Anda di halaman 1dari 10

Perjanjian Pembinaan

PERJANJIAN PEMBINAAN

PERJANJIAN INI adalah dibuat pada haribulan 20

DI ANTARA

Pihak yang tersebut di dalam Seksyen 1, Jadual Pertama (selepas ini disebut “Pihak
Pertama”) di satu pihak;

DAN

Pihak yang disebutkan dalam Seksyen 2, Jadual Pertama (selepas ini disebut
“Kontraktor”) di satu pihak yang lain.

BAHAWASANYA:

I. Pihak pertama adalah tuan punya tanah yang dipegang dibawah hakmilik (-DISINI
MASUKKAN NO. HAKMILIK/GERAN-) (selepas ini disebut sebagai
“Hartanah”).

II. Pihak Pertama bersetuju melantik Kontraktor untuk melakukan tugas berkaitan
dengan suatu kontrak pembinaan di atas Hartanah seperti yang disebut dalam Seksyen
3, Jadual Pertama (selepas ini disebut sebagai “Bangunan tersebut”) dengan
bayaran yang disebut di dalam Seksyen 4, Jadual Pertama (selepas ini disebut
sebagai “Bayaran Kontrak”)tertakluk kepada syarat-syarat yang disebut dalam
Perjanjian ini.

PERJANJIAN INI MENYAKSIKAN PERSETUJUAN seperti berikut:-

1. Pihak Pertama dengan ini melantik/mengambil bekerja (employ) Kontraktor dan


Kontraktor akan melakukan tugas berkaitan dengan Kontrak Pembinaan Bangunan
tersebut dengan Bayaran Kontrak tersebut.

2. Pihak Pertama sebaik sahaja Perjanjian ini ditandatangani akan membuat permohonan
untuk mendapatkan pinjaman daripada Institusi Kewangan (selepas ini disebut
sebagai “Pinjaman tersebut”) bagi tujuan pembiayaan Kontrak Pembinaan tersebut
kepada Kontraktor dan DENGAN SYARAT BAHAWA jikalau Pinjaman tersebut
tidak diluluskan maka Perjanjian ini dengan sendiri dikira terbatal.

3. Pihak Pertama bersetuju dan akan mengarahkan Institusi Kewangan supaya semua
Bayaran Kontrak seperti yang disebut dalam Jadual Kedua dibayar kepada
Kontraktor melalui Pemegang Pertaruhan (“stakeholder”) Pihak Pertama iaitu (-
DISINI MASUKKAN NAMA FIRMA GUAMAN YANG DILANTIK-) yang

2
Perjanjian Pembinaan

beralamat di (-DISINI MASUKKAN ALAMAT FIRMA GUAMAN YANG


DILANTIK-).

4. Pihak Pertama dengan ini membenarkan Kontraktor dan pekerja-pekerjanya untuk


memasuki Hartanah Tersebut bagi pembinaan Bangunan Tersebut tertakluk kepada
peruntukan Perjanjian ini. Kebenaran ini berkuatkuasa dengan serta-merta setelah
Perjanjian ini ditandatangani oleh kedua-dua pihak.

5. Setiap notis yang disebut dalam Jadual Kedua yang menuntut bayaran hendaklah
dilampir bersama satu perakuan dibawah pengesahan Arkitek dan Perakuan tersebut
hendaklah menjadi bukti akan hakikat bahawa kerja yang tersebut dalam perakuan
tersebut telah sempurna mengikut peringkat.

6. Cara pembayaran Bayaran Kontrak adalah mengikut peringkat kemajuan pembinaan


sepertimana yang disebut dalam Jadual Kedua. Tuntutan untuk setiap peringkat
hendaklah dibuat oleh Kontraktor terus kepada Institusi Kewangan dan bayaran
tersebut hendaklah dibuat kepada Kontraktor oleh (-DISINI MASUKKAN NAMA
FIRMA GUAMAN YANG DILANTIK-) dalam tempoh sepuluh (10) hari dari
tarikh terima bayaran dari institusi kewangan.

