Anda di halaman 1dari 2

Sebab-sebab Untuk Lanjutan Masa

1. Kontraktor berhak mendapat lanjutan masa berdasarkan sebab-sebab kelambatan


di luar kawalannya mengikut peruntukan-peruntukan yang berkenaan di dalam Syarat-
syarat Kontrak seperti berikut:

(a) 'Force majeure'.

(b) Keburukan cuaca yang luar biasa.

(c) Arahan-arahan yang diberi oleh P.P. berbangkit dari pertikaian dengan tuan-
tuan punya berjiran dengan syarat ianya tidak disebabkan oleh apa-apa perbuatan kecuaian
atau kemungkiran di pihak Kontraktor atau mana-mana Subkontraktor yang Dinamakan
atau selainnya.

(d) Kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh mana-mana satu atau lebih
dari perkara luar jangka yang disebutkan dalam fasal 36 Syarat-syarat kontrak
seperti kebakaran, petir, letupan, ribut, taufan, banjir, tanah mendap, tangki pecah atau
melimpah, radas atau paip, kapal udara dan alat-alat udara lain atau artikel yang gugur dari
kapal udara, rusuhan dan kekacauan awam (dengan syarat dan setakat yang ianya
tidak disebabkan oleh apa-apa perbuatan, kecuaian, kemungkiran atau pecah kontrak
oleh Kontraktor atau mana-mana subkontraktor yang dinamakan atau selainnya, sama
ada kerana tidak mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk melindungi Kerja
atau selainnya).

(e) Arahan-arahan P.P. yang dikeluarkan di bawah fasal 5 Syarat-syarat Kontrak.

(f) Kontraktor telah tidak menerima dalam masa yang wajar daripada P.P., arahan, pelan,
aras yang diperlukan atau arahan berkenaan dengan penamaan Subkontraktor dan/atau
penamaan Pembekal yang diperuntukkan di dalam Kontrak, berpunca dari apa-apa kecuaian
atau kemungkiran oleh P.P yang mana Kontraktor telah dengan khususnya memohon secara
bertulis pada satu tarikh yang berasaskan kepada Tarikh Siap yang dinyatakan dalam
Lampiran kepada Syarat-syarat Kontrak, tidaklah semunasabahnya terlalu jauh atau terlalu
dekat dengan tarikh arahan, pelan atau aras tersebut perlu diterima oleh Kontraktor.

(g) Kelambatan memberi milik Tapak Bina sebagaimana diperuntukkan di bawah Fasal
38(d) Syarat-syarat Kontrak.

(h) Tindakan yang berpunca daripada penyatuan pekerja-pekerja setempat, mogok atau
tutup-pintu yang melibatkan mana-mana tred yang diguna-khidmat atas Kerja dengan syarat
ianya bukan disebabkan oleh apa-apa perbuatan kecuaian atau kemungkiran yang tak
berpatutan dipihak Kontraktor atau mana-mana Subkontraktor Dinamakan atau selainnya.

(i) Kelambatan di pihak artisan, tukang-tukang atau orang-orang lain yang
ditugaskan oleh Kerajaan bagi melaksanakan kerja yang tidak menjadi sebahagian dari
Kontrak.

(j) Kontraktor tidak berupaya kerana sebab-sebab yang tidak dapat dikawal olehnya dan
tidak dapat diramalkan olehnya dengan munasabahnya pada tarikh penutupan tender, untuk
mendapatkan apa-apa barang atau bahan yang diperlukan untuk menjalankan Kerja dengan
sewajarnya.

(k) Kelambatan di pihak Subkontrantor Dinamakan dan/atau Pembekal
Dinamakan tentang kerja mereka, dan kelambatan yang menjejaskan kerja mereka itu
adalah disebabkan oleh sebab-sebab yang sama sebagaimana dinyatakan dalam perkara (a)
hingga (j) di atas. (Dengan syarat bahawa kelambatan itu adalah tidak berpunca dari apa-
apa perbuatan, kecuaian, kemungkiran atau pecah kontrak oleh Subkontraktor Dinamakan
dan/ atau Pembekal Dinamakan dan/atau Kontraktor, atau mana-mana pengkhidmat atau ejen-
ejen Subkontraktor Dinamakan atau Pembekal Dinamakan atau Kontraktor).


2. Manakala Kontrak dengan jelas menyatakan sebab-sebab yang
melayakkanKontraktor mendapat lanjutan masa, ianya juga mengandungi satu syarat iaitu
Kontraktor hanya berhak mendapat lanjutan masa sekiranya dia telah sentiasa
berusaha sedaya-upayanya untuk mengelakkan kelambatan dan hendaklah membuat apa-apa
yang dikehendaki dengan munasabahnya oleh P.P. Lanjutan masa juga boleh
dipertimbangkan bagi kes-kes tertentu yang diputuskan oleh Kerajaan dari masa kesemasa
ikut keperluan.

Anda mungkin juga menyukai