Anda di halaman 1dari 5

FAKTOR FAKTOR BAGI MEMOHON LANJUTAN MASA

Sebab utama adalah kelewatan

Faktor kelewatan akan dipertimbangkan berdasarkan syaratsyarat kontrak Klausa 43 JKR 203/203A

3 Jenis kelewatan
Kelewatan yang boleh dituntut (Compensable Delays ) Kelewatan yang dibenarkan (Excusable Delays ) Kelewatan yang tidak dibenarkan (Non-Excusable Delays )

Kelewatan Yang Boleh Dituntut (Compensable Delays)

Disebabkan oleh kecuaian klien atau wakil-wakil klien yang terlibat semasa projek berjalan (Arahan baru dan perubahan skop kerja)

Kelewatan dalam pemilikan tapak


Perubahan skop kerja dan perincian pembinaan Kelewatan dalam penerimaan bahanbahan binaan yang sepatutnya dibekalkan oleh pihak pemilik. Lukisan pembinaan, maklumat spesifikasi ataupun maklumat terperinci yang diterima oleh pihak pembina yang tidak lengkap Kelewatan dalam penerimaan bayaran kemajuan (progress payment) daripada pemilik Kelewatan-kelewatan lain yang dibenarkan dalam perjanjian kontrak.

Pihak kontraktor dibenarkan dan berhak membuat tuntutan pampasan gantirugi ( kos @ tempoh lanjutan masa )

Kelewatan Yang Dibenarkan (Excusable Delays)


Force Majeure Cuaca buruk yang luar biasa

Kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh perkara-perkara yang di luar jangkaan seperti yang disebut dalam Fasal 36(a) -kebakaran, letupan, petir, ribut, banjir dan lain-lain
Masa penerimaan yang tidak wajar terhadap arahan pelan, aras yang diperlukan atau arahan yang diperuntukkan dalam kontrak oleh pihak kontraktor dari Pegawai Penguasa.

Arahan-arahan Pegawai Penguasa yang dikeluarkan di bawah fasal 5 iaitu arahan yang membawa perubahan kepada kerja-kerja yang sedang dijalankan Arahan-arahan yang diberi oleh Pegawai Penguasa yang berbangkit dari pertikaian dengan tuan-tuan punya yang berjiran

Kontraktor tidak berupaya menyiapkan kerja kerana sebab-sebab yang tidak dapat dikawal dan diramalkan olehnya pada tarikh penutupan tender bagi kontrak ini untuk mendapatkan bahan atau barang yang diperlukan untuk menjalankan kerja.

Sebab kelambatan di dalam memberi pemilikan tapak bina


Tindakan mogok yang disebabkan oleh penyatuan pekerja-pekerja setempat (dengan syarat ia berlaku tidak disebabkan oleh perbuatan, kecuaian, atau kemungkiran oleh kontraktor atau mana-mana subkontraktor yang dinamakan).

Kelewatan di pihak atau orang yang ditugaskan oleh kerajaan bagi melaksanakan kerja yang tidak menjadi sebahagian dari kontrak ini.
Kelambatan yang disebabkan oleh subkontraktor atau pembekal yang dinamakan tentang kerja mereka dan ia disebabkan oleh punca-punca yang telah dinyatakan sebelum ini

Pihak kontraktor berhak memohon lanjutan masa tanpa sebarang tuntutan gantirugi dalam bentuk wang ringgit

Kelewatan yang Tidak Dibenarkan (Non-Excusable Delays)


Kelemahan kontraktor itu sendiri dalam mengendalikan pengurusan projek pembinaan tersebut
Kerja-kerja yang dijalankan adalah tidak mengikut spesifikasi reka bentuk yang telah ditetapkan yang akan mengakibatkan penyenggaraan dan pembaikan semula terpaksa dilakukan Kelemahan dalam melaksanakan ordinasi kerja, kelemahan dalam perancangan, penjadualan dan pengawalan perkembangan projek Kekurangan tenaga manusia dalam aktiviti-aktiviti pembinaan yang khusus dimana memerlukan kepakaran tersendiri

Sekiranya permohonan pelanjutan masa tidak diluluskan, maka pihak kontraktor akan dikenakan ganti rugi iaitu denda kelewatan (LAD)
Pegawai penguasa berhak memotong ganti rugi itu dari wang yang perlu dibayar kepada kontraktor (Bayaran Interim)

Anda mungkin juga menyukai