Anda di halaman 1dari 10

Panduan SOP : Pengambilan Tanah

Prosedur Mendapatkan Tanah Dalam hal pengambilan mana-mana tanah untuk kegunaan kementerian / jabatan persekutuan (tidak termasuk badanbadan berkanun persekutuan yang boleh memiliki tanah di atas nama mereka sendiri), prosedur berikut hendaklah dipatuhi sepenuhnya.

1. Pemilihan Tanah Dua tahun sebelum tarikh satu-satu tanah itu dikehendaki, kementerian / jabatan yang berkehendakkan tanah itu hendaklah terlebih dahulu menentukan tapak yang diperlukannya. Penentuan ini hendaklah dibuat dengan cara rundingan diantara kementerian / jabatan yang memerlukan tanah itu dengan pegawai daerah/pentadbir tanah (PT) yang berkenaan. Rundingan ini perlu dibuat melalui jawatankuasa pemilihan tapak daerah dan hendaklah mengambil kira mengenai kesesuaian tanah / tapak dari segi kedudukannya, penggunaan, harga dan peruntukan wang yang mencukupi bagi projek yang hendak dilaksanakan itu.

Di peringkat ini masalah-masalah sosial dan ekonomi yang mungkin timbul berikutan dari pengambilan itu perlu diberi perhatian. Tanah yang ada setinggan umpamanya, perlu dielakkan. Untuk mengambil tanah bagi melaksanakan projekprojek baru, pihak kementerian / jabatan hendaklah terlebih dahulu mendapatkan pandangan daripada pihak berkuasa tempatan dan jabatan-jabatan teknikal lainnya. Walau bagaimanapun pandangan dari jabatan teknikal tidak diperlukan sekiranya pengambilan itu melibatkan pembesaran projek yang sedia ada seperti melebarkan jalan dan sebagainya. Pihak kementerian / jabatan juga hendaklah menentukan sama ada pemberitahuan di bawah seksyen 4, akta pengambilan tanah (APT) 1960 diperlukan atau tidak.

Keputusan muktamad berhubung dengan pemilihan tapak hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh tanah itu hendak diambil. Walau bagaimanapun sekiranya pemberitahuan di bawah Seksyen 4, APT 1960 diperlukan, maka Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) hendaklah diberitahu lebih awal daripada tarikh 6 bulan tanah itu dikehendaki.

2. Permohonan Rasmi Setelah keputusan muktamad mengenai pemilihan tapak dibuat, kementerian / jabatan yang berkenaan hendaklah menulis kepada PTP supaya permohonan rasmi bagi pihaknya dikemukakan kepada PBN yang berkenaan. Bentuk surat yang perlu disampaikan kepada PTP adalah seperti di halaman A.

Surat permohonan kepada PTP itu hendaklah disertakan bersama dengannya pelan-pelan dan dokumen-dokumen yang berkaitan seperti berikut:-

25 keping pelan pengambilan menggunakan skil yang sama seperti yang terdapat pada pejabat tanah berkenan. Sempadan lot-lot yang dipohon hendaklah diwarnakan merah. PTP setelah menerima permohonan daripada kementerian / jabatan, akan mengemukakan permohonan rasmi kepada PBN melalui Pengarah Tanah dan Galian Negeri (PTG) dengan menggunakan borang permohonan khas dengan menghantar salinan-salinan kepada yang berkenaan.

3. Memproses Permohonan

Apabila PT menerima salinan permohonan rasmi daripada PTP beliau hendaklah mengambil tindakan untuk memproses permohonan termasuk dengan menyediakan kertas ringkasan untuk pertimbangan PBN. Kertas ringkasan tersebut di antara lain hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut:-

Pewartaan di bawah seksyen 4, jika kajian mengenai kesesuaian tapak perlu dibuat; Pewartaan di bawah seksyen 8; Pengambilan menerusi perakuan segera di bawah seksyen 19, jika dipohon sedemikian; dan Pendudukan sementara di bawah Bahagian vii APT 1960 jika diperlukan.

