Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA DAN KERTAS CADANGAN

PEMASANGAN TEMBOK GABION

KEPADA:

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN


NEGERI KEDAH

DISEDIAKAN OLEH:

ALIAH BIN OMAR

QUARTER PUSAT KESIHATAN


KLINIK KG. LALANG,
09100 BALING, KEDAH
1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan daripada tuan/puan


pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran daerah Baling untuk meluluskan cadangan
pemasangan tembok gabion di sungai Damai D Lubuk Badak, Kg Kuala Kedua, Ulu
Legong, 09100 Baling, Kedah.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan bantuan pemasangan tembok
gabion di sungai Damai D Lubuk Badak yang mampu membantu pengusaha
mengelakkan daripada menanggung kerosakan dan kerugian besar yang
diakibatkan oleh banjir dan kenaikan air yang mendadak. Pada masa yang
sama, dengan pemasangan tembok gabion yang dicadangkan juga dapat
mengawal kelajuan air sungai yang mengalir di sekitar kawasan ini sekali gus
mengurangkan risiko masalah tanah runtuh.

2.2 Menyedari hakikat ini, pengusaha Damai D Lubok Badak perihatin dengan
masalah yang berkemungkinan akan dihadapi dengan mengusulkan kertas
cadangan ini. Hal ini juga amat bermakna dan berharga bagi penduduk
setempat yang sering mengalami banjir dan merupakan usaha dalam
memberikan khidmat kepada masyarakat setempat di samping dapat
meningkatkan imej positif Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Baling.

3.0 OBJEKTIF

Melalui projek ini pemasangan tembok gabion ini, terdapat beberapa pencapaian baharu
yang diperolehi termasuklah:

3.1 Mengekalkan suasana yang selamat dan terjamin.


3.2 Mengelak menanggung kos kerugian daripada banjir.
3.3 Meningkatkan sistem pengairan yang lebih baik.
4.0 BUTIRAN PERUSAHAAN

4.1 Pengusaha Aliah Bin Omar seorang penduduk bumiputera di daerah Baling
merupakan seorang pengusaha yang menjalankan perusahaan chalet Damai D
Lubuk Badak yang terdiri daripada dua buah bilik lengkap dan ruangan serba
guna dan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, utiliti, tandas, surau, parkir
dan lain- lain. Perusahaan menjalankan di Kg Kuala Kedua, Ulu Legong, 09100
Baling, Kedah. Perusahaan ini juga melibatkan bayaran upah beberapa orang
pekerja bagi membantu melicinkan pengurusan dan operasi perusahaan ini.
Perusahaan ini beroperasi pada setiap hari bergantung kepada permintaan dan
kehendak pelanggan.

5.0 BUTIRAN PERBELANJAAN / KEWANGAN

Butiran perbelanjaan adalah seperti berikut:

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA HARGA SEUNIT BILANGAN JUMLAH

1 TEMBOK GABION ( GABION WALL) RM 250.00 40 RM 10000.00


2 UPAH KERJA PEMASANGAN RM 5000.00 - RM 5000.00
3
4
5

6.0 IMPLIKASI JIKA PERMOHONAN DITOLAK

Sekiranya cadangan ini tidak diluluskan maka objektif seperti dinyatakan tidak akan
tercapai.

7.0 PENUTUP

Dengan segala hormatnya Y. Bhg. tuan / puan pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran
Daerah Baling untuk menimbang dan meluluskan cadangan Pemasangan Tembok
Gabion ini.

Anda mungkin juga menyukai