7. Semua kerja yang dijalankan untuk menyempurnakan tugas pembinaan Bangunan


tersebut oleh Kontraktor, melainkan arahan secara bertulis oleh Pihak Pertama
mengikut perubahan disampaikan kepada Kontraktor, hendaklah mengikut pelan dan
spesifikasi bangunan yang telah dipersetujui seperti yang ditunjukkan di dalam
Jadual Ketiga.

8. Kontraktor akan menyempurnakan pembinaan Bangunan tersebut dalam masa yang


disebutkan dalam Seksyen 5, Jadual Pertama (selepas ini disebut sebagai “Tempoh
Penyempurnaan Kontrak”).

9. Mana-mana kelewatan penyempurnaan Kontrak tersebut seperti berikut tidaklah


dianggap kelewatan dalam pengertian para 8 di atas sekiranya:- .

(i) Kemalangan atau malapetaka ke atas pekerja yang diluar kekuasaan


Kontraktor;

(ii) Cuaca buruk atau keadaan-keadaan yang boleh menghalang atau melewatkan
kerja;

(iii) Kerja-kerja tambahan dan pindaan yang dipersetujui oleh Pihak Pertama atau
dibenarkan mengikut peruntukan Perjanjian ini;

(iv) Bencana alam dan malapetaka; dan

(v) Kelewatan Pihak Berkuasa melakukan atau tidak melakukan sesuatu yang
melibatkan Kontrak tersebut.

10. Adalah dipersetujui bahawa Kontraktor adalah pihak yang bebas dari
bertanggungjawab sepenuhnya bersabit dengan pembinaan Bangunan tersebut. Untuk
itu, Kontraktor hendaklah menyediakan semua peralatan dan pekerja dan hendaklah

2
Perjanjian Pembinaan

mematuhi mana-mana peruntukan Akta, Ordinan, Enakmen, Undang-Undang Kecil


dan mana-mana Peraturan Kecil mengenai penyempurnaan Kontrak tersebut
termasuklah kegunaan alat jentera, kebersihan, perlindungan insurans kepada pekerja
dan pembinaan longkang, saluran najis dan pembentungan dan sambungan api dan air
tetapi tidak termasuk deposit dan sewa berkaitan dengan keperluan tersebut dan
Kontraktor hendaklah menggantirugikan (indemnify) Pihak Pertama atas segala
kerugian dan kerosakan berkaitan dengan pemecahan dan ketinggalan melakukan
perkara-perkara di atas.

11. Jika sekiranya Pihak Pertama memerlukan mana-mana pindaan sama ada kepada
bahan-bahan, peralatan atau perkara-perkara lain, kedua-dua pihak hendaklah terlebih
dahulu bersetuju mengenainya dan Perjanjian ini kemudiannya hendaklah dibaca
kepada pindaan tersebut.

12. Kontraktor hendaklah menyempurnakan pembinaan Bangunan tersebut dalam tempoh


yang ditentukan atau lain-lain tempoh dan syarat-syarat yang dipersetujui oleh
kedua-dua pihak secara bertulis.

13. Kontraktor hendaklah mengambil insuran berkaitan dengan kerosakan dan kehilangan
akibat daripada kecurian dan lain-lain malapetaka, kerosakan dan kehilangan
berkaitan dengan tugas membina Bangunan tersebut dan/atau mana-mana bahan atau
peralatan dan/atau pekerja-pekerja dan/atau Pihak Pertama.

14. Mutu kerja dan bahan binaan hendaklah mengikut darjah kesempurnaan yang
sepatutnya bagi pembinaan Bangunan tersebut dan mengikut cara yang telah
dipersetujui sama ada nyata atau tersirat tanpa perubahan dan pindaan melainkan yang
diarahkan oleh Pihak Berkuasa atau lain-lain pindaan tanpa menurunkan mutu, nilai
dan darjah kesempurnaan Bangunan tersebut.