Apabila kelulusan PBN diperolehi, PTG diminta memberikan keutamaan supaya pengisytiharan dalam warta kerajaan dibuat dengan secepat mungkin. Ini perlu kerana tindakan pewartaan itu lazimnya mengambil masa yang agak lama dan tindakan selanjutnya tidak dapat disegerakan.

4. Penaksiran Harga Tanah Semasa proses pengisytiharan warta di bawah Seksyen 8 dibuat, PT diminta menghubungi Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri yang berkenaan bagi mendapatkan nilaian tanah tanpa menunggu warta itu disiarkan. Ini bagi mengelakkan kelewatan.

Untuk tujuan mendapatkan penaksiran tanah dari jabatan penilaian dan perkhidmatan harta, borang seperti di halaman B hendaklah digunakan.

5. Siasatan Dan Pembayaran Pampasan PT hendaklah mengambil perhatian bahawa salinan borang E dan di mana perlu, borang F, hendaklah disampaikan juga kepada kementerian/jabatan yang berkenaan. Di bawah seksyen 55(2), wakil kementerian/jabatan tersebut bolehlah hadir untuk memberi keterangan pada hari siasatan tersebut dengan mengemukakan surat pengesahan yang ditandatangani oleh setiausaha kerajaan negeri. Satu salinan borang E hendaklah juga dihantar kepada PTP untuk maklumannya.

Orang yang berkepentingan atau wakil mereka, bolehlah hadir pada hari siasatan dijalankan. Apabila siasatan itu selesai dibuat PT hendaklah memberikan perintah bertulisnya dalam borang G dan mengeluarkan borang H kepada orang yang berkepentingan. Salinan borang G dan H hendaklah juga disampaikan kepada kementerian/jabatan yang berkenaan. Dalam apa juga keadaan sekalipun PT hendaklah memberikan perintah bertulisnya dalam tempoh 2 tahun dari tarikh warta borang D. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan tempoh borang D itu luput dan kesannya prosiding pengambilan terbatal.

Setelah menerima salinan borang H, kementerian/jabatan yang berkenaan hendaklah membuat bayaran pampasan dengan segera dalam tempuh 3 bulan. Jika mengikut seksyen 29a apt award melebihi RM 15,000 bagi mana-mana tanah yang terjadual, maka 25% pampasan tersebut di tahan selama 6 minggu iaitu tempuh kementerian/jabatan membuat rayuan di bawah seksyen 37(3) apt 1960. Jika tiada rayuan dibuat, baki pampasan 25% hendaklah dibayar beserta faedah 8% dari tarikh bayaran yang pertama. Adalah dicadangkan supaya kementerian/jabatan membayar keseluruhan pampasan jika tidak bercadang membuat rayuan/bantahan terhadap award PT.

Dalam keadaan-keadaan yang dinyatakan pada seksyen 29(1), apt 1960, maka wang tersebut hendaklah didepositkan di mahkamah atau dalam keadaan di mana orang yang berkepentingan itu meninggal dunia tanpa wasiat, disimpan di pejabat pegawai pentadbir pusaka malaysia dengan segera bagi mengelakkan pembayaran faedah 8% setahun. (Lihat pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian bil. 1/1992). Kementerian/jabatan hendaklah memaklumkan kepada PTP tarikh bayaran pampasan dibuat.

6. Rujukan Ke Mahkamah Di atas sebab-sebab yang disebutkan di bawah seksyen 37 akta pengambilan tanah 1960, mana-mana orang yang berkepentingan atau pihak yang bagi pihaknya tanah itu diambil boleh melalui PT membuat rujukan ke mahkamah. Perhatian pihak yang berkenaan adalah ditarik kepada seksyen 38 yang menentukan cara dan jangkamasa sesuatu rujukan itu boleh dibuat. Di antara syarat rujukan yang mesti dipatuhi ialah menjelaskan wang deposit sebanyak yang diminta dalam tempoh 30 hari dari tarikh menerima surat PT.

