga tanpa
pengetahuan penjual maka pembeli akan bertanggungjawab secara
mutlak terhadap kenderaan tersebut sehingga kenderaan tersebut
berjaya ditemui dan berada dibawah jagaan pembeli sepenuhnya.
Segala tunggakan dan kerosakan yang berlaku kesan daripada
perkara tersebut (sekiranya ada) akan ditanggung sepenuhnya oleh
pembeli.

3
3.4 Pembeli hendaklah memastikan bahawa kenderaan tersebut
diliputi oleh perlindungan insurans yang sah pada setiap masa dan
jumlah perlindungan yang diinsuranskan mestilah tidak kurang dari
harga pasaran semasa atau jumlah baki hutang dengan Bank
Pembiaya yang mana berkenaan.

4. TANGGUNGJAWAB PENJUAL
4.1 Penjual bertanggungjawab memberikan kerjasama untuk segala
urusan yang melibatkan kenderaan tersebut sekiranya perlu.

4.2 Sekiranya pembeli ingin membiayai semula atau menyelesaikan


segala baki hutang dengan Bank Pembiaya maka penjual
bertanggungjawab untik memberikan keizinan pertukaran hak milik
secara rasmi ke atas nama pembeli atau wakilnya.

5. HAK PEMBELI
Pembeli berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap
penjual sekiranya kenderaan dituntut kembali oleh penjual tanpa
sebarang alasan yang munasabah walaupun segala terma dan syarat
didalam perjanjian ini dipatuhi sepenuhnya oleh pembeli.

6. HAK PENJUAL
Penjual berhak untuk membatalkan perjanjian ini sekiranya
didapati pembeli memudaratkan status penjual sebagai pemilik
berdaftar kenderaan tersebut.

4
***********************************************************
1. Jadual-jadual yang dilampirkan bersama-sama perjanjian ini
hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada perjanjian ini.

***********************************************************

5
Dengan menyaksikan perjanjian ini kami menurunkan tandatangan kami
pada hari dan tahun sepertimana yang tercatit di awalan perjanjian ini.

Ditandatangani oleh Penjual : ______________________

NAMA : _____________________
NO K/P : _____________________
TARIKH : _____________________

Ditandatangani oleh Pembeli : ______________________

NAMA : ______________________
NO K/P : ______________________
TARIKH : ______________________

6
SURAT PERJANJIAN SEWA BELI/SAMBUNG BAYAR

Saya No k/p
Beralamat
Pemilik asal kenderaan jenis motorcar
Model No pendaftaran Warna
menyerahkan kepada pemilik baru.

Nama No k/p
Beralamat
Untuk disewa beli atau di sambung
kepada pihak bank sehingga ansurans bulanan dijelaskan sepenuhnya.

Mulai tarikh dan Masa diambil.

Pemilik baru harus bertanggungjawab ke atas kenderaan ini jika berlaku


kemalangan, saman trafik dan sebagainya.

Jika sekiranya gagal menjelaskan sewa bulanan kenderaan ini dalam tempoh SATU
BULAN ATAU 30HARI maka pemilik asal berhak mengambil semula kenderaan
dan wang pengurasan tidak akan dikembalikan. Diharap kedua-dua pihak dapat
memberikan kerjasama dengan baik.

BUTIRAN KENDERAAN:-

1.1 JENIS KENDERAAN :

1.2 NO PENDAFTARAN :

1.3 TAHUN DI BUAT :

1.4 NO. CHASIS :

1.5 NO ENJIN :

7
Dengan ini saya lampirkan dokumen seperti :-
*Buku Pendaftaran (Geran)
*Borang Jpj (K3) yang telah ditandatangan
*Pengesahan K/P (Pemilik Asal dan Baru)’
*Insurans (Cover Note)
*Surat Perjanjian akan distamping (L.H.D.N.)
Kesemua yang disenaraikan diberi 1 set salinan untuk disimpan yang
membuktikan kenderaan tersebut dibeli dari pemunya berdaftar.
Persetujuan bersama:-
Pemilik Asal Pemilik Baru

Nama : Nama :
No. k/p : No. k/p :
Tarikh : Tarikh :

Saksi Saksi

Nama : Nama :
No. k/p : No. k/p :
Tarikh : Tarikh :

8
SURAT AKUAN
Adalah saya no k/p
Beralamat
dengan sesungguhnya saya mengaku bahawasa saya telah menjual sebuah kenderaan
saya Jenis pick up_______________, No pendaftaran kenderaan__________,
berwarna_________, no chasis /enjin __________________________________
kepada (Nama) ______________________, no k/p ____________________,
Beralamat

Surat akaun ini adalah bertujuan sekiranya timbul apa-apa masalah seperti saman,
kemalangan dan sebagainya adalah menjadi tanggungjawab pemilik baru pada
tarikh dan masa diambil daripada pemilik asal sehingga nama telah ditukar kelak.

Dan saya membuat akuan ini dengan kepercayaan bahawa akaun ini adalah benar,
dan menurut kuasa peruntukan Akta Akaun Berkanun 1960.

Diperbuat dan dengan sesungguhnya diakui oleh


yang tersebut di atas…………………………….
di………………………………………………...
di dalam negeri………………………………….
pada…………………………………..20………

Di hadapan saya,

………………………..

(Pesuruhjaya Sumpah)

Anda mungkin juga menyukai