Anda di halaman 1dari 8

Surat Perjanjian Sewa Kedai:

Pendahuluan:

Perjanjian diperbuat pada 12.2.2021 di antara VIMALA A/P PUSPANATHAN


di alamat No 14, Lot 955 Batu 266 Jalan Simpang Morib, 42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan kemudian selepas ini dipanggil ‘Tuan Kedai' dan
MANIARASI A/P ASOKAN (890801-10-5310) di alamat No 20 Jalan Baiduri
7,Taman Baiduri,42700 Banting kemudian selepas ini dipanggil 'Penyewa'.
Bahawasanya Tuan Kedai adalah tuan punya berdaftar ke atas Premis yang
dikenali sebagai No 14, Lot 955 Batu 266 Jalan Simpang Morib, 42700
Banting, Selangor Darul Ehsan kemudian dari ini disebut "Premis Tersebut" dan
bahawasanya Tuan Kedai tersebut dengan ini bersetuju untuk menyewakan dan
Penyewa bersedia menyewa Premis tersebut selama 1 tahun tempoh tertakluk
kepada syarat-syarat serta terma-terma yang terkandung dibawah ini.
________________________________________________________________
___________Maka adalah dengan ini dipersetujui seperti berikut :-

1.Tuan Kedai bersetuju untuk menyewakan dan Penyewa bersetuju untuk


menyewa Premis tersebut selama 1 tahun tempoh bermula pada 15.3.2021 dan
berakhir pada 15.3.2022 dengan sewa bulanan sebanyak RM1000 sahaja pada
enam bulanan pertama. Hal ini disebabkan memberi keutamaan kepada
perjalanan lancar perniagaan anda. Selepas enam bulan, sewa bulanan akan
ditukar sebanyak RM1200 sebulan dan tiap-tiap bulan semasa berkuatkuasanya
tempoh perjanjian dan tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma yang
terkandung di bawah ini.

2.Penyewa dengan ini berjanji dan bersetuju dengan Tuan Kedai seperti berikut;

(a)Penyewa akan membayar kepada Tuan Kedai sejumlah Ringgit Malaysia


(SATU RIBU DUA RATUS RINGGIT MALAYSIA) (RM1200.00) sahaja
serta merta dengan perlaksanaan perjanjian ini (kemudian dari ini dirujuk
sehingga (1 TAHUN) Tuan Kedai mengakui penerimaannya untuk
mempastikan kepatuhan dan perlaksanaan kehendaksyarat-syarat perjanjian ini.

(b)Penyewa juga harus membayar deposit untuk bekalan eletrik dan air
sebanyakRinggit Malaysia(LAPAN RATUS RINGGIT MALAYSIA)
(RM800.00) sahaja (kemudian dari ini dirujuk sebagai “Deposit Elektrik dan
Air”).

(c) Penyewa akan membayar kepada Tuan Rumah sewa yang disebut sebelum
ini,sebelum tarikh 5 HARIBULAN dengan cara yang disebut sebelum ini.

(d)Penyewa akan mengganti atau memperbaiki apa-apa kerosakan yang dibuat


keatas Premis tersebut atau mana-mana bahagiannya oleh Penyewa diatas
perbelanjaan dankos Penyewa dengan kebenaran dari Tuan Permis.

(e)Penyewa akan membayar dan menjelaskan semua bil-bil bekalan elektrik dan
air yang digunakan di Premis tersebut sepanjang tempoh perjanjian dan bil-bil
bayaran dibuat harus diberikan kepada Tuan Rumah sebagai bukti.

(f)Penyewa akan membenarkan Tuan Permis atau sesiapa yang diberikuasa oleh
Tuan Permis untuk memasuki Premis atau mana-mana bahagiannya untuk
memantau dan memeriksa keadaan Premis tersebut pada masa yang sesuai. Atas
tujuan pemeriksaan ini Tuan Permis hendaklah memberikan makluman atau
notis 24 jam kepada penyewa sebelum memasuki premis atau mana-mana
bahagiannya.

(g)Penyewa tidak dibenarkan melakukan atau membenarkan atau mengarahkan


apa-apa pindaan atau tambahan atau menukarkan apa-apa pemasangan dan
lekapan tanpa kebenaran Tuan Permis terlebih dahulu secara bertulis. Sekiranya
apa-apa pindaan atau tambahan dibenarkan maka ianya akan dilakukan oleh
Penyewa dengan perbelanjaannya sendiri tanpa hak menuntut apa-apa
sumbangan atau pertolongan dari Tuan Permis.
(h)Penyewa tidak akan menyerahkan, menyewa, melupuskan, melepaskan atau
berkongsi milikan Premis atau sebahagiannya tanpa kebenaran bertulis Tuan
Permis terlebih dahulu.

(i) Penyewa akan sentiasa menjaga tanam-tanaman kelekapan dengan


memelihara danmenjaga rumput, pokok-pokok bunga dan tidak akan
memotong/menebang pokok- pokok buah-buahan dan bunga tersebut tanpa
kebenaran terlebih dahulu daripadaTuan Permis.

(j) Penyewa akan mempastikan Premis tersebut sentiasa didalam keadaan


bersih.

(k) Penyewa akan menyimpan dan memelihara Premis tersebut termasuk


longkang, pendawaian eletrik, pembetungan najis dan semua cermin dan
tingkap, penutup kunci dan semua lengkapan dan pemasangan kepunyaan Tuan
Permis dalam keadaan baik sepanjang tempoh penyewaan.