Panduan SOP : Penyerahan Balik Dan Pelepasan Tanah

Permohonan Penyerahan Balik Dan Pelepasan Tanah 1.Tanah-Tanah Yang Boleh Dipohon Pelepasan/Penyerahanbalik : Tanah Milik Persekutuan Di Bawah Fasal 86 Perlembagaan Persekutuan. Tanah Rizab Persekutuan Di Bawah Fasal 85 Perlembagaan Persekutuan. 2.Permohonan pelepasan/penyerahbalik hendaklah dibuat oleh pentadbir tanah yang berkenaan.

3.Cara Hendak Memohon : Gunakan Borang Di Dalam Pekeliling Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Bilangan 22/76. Borang Hendaklah Ditandatangani Oleh Pentadbir Tanah Berkenaan. Sertakan Pelan Berlorek Kawasan Yang Dipohon Pelepasan/Penyerahanbalik. Sertakan Laporan Penilaian Tanah Bagi Kawasan Yang Dipohon Pelepasan/Penyerahanbalik Daripada Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta. Nyatakan Sama Ada Ianya Projek Negeri Atau Persekutuan (Sumber Pembiayaan). Nyatakan Sama Ada Terlibat Binaan/Bangunan/Pemajuan. Nyatakan Bilakah Tanah Hendak Dimasuki. Sekiranya Diperlukan Segera Satu Mesyuarat/Lawatan Tapak Boleh Diatur Untuk Perbincangan. Jika Difikirkan Wajar, Surat Kebenaran Memasuki Tapak Akan Diberikan Sementara Menunggu Kelulusan Pelepasan/Penyerahanbalik. Sekiranya Ada Ditawarkan Tanah Ganti, Hendaklah Disertakan Pelan Dan Laporan Penilaian Tanah Bersama-Sama Dengan Permohanan Pelepasan/Penyerahanbalik.

Profil Seksyen Harta Tanah Persekutuan

Latar belakang Seksyen Harta Tanah Persekutuan (SHTP) pada asalnya dikenali sebagai Bahagian Harta Tanah Persekutuan di bawah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan telah ditubuhkan sejak tahun 1957. SHTP adalah sebagai unit teras (core unit) Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) bagi menjalankan fungsi Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) selaras dengan kehendak Akta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan 1957 [Akta 349].

Objektif Meningkatkan pengurusan dan penyelenggaraan harta tanah Persekutuan agar dapat menyumbang secara maksima kepada pembangunan negara. Mewujudkan pentadbiran tanah persekutuan yang cekap dan bermutu selaras dengan hasrat pembangunan negara.

Fungsi Menyimpan, menyelenggara dan mengemaskini rekod-rekod tanah milik dan tanah rizab Persekutuan; Menguruskan permohonan pemberimilikan/perizaban tanah untuk projek-projek Persekutuan bagi pihak Kementerian/Jabatan Persekutuan; Menguruskan pembayaran cukai tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan; Menguruskan perolehan tanah dan bangunan melalui proses pembelian mengikut garis panduan sedia ada; Menguruskan pajakan tanah-tanah Persekutuan; Menguruskan perletakhakan tanah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan; Mengendalikan urusan berkaitan tanah bagi projek-projek penswastaan Kerajaan Persekutuan; Bertindak sebagai Pemegang Gadaian dengan menyempurnakan surat cara-surat cara berkaitan dengan gadaian bagi pinjaman perumahan pegawai kerajaan Persekutuan di Sabah dan Sarawak, Skim Pinjaman Berpendapatan Rendah di Semenanjung Malaysia dan Pinjaman Koperasi; Menguruskan perjanjian pajakan kecil tanah/bangunan di Sabah dan Sarawak bagi Jabatan Persekutuan di Sabah dan Sarawak; Memberi khidmat nasihat kepada Kementerian/Jabatan Persekutuan berkaitan urusan tanah-tanah Persekutuan.