15. Jika berlaku kerosakan akibat mutu kerja dalam tempoh seperti mana yang disebut
dalam Seksyen 6, Jadual Pertama (selepas ini disebut sebagai “Tempoh Tuntutan
Kerosakan”) dari Tempoh Penyempurnaan Bangunan tersebut, Kontraktor hendaklah
dan akan membaikinya dengan perbelanjaan sendiri.

16. Kontraktor tidak boleh memberi sub-kontrak tersebut kepada pihak lain tanpa
kebenaran bertulis daripada Pihak Pertama.

17. Pihak Pertama berhak dan boleh menamatkan Perjanjian ini dengan memberi notis
secara bertulis kepada Kontraktor dalam perkara-perkara berikut :-

(i) Kontraktor gagal menyempurnakan Bangunan tersebut dalam tempoh yang


ditetapkan;

(ii) Kontraktor memberi sub-kontrak pembinaan Bangunan tersebut kepada pihak


lain;

(iii) Tindakan bankrap terhadap Kontaktor telah difailkan di Mahkamah;

2
Perjanjian Pembinaan

(iv) Mutu kerja yang dilakukan atau bahan kerja yang digunakan oleh Kontaktor
tidak tercapai taraf yang sepatutnya seperti dengan kehendak oleh pihak yang
berkelayakan;

(v) Berlaku kehilangan atau kerosakan bahan-bahan atau peralatan akibat dari
kecuaian Kontraktor atau pekerjanya dan Kontraktor gagal menggantikannya.
Dalam keadaan-keadaan ini dimana Notis Penamatan dihantar kepada
Kontraktor oleh Pihak Pertama, Pihak Pertama tidak perlu membuat apa-apa
bayaran atau kerja-kerja yang belum atau tidak disempurnakan.

18. Tertakluk kepada hak Pihak Pertama untuk memberi Notis menamatkan Perjanjian
ini, jika pembinaan Bangunan tersebut tidak disempurnakan dalam tempoh yang
dipersetujui, Pihak Pertama berhak menuntut faedah atas kadar 10% setahun atas
bayaran kontrak dikira atas kiraan harian di atas jumlah hari kelewatan, dikira sebagai
ganti rugi yang ditaksirkan.

19. Pihak Pertama boleh tetapi tidak bertanggungan membekalkan bahan-bahan atau
peralatan tersebut dan Kontraktor bertanggungan berhubung dengan kesempurnaan
barang-barang dan peralatan tersebut daripada sebarang kecurian, kehilangan,
kerosakan dan lain-lain yang boleh menjejaskan mutu bahan-bahan atau peralatan
tersebut DENGAN SYARAT pembekalan sedemikian oleh Pihak Pertama tidak akan
menyentuh, menidakkan atau menyangkal kedudukan, obligasi atau liabiliti
Kontraktor sebagai kontraktor bebas.

20. Sekiranya Kontraktor ada berhutang dengan mana-mana pembekal dan/atau lain-lain
pihak berkaitan dengan pembinaan Bangunan tersebut maka bolehlah Pihak Pertama
(tetapi bukan menjadi kewajipan bagi pihaknya) untuk membayar jumlah yang
terhutang tersebut dan jumlah itu bolehlah dianggap sebagai pembayaran yang
terhutang oleh Pihak Pertama kepada Kontraktor di bawah Perjanjian ini.

21. Mana-mana pindaan atau perubahan kepada Perjanjian ini hendaklah dibuat secara
bertulis dengan persetujuan dan ditandatangani oleh kedua-dua pihak.

22. Kontraktor hendaklah mendapatkan Sijil Kesempurnaan dari Pihak Berkuasa atau
Pihak yang berkelayakan atas belanjanya sendiri setelah mematuhi semua syarat yang
dikenakan berkaitan dengan perolehan Sijil tersebut.