(l) Penyewa tidak menebuk mana-mana bahagian dinding, lantai dan siling
rumah tersebut dengan apa-apa cara sekalipun termasuk paku, skru dan
sebagainya dansentiasa menjaga permukaan lantai, cermin, siling serta dinding
bersih tanpa calar.

(m) Penyewa tidak akan melakukan atau membenarkan di lakukan atau


mungkin menimbulkan gangguan, kerosakan, kemarahan kepada Tuan Permis
atau kepada penghuni yang berjiran dengan Premis.

(n) Sekiranya sewa yang ditetapkan atau apa-apa bahagian darinya tidak dibayar
selama tujuh (7) hari selepas tarikh kena dibayar atau sekiranya Penyewa tidak
mematuhi atau melaksanakan mana-mana syarat, maka dengan demikian adalah
sah bagi Tuan Permis mengusir Penyewa dari Premis tersebut dengan serta
merta dan perjanjian ini dianggap tamat tempohnya.
(o) Penyewa tidak akan membawa atau menyimpan apa-apa barang yang mudah
terbakar atau merbahaya dan tidak membenarkan apa-apa atas sebab tersebut
yang boleh membatalkan apa-apa polisi insuran kebakaran yang sedang
berkuatkuasa.

(p) Sekiranya Penyewa hendak menamatkan tempoh sewa Premis tersebut


sebelum tamat tempoh perjanjian sewa ini maka Penyewa harus memberikan
notis dua (2) bulan sebelum beliau mengambil keputusan keluar dari Premis
tersebut kepada Tuan Permis begitu juga sebaliknya.

(q)Penyewa akan mengosongkan dan menyerahkan Premis tersebut secara aman


kepada Tuan Permis dalam keadaan baik dan boleh diduduki mengikut syarat-
syarat dan terma-terma Penyewa yang terkandung didalam Perjanjian ini.

(r) Penyewa tidak akan menggunakan Premis tersebut untuk perkara-perkara


yang menyalahi undang-undang negara dan hanya boleh menggunakan Premis
tersebut bagi maksud pejabat atau perniagaan sahaja.

3. Tuan Permis dengan ini bersetuju dengan penyewa seperti berikut :-

(a)Tuan Permis akan menjelaskan hasil rumah/premis dan hasil tanah premis
tersebut setiaptahun seperti sebelum perjanjian ini dibuat.

(b)Tuan Permis akan sentiasa memantau dan menjaga struktur utama premis
tersebut termasuk dinding, atap, rangka tingkap supaya sentiasa berada dalam
keadaan terjaga dan selamat digunakan.

(c)Tuan Permis berjanji akan membenarkan penyewa menduduki atau


mempunyai kebebasan menduduki Premis tersebut tanpa gangguan daripada
Tuan Permis tertakluk kepada kepatuhan penyewa dalam membuat bayaran
sewa bulanan serta mematuhi terma-terma atau syarat-syarat lain dalam
perjanjian ini,
(d) Pada tarikh penamatan perjanjian ini Tuan Permis hendaklah memulangkan
semua Cengkeram(2) bulan yang diberikan oleh penyewa di bawah klausa

2 (a) dan Deposit Elektrik dan Air dibawah klausa

2 (b) tanpa apa-apa faedah. Tuan Permis berhak memotong sejumlah wang
daripada Cengkeram (2) bulan tersebut untuk ganti rugi atau pembayaran yang
dirujuk dalam klausa 4 (c) sahaja.

(e) Sekiranya penyewa ingin menyambung selama setahun lagi tempoh


penyewaan Premis tersebut selepas berakhirnya tempoh penyewaan ini,
Penyewa hendaklah memberikan notisdua (2) bulan awal sebelum berakhirnya
tempoh penyewaan premis tersebut kepada Tuan Permis dengan menyatakan
kehendaknya untuk menyambung lagi tempoh sewa Premis tersebut. Sekiranya
sewaktu tempoh penyewaan Premis tersebut Penyewa sentiasa mematuhi syarat-
syarat yang terkandung dalam perjanjian ini maka Tuan Permis hendaklah
memberi kebenaran kepada penyewa untuk menyambung tempoh penyewaan
untuk tempoh satu tahunlagi daripada tarikh tertamatnya perjanjian ini.

4. Adalah kedua-dua pihak bersetuju bahawa

(a) Penyewa tidak berhak menolak apa-apa sewa dari setiap bulan tersebut atau
apa-apa bahagian darinya tanpa kebenaran Tuan Permis.

(b) Deposit bil air dan elektrik tersebut t akan digunakan atau ditolak oleh Tuan
Permis untuk apa-apa pembayaran bagi letrik air dan bil-bil yang terhutang

oleh Penyewa apabila perjanjian ini ditamatkan.

(c) Apa-apa baki Cengkeram (Deposit 2 Bulan) akan ditolak bayaran untuk
pembaikan ke atas apa-apa kerosakan di Premis tersebut yang diakibatkan oleh
Penyewa sebelum meninggalkan permis.

****************************************************************
***********
………………………. ………………………….

MANIARASI A/P ASOKAN VIMALA A/P PUSPANATHAN

(890801-10-5310) (660312-10-5180)

Cop Tangan : Cop Tangan :

…………………………… ……………………………..

Penurunan Tandatangan:

1. Penyewa (beserta Nama & IC)

2. Saksi bagi Penyewa (beserta Nama & IC)

3. Tuan Permis (beserta Nama & IC)

4. Saksi bagi Tuan Permis (beserta Nama & IC)

5.Disertakan Dengan Gambar-Gambar Permis dan Peralatan Yang Sedia Ada


Dalam Permis.

Anda mungkin juga menyukai