Anda di halaman 1dari 3

Ruj Kami : HAR/CV/KB/21-3717

Tarikh : 07hb Mac 2021

Minah Binti Deraman


PT 000, Taman Desa An’Nur,
16100, Kota Timur,
Kelantan. -Dengan Pos Daftar-

Puan,

Per : NOTIS TUNTUTAN HUTANG


Perkara di atas adalah dirujuk yang mana pihak kami mewakili En. Abdul Talib.

Arahan klien kami adalah seperti berikut :-

2. Bahawasanya puan telah berhutang dari klien kami untuk kegunaan peribadi dan
keperluan saudara-mara puan. Sehingga ke tempoh hari ini, sejumlah hutang masih
belum dibayar kepada klien kami.

Arahan-arahan lanjut daripada klien kami mengenai jumlah hutang oleh pihak puan
adalah seperti berikut :

Hutang 1 – RM 1,500.00
a) Puan telah berhutang dari klien kami pada April 2017 berjumlah sebanyak RM
1,500.00 di atas alasan Puan untuk membantu adik ipar puan.

Hutang 2 – RM 8,000.00
b) Puan juga telah berhutang dari klien kami untuk kegunaan peribadi iaitu pembelian
sebuah kereta Produa Myvi (No. Pendaftaran : _______). Setelah proses ‘trade in’
dengan kereta Kancil milik Puan sebanyak RM 4,500.00, Puan berhutang dengan
klien kami sebanyak RM 8,000.00 untuk menjelaskan pembayaran kereta Axia
tersebut pada bulan Jun 2017.

Hutang 3 – RM 3,000.00
c) Seterusnya, pada bulan Ogos 2017, puan sekali lagi telah memohon untuk
berhutang dari klien kami sebanyak RM 3,000.00 di atas alasan untuk membantu
adik lelaki puan bernama Omar. Hanya RM 500.00 sahaja yang dibayar balik
manakala baki hutang sebanyak RM 2,500.00 masih belum dibayar sehingga ke hari
ini.
Hutang 4 – RM 3,000.00
d) Puan juga seterusnya telah memohon dari klien untuk berhutang bagi kegunaan
anak puan berjumlah sebanyak RM 3,000.00 pada bulan Oktober 2017. Pembayaran
balik untuk hutang tersebut hanya RM 1,000.00 sahaja yang telah dibayar, manakala
baki hutang berjumlah RM 2,000.00 sehingga ke tarikh hari ini masih belum
diselesaikan oleh pihak puan.

Hutang 5 – RM 3,000.00
e) Puan telah berhutang sebanyak RM 2,000.00 untuk pembelian gelang emas
peribadi. Kemudian puan memohon lagi pinjaman tambahan sebanyak RM 1,000.00
untuk mencetak nama puan di atas gelang emas tersebut yang menjadikan jumlah
hutang kesemuanya berjumlah RM 3,000.00. Hutang berkenaan juga diberi pada
bulan Oktober 2017.

Untuk memudahkan puan mengetahui jumlah hutang kepada klien kami, berikut
diringkaskan senarai jumlah hutang seperti berikut :

Jumlah Hutang Jumlah dan tarikh pengeluaran wang kepada Puan


Hutang 1 RM 1,500.00 03 April 2017 – RM 1,500.00
Hutang 2 RM 8,000.00 01 Jun 2017 – RM 8,000.00
Hutang 3 RM 3,000.00 31 Julai 2017 – RM 2,000.00
05 Ogos 2017 – RM 1,000.00
Hutang 4 RM 3,000.00 19 Oktober 2017 – RM 2,000.00
21 Oktober 2017 – RM 1,000.00
Hutang 5 RM 3,000.00 19 Oktober 2017 – RM 2,000.00
21 Oktober 2017 – RM 1,000.00

Jumlah : RM 18,500.00 Jumlah : RM 18,500.00

Bil Perkara Jumlah


1. Hutang terkumpul (Hutang 1-5) RM 18,500.00
2. Jumlah yang sudah dibayar RM 1,500.00
Baki hutang tertunggak RM 17,000.00

3. Arahan daripada klien kami bahawa klien kami dengan ini menuntut pihak puan untuk
membayar semua baki wang pinjaman kepada klien kami sebanyak RM 17,000.00
dalam masa 30 hari daripada tarikh notis ini.

4. Sekiranya puan enggan dan/atau gagal mematuhi notis ini, pihak kami mempunyai
mandat tegas untuk meneruskan dengan tindakan undang-undang selanjutnya di
Mahkamah dan pihak puan adalah akan dipertanggungjawabkan dengan semua kos
perundangan kelak.

Perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan adalah dihargai.

Sekian dan terima kasih.

Yang benar,

aaaaaaaaaaa
Civil/Hafiz

Anda mungkin juga menyukai