23. Apa-apa notis yang hendak diserahkan di bawah Perjanjian ini oleh satu pihak kepada
pihak yang lain akan dianggap sah penyerahannya jika dihantar melalui pos berdaftar
ke alamat yang berkenaan seperti tercatit di dalam Perjanjian ini melainkan terdapat
pindaan yang terlebih dahulu disampaikan kepada pihak yang lain dan notis itu
dianggap disampaikan jika pada biasanya ianya boleh sampai kepada pihak yang
hendak disampaikan.

24. Kedua-dua pihak di sini menyatakan bahawa adalah hasrat mereka bahawa Perjanjian
ini akan beroperasi di antara mereka dengan adil dan tanpa membebankan
kepentingan mana-mana satu pihak dan dalam menyempurnakan Perjanjian ini jika
ada sebarang perkara yang tidak adil ditemui atau dijangka maka kedua pihak disini
akan membuat dengan usaha-usaha yang munasabah dalam bidang kuasa mereka
untuk memperbaikinya.

2
Perjanjian Pembinaan

25. Sebarang pertelingkahan atau pertikaian berhubung dengan Kontrak tersebut


hendaklah dirujuk kepada Penimbangtara yang dipersetujui oleh kedua-dua belah
pihak atau jika kegagalan dalam persetujuan tersebut untuk membuat pilihan terhadap
permohonan pihak-pihak oleh Pengarah Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur
dan apa-apa rujukan hendaklah disifatkan sebagai serahan ke timbangtara mengikut
maksud Akta Timbangtara 1952. Sebarang keputusan timbangtara hendaklah menjadi
muktamad dan mengikat kedua-dua pihak dalam Perjanjian ini selepas itu.

26. Semua perbelanjaan berkaitan dengan Perjanjian ini hendaklah ditanggung oleh pihak
yang tersebut dalam Seksyen 7, Jadual Pertama.

27. Maka dengan ini dipersetujui bahawa masa adalah pati kepada Perjanjian ini.

28. Jadual Pertama, Jadual Kedua dan Jadual Ketiga kepada Perjanjian ini hendaklah
dikira, dibaca dan ditafsirkan sebagai satu bahagian yang penting dalam Perjanjian
ini.

29. Pengetahuan atau persetujuan secara senyap oleh Kontraktor mengenai apa-apa
pelanggaran terhadap mana-mana syarat atau akujanji-akujanji atau man-mana satu
daripada mereka yang terkandung di sini hendaklah tidak dianggap sebagai satu
pelepasan syarat-syarat atau akujanji-akujanji atau mana-mana satu daripada mereka
dan walaupun telah berlaku pengetahuan atau persetujuan tersebut, Kontraktor adalah
berhak untuk menguatkuasakan hak-hak dibawah Perjanjian ini dan untuk
menghendaki perlaksanaan dengan sempurna oleh Pembeli terhadap syarat yang
terkandung di dalam Perjanjian ini.

30. Perjanjian ini hendaklah mengikat waris-waris, pentadbir pusaka, pengganti hak milik
dan penerima hak kedua-dua pihak.

**************************************
******************

2
Perjanjian Pembinaan

SEBAGAI MENYAKSIKAN PERJANJIAN INI KEDUA-DUA PIHAK dengan ini


menurunkan tandatangan dan cop masing-masing (jika ada) pada hari dan tahun yang tertera
di atas.

Ditandatangani oleh Pihak Pertama )


Dihadapan )
)
)
) ………………………………………..
(-NAMA PIHAK PERTAMA-)
(NO. K/P: )

Dicop dan ditandatangani oleh ) (-NAMA KONTRAKTOR-)


Kontraktor ) [NO. PENDAFTARAN: )
Dihadapan )
)
)
) ………………………………………..
(-NAMA PENANDATANGAN
KONTRAKTOR-)
(NO. K/P: )

2
Perjanjian Pembinaan

JADUAL PERTAMA
(hendaklah dibaca dan dianggap sebagai sebahagian yang mustahak dari Perjanjian
ini)

Seksyen Perkara Butir-butir

1. PIHAK PERTAMA:

Nama (-DI SINI MASUKKAN NAMA PIHAK


PERTAMA-)
No. Kad Pengenalan

Alamat

2. KONTRAKTOR:

Nama (-DI SINI MASUKKAN NAMA


KONTRAKTOR-)
No. Pendaftaran Perniagaan

Alamat

3. Bangunan Membina dan menyiapkan sebuah rumah


kediaman (-DI SINI MASUKKAN JENIS
KEDIAMAN/RUMAH-) di atas tanah
yang terkandung dalam (-DI SINI
MASUKKAN NO.
HAKMILIK/GERAN-)
.