Pajakan Tanah Kerajaan Persekutuan

Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) adalah tuanpunya berdaftar ke atas

tanah-tanah milik

Persekutuan dan sebagai Pegawai Pengawal kepada tanah tanah rizab Persekutuan. Jabatan Ketua

Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan tanah-tanah tersebut bersama dengan Kementerian-kementerian/Jabatan-jabatan Persekutuan (KJP) yang menggunakan tanah berkenaan.

Pada masa ini terdapat tanah-tanah milik dan tanah rizab Persekutuan yang masih belum dibangunkan lagi dengan projek pembangunan yang dirancang atas sebab-sebab tertentu. Kerajaan Persekutuan boleh memajak tanah sedemikian kepada pihak-pihak yang berkelayakan seperti berikut bagi tempoh tidak kurang dari 3 tahun dan tidak melebihi 99 tahun.

Bagi Semenanjung Malaysia tempoh pajakan tidak kurang dari 3 tahun dan tidak melebihi 99 tahun bagi tanah milik dan tidak melebihi 21 tahun bagi tanah rizab. Pajakan sebahagian tanah milik tidak melebihi 30 tahun. Bagi Negeri Sabah dan Sarawak tempoh pajakan tidak kurang dari 1 tahun tetapi tidak melebihi tempoh pajakan yang dikurniakan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP).

Permohonan pajakan boleh dikemukakan secara bertulis terus kepada JKPTG. Setiap permohonan yang diterima akan diproses menurut Prosedur Memproses Permohonan Pajakan JKPTG sebagaimana Carta Aliran Pajakan Tanah yang digunapakai oleh Jabatan ini. Satu Perjanjian Pajakan Tanah akan ditandatangani antara pemohon yang berjaya dengan PTP.

Pihak yang layak memohon: Badan berkanun / koperasi. Perbadanan / syarikat tempatan yang majoriti syernya milik warganegara Malaysia. Badan dan organisasi yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1960. Tiada halangan dari segi undang-undang seperti diisytiharkan muflis dan sebagainya.

Tatacara permohonan: Semua permohonan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut: Surat permohonan berserta alamat lengkap pemohon dan ditandatangani. Tujuan pajakan.

Status dan maklumat lengkap tanah yang dipohon pajakan sebagaimana berikut: No. Lot / no. Bangunan No. Hakmilik / no. Warta perizaban Mukim / pekan/ bandar Daerah Negeri Salinan hakmilik Carian rasmi terkini Pelan lokasi /pelan tapak Jika permohonan dari syarikat, kemukakan: Salinan sijil pendaftaran syarikat Salinan artikal maa Salinan borang 24 dan 29 Salinan r.o.b

Hakmilik Strata
Skim Strata Skim strata merupakan suatu pembangunan hartanah yang membahagikan bangunan atau tanah kepada petak-petak, petak aksesori dan harta bersama serta telah ditetapkan sistem pengurusan bagi skim tersebut. Contohnya rumah pangsa, pangsapuri, kondominium, townhouse dan rumah-rumah dalam skim komuniti berpagar. Kepentingan Hak Milik Strata Hakmilik strata adalah bukti pemilikan bagi tujuan urusniaga. Contohnya pindahmilik, gadaian, cagaran dan pembahagian pusaka. Harta Bersama Harta bersama adalah merujuk kepada mana-mana bahagian lot yang tidak terkandung dalam manamana petak. Contohnya tempat letak kereta pelawat, lif, tangga, tangki paip utama dan pondok pegawai keselamatan Petak Aksesori Petak aksesori adalah petak lain yang digunakan secara eksklusif oleh tuan punya petak hakmilik strata. Contohnya, tempat letak kereta yang hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh pemilik petak.