4. Bayaran Kontrak Ringgit Malaysia (RM )


sahaja.
5. Tempoh Penyempurnaan Satu (1) tahun dari kontrak ini.
Kontrak
6. Tempoh Tuntutan Kerosakan Enam (6) bulan dari tarikh penyerahan
milikan kosong rumah yang siap dibina
di bawah tugas kontrak.

7. Pihak yang membuat bayaran Pihak Pertama

2
Perjanjian Pembinaan

kerana menyediakan Perjanjian

JADUAL KEDUA
(hendaklah dibaca dan dianggap sebagai sebahagian yang mustahak dari Perjanjian
ini)

Bayaran untuk harga rumah akan dibuat secara berperingkat mengikut jadual seperti
berikut :-

Bil Jadual Pembayaran Harta Belian % Jumlah (RM)

1. Apabila sahaja Perjanjian selesai ditandatangani 10

2. Dalam masa tiga puluh (30) hari selepas Pembeli


menerima
notis bertulis daripada Kontraktor menyatakan
siapnya-

(a) kerja-kerja asas dan landas Bangunan 10


tersebut;

(b) rangka konkrit bertetulang bangunan 15


tersebut;

(c) dinding-dinding bangunan tersebut berserta 10


rangka-rangka pintu dan tingkap dipasang
pada tempatnya;

(d) bumbung, pendawaian elektrik saluran 10


paip (tanpa lengkapan) paip gas (jika ada)
dan penyaluran serta pengkabelan
telekomunikasi dalaman pada bangunan
tersebut;

(e) kerja kemasan dalam dan luar Bangunan 10


tersebut termasuk kemasan dinding;

(f) kerja pembentungan bagi Bangunan 5


tersebut;

(g) parit bagi bangunan tersebut; 2.5

(h) jalan bagi Bangunan tersebut; 2.5

3. Pada tarikh Pembeli mengambil pemilikan 17.5

2
Perjanjian Pembinaan

kosong Harta tersebut dengan bekalan air dan


elektrik sedia untuk penyambungan

4. Pada tarikh Pembeli mengambil pemilikan 2.5


kosong Harta tersebut sebagaimana dalam
butiran 3 apabila Kontraktor telah menyerahkan
kepada Pembeli atau peguamcara Pembeli
dokumen hakmilik keluaran yang asal bagi Lot
Bangunan tersebut yang didaftarkan atas nama
Pembeli

5. Pada tarikh Pembeli mengambil pemilikan 5


kosong Harta tersebut sebagaimana dalam
butiran 3 dan dipegang oleh peguamcara
Kontraktor sebagai pemegang kepentingan bagi
pembayaran kepada Kontraktor seperti yang
berikut:

(a) dua perpuluhan lima peratus (2.5%)


apabila habis tempoh lapan (8) bulan
selepas tarikh Pembeli mengambil
pemilikan kosong Harta tersebut; dan

(b) dua perpuluhan lima peratus (2.5%)


apabila habis tempoh dua puluh empat (24)
bulan selepas tarikh Pembeli mengambil
pemilikan kosong Harta tersebut.

Jumlah 100

2
Perjanjian Pembinaan

JADUAL KETIGA

(hendaklah dibaca dan dianggap sebagai sebahagian yang mustahak dari Perjanjian
ini)

PELAN DAN SPESIFIKASI BANGUNAN DILAMPIRKAN

Anda mungkin juga menyukai