Hak-hak Pemilik Petak membuat urusniaga seperti pindahmilik, memajak, menggadai, memecah dan menyatukan petakpetak yang dimilikinya; mengundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan di mesyuarat agung luar biasa yang

dibuat oleh Perbadanan Pengurusan; hak ke atas harta bersama mengikut unit syer yang diperuntukkan; hak ke atas sokongan, perkhidmatan seperti bekalan air, pembentungan, sistem perparitan,

bekalan elektrik, pungutan sampah dan perkhidmatan lain; hak untuk meneliti rekod dan akaun Perbadanan Pengurusan

Tanggungjawab Utama Pemilik Petak membayar caruman kumpulan wang pengurusan; mematuhi undang-undang kecil yang sedang berkuatkuasa; menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Luar Biasa Mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa awam / tempatan berhubungan

dengan petak yang dimilikinya. Larangan terhadap pemilik petak menggunakan petak untuk maksud yang menyalahi undang-undang; mengunakan bahan api yang mendatangkan asap atau bau busuk; membuang atau menjatuhkan apa-apa kotoran atau sampah di kawasan harta bersama; memelihara apa-apa binatang dalam petaknya yang menyebabkan keguasaran / kemarahan

pemilik petak lain. Kumpulan Wang Caruman (Management Fund) Kumpulan wang caruman ini diuruskan oleh Perbadanan Pengurusan. Ia termasuk yuran pengurusan / caj perkhidmatan harta bersama, premium insuran kebakaran, akaun khas dan lain-lain. Perbadanan Pengurusan Perbadanan Pengurusan adalah sebuah badan korporat yang boleh mendakwa dan didakwa. Ia wujud di bawah Akta Hakmilik Strata 1985 dan tidak perlu didaftarkan dengan Pendaftar Syarikat atau Pendaftar Pertubuhan. Ia mempunyai hak turun-temurun (perpetual succession). Kuasa-kuasa Perbadanan Pengurusan menentukan bayaran yang perlu dibuat oleh setiap pemilik petak kepada tabung pengurusan; membeli, menyewa atau memperolehi harta alih untuk kegunaan bersama; mematuhi notis / arahan oleh pihak berkuasa untuk melakukan sesuatu ke atas harta bersama;

mengambil tindakan ke atas petakl-petak sekiranya pemilik berkenaan gagal mematuhi arahan-

arahan dalam tempoh tertentu; Tanggungjawab Perbadanan Pengurusan petak; menginsuranskan bangunan dari kebakaran dan lain-lain risiko; membayar premium insurans dan lain-lain kadar yang ditetapkan; mempamerkan nama dan alamatnya di pintu masuk lot serta menyediakan peti surat; mematuhi apa-apa notis atau arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan berhubung mengurus dan menyelenggarakan harta bersama untuk memberi faedah kepada semua pemlik

dengan harta bersama

Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk: (i) memudahkan KJP memastikan status tanah yang hendak dipohon adalah tanah Kerajaan Negeri (State Land) sahaja; (ii) membolehkan JKPTG Negeri membantu KJP mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk projek Kerajaan Persekutuan; dan (iii) membolehkan JKPTG Negeri membuat persediaan awal bagi pemantauan permohonan tanah ini. 2. Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) adalah bertanggungjawab untuk memohon tanah bagi pihak Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri. Sementara itu tugas KJP adalah mengenal pasti tapak, mengemukakan permohonan kepada PTP di dalam borang yang ditetapkan serta menyediakan peruntukan yang mencukupi untuk membayar premium dan lain-lain caj yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN). 3 3. Tanah-tanah yang boleh dipohon oleh KJP bagi tujuan mendapatkan Hakmilik/Rizab hanya tanah-tanah yang berstatus tanah kerajaan (State Land) sahaja. Berdasarkan pengalaman Jabatan ini di dalam menerima permohonanpermohonan di atas, terdapat tanah-tanah yang dipohon oleh KJP berstatus tanah rizab persekutuan kegunaan kementerian lain dan tanah milik persendirian. 4. Sehubungan dengan itu perkara di atas, semua KJP hendaklah mendapatkan surat pengesahan daripada JKPTG Negeri mengenai status tanah sebelum mengemukakan permohonan kepada PTP. Surat ini hendaklah disertakan bersekali dengan Borang Permohonan Tanah (Jadual 1 Kepada Peraturan Tanah Negeri atau Borang-borang lain seperti yang ditetapkan oleh Pejabat Tanah) dan dikemukakan kepada: Ketua Pengarah Tanah Dan Galian, Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian,

Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar (Seksyen Harta Tanah Persekutuan) Aras 2-4, Blok Menara, No. 25, Persiaran Perdana, Wisma Sumber Asli, Presint 4, 62574 Putrajaya. 4 5. Setiap permohonan tanah perlu disertakan dengan bayaran (Fee) permohonan seperti yang ditetapkan di dalam Kaedah Tanah Negeri. Pentadbir Tanah boleh menolak permohonan yang dikemukakan tanpa disertakan dengan bayaran ini. Mengikut amalan sekarang, pihak KJP hanya mengemukakan permohonan kepada PTP tanpa bayaran dan PTP pula semasa memanjangkan permohonan tersebut kepada Pejabat Tanah akan meminta KJP mengemukakan bayaran tersebut terus kepada Pentadbir Tanah. Berdasarkan amalan ini Pentadbir Tanah tidak akan memproses permohonan tersebut sehinggalah bayaran dibuat. Ini merupakan salah satu sebab berlakunya kelewatan Pejabat Tanah memproses permohonan tersebut. 6. Sehubungan dengan perkara ini, di dalam borang pengesahan tersebut ada dinyatakan jumlah fee yang perlu dibayar. Mulai dari tarikh kuatkuasa Pekeliling ini, semua permohonan di perenggan 5 di atas hendaklah disertakan dengan fee permohonan di dalam bentuk cek (berpalang), kiriman wang atas nama Pentadbir Tanah berkenaan. 7. Contoh Borang Pengesahan tersebut adalah seperti di Lampiran A. 5 8. Semua permohonan tanah yang tidak disertakan: (i) Borang Permohonan (seperti dalam Jadual 1 Peraturan Tanah Negeri / atau lain-lain borang yang ditetapkan); (ii) Borang Pengesahan Status Tanah; dan (i) Fee Permohonan akan ditolak oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. 9. Pekeliling ini hanya berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia sahaja dan tidak di Sabah dan Sarawak. 10. Pekeliling ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2008. ( DATO ZOAL AZHA BIN YUSOF ) Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Tarikh : 24 Oktober 2007 6 LAMPIRAN A BORANG PENGESAHAN STATUS TANAH OLEH JKPTG NEGERI Ketua Setiausaha Kementerian............................. Tuan, Pengesahan Status Tanah Untuk Permohonan Tanah Oleh PTP Melalui Kementerian / Jabatan Pengguna (KJP) Merujuk kepada perkara di atas, setelah disemak didapati bahawa tanah yang akan dipohon oleh PTP adalah tanah;

(ii) Tanah Kerajaan Negeri yang telah dipersetujui oleh KJP; * atau (iii) Tanah Kerajaan Negeri akibat pengambilan tanah untuk * Projek Persekutuan (Borang K disertakan) 2. Bersama ini disertakan pelan tapak berkenaan. 3. Fee permohonan ini ialah RM............................ Dan hendaklah dibayar atas nama Pentadbir Tanah ................................... Sekian, terima kasih. Pengarah JKPTG Negeri * Tanda ( / ) di petak yang berkenaan. s.k. 1. JKPTG (SHTP) 2. Jabatan .............................

Anda mungkin juga menyukai