Anda di halaman 1dari 12

TUGASAN

KONSEP ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

BBD 30302

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SEKSYEN 2

PN NUR NADIAH BINTI ISMAIL

NO NAMA NO MATRIK

1 Mohd Amir Izan Bin Aliah CB170013

2 Shafiq Bin Azhari CB170007

3 Muhammad Amirul Afizi Bin Abdullah AB170001

4 Mohd.Nasharuddin Bin Suib CB170012

5 Muhammad Arif Bin Alias CB170027

6 Amirul Syuwari Bin Osman CB170020

1
ISI KANDUNGAN

NO KANDUNGAN MUKA SURAT

1 Abstrak 3

2 1.0 Pengenalan 4

2.0 Konsep Asas Bimbingan dan Kaunseling

2.1 Pengertian Bimbingan


2.2 Pengertian Kaunseling
3 2.3 Prinsip-Prinsip Bimbingan dan Kaunseling 5-10
2.4 Objektif
2.5 Matlamat
2.6 Kepentingan

4 3.0 Kesimpulan 11

5 4.0 Rujukan 12

2
ABSTRAK

Laporan ini membincangkan tentang konsep asas bimbingan dan kaunseling. Kaunseling
merupakan satu proses perhubungan profesional antara kaunselor dengan klien yang mempunyai
matlamat tertentu. Proses pertemuan secara berhadapan antara dua pihak, kaunselor dan klien
agar klien dapat mengenali dan memahami dirinya dan perasaan serta dapat berubah ke arah
kesejahteraan diri. Tujuan konsep asas bimbingan kaunseling ini adalah untuk menolong
individu berfikir dengan lebih matang dalam menyelesaikan masalah peribadinya. Oleh hal yang
demikian, sesuatu konsep diperlukan bagi menjalankan proses kaunseling ini mempunyai
beberapa perkara penting yang perlu dilakukan oleh seorang kaunselor kepada klien. Konsep
bimbingan dan kaunseling bermula dengan pengertian, kemudian prinp-prinsip, objektif,
seterusnya matlamat, dan akhir sekali kepentingan. Secara keseluruhannya seorang kaunselor
dapat mengendalikan seseorang klien itu berdasarkan pegangan konsep tertentu bagi proses
kaunseling yang dijelaskan.

Kata kunci: Kaunseling, kaunselor, prosedur, klien

3
1.0 Pengenalan

Sehingga masa kini, pelbagai pengertian telah diberikan kepada bimbingan. Kesemua pengertian
tersebut adalah betul dan tiada satu pengertian yang lebih betul jika dibandingkan dengan
pengertian lain. Definisi Mathewson yang telah digunakan oleh Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia menegaskan peranan penyesuaian. mengikut
Mathewson iaitu merumuskan bahawa bimbingan ialah proses professional yang sistematik bagi
menolong individu melalui prosuder pendidikan, dan membuat interpretasi untuk memahami
ciri-ciri dan potensinya sendiri dengan lebih baik lagi, serta untuk menghubungkan dirinya
dengan lebih baik lagi dengan keperluan, dan peluang sosial mengikut nilai-nilai sosial dan
moral. Disamping itu, fokus bimbingan haruslah individu, bukannya masalah yang dihadapi oleh
individu itu semata-mata. maka dengan itu, fokus bimbingan ialah individu tersebut, bukan
masalahnya. Tujuan bimbingan ialah untuk meningkatkan perkembangan individu tersebut untuk
arahan kendiri.

Pengertian bimbingan yang boleh dikatakan komprehensif telah diberikan oleh Jones.
Menurutnya adalah bimbingan melibatkan pertolongan peribadi yang diberikan oleh seseorang,
iaitu yang telah disediakan untuk menolong seseorang itu membuat keputusan ke arah yang
dituju, apa yang hendak dibuatnya, atau bagaimana ia dapat mencapai tujuannya itu dengan cara
yang paling baik dan ia menolongnya menyelesaikan masalah yang timbul di dalam hidupnya.

Pada masa yang sama, bimbingan mewakili pola perkhidmatan yang meliputu orientasi,
inventori individu, maklumat pendidikan dan pekerjaan, kaunseling, penempatan, dan
perkhidmatan susulan. Daripada pengertian ini, kita dapati bahawa bimbingan itu meliputi
kaunseling. Malahan bimbingan meliputi semua aktiviti dan penggunaan berbagai-bagai sumber,
seperti penasihatan, kaunseling, pemberian bahan maklumat, ujian, lawatan, ujian bakat, filem
dan perbincangan di bilik darjah yang akan menolong murid membuat pilihan berhubung dengan
perancangan dan objektif pendidikan. Seterusnya jika kita analisis pengertian bimbingan yang
telah diberikan oleh penulis-penulis dan pakar-pakar bimbingan yang lain yang telah kita
bincangkan, kita mendapati bahawa pengertian-pengertian mereka yang berbeza-beza itu
membawa tujuan-tujuan yang berbeza dan yang serba merangkumi

4
2.0 KONSEP ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

2.1 Pengertian Bimbingan

Bimbingan, atau guidance dalam bahasa Inggeris, membawa erti memberi panduan atau nasihat
kepada seseorang. Mengikut Crow dan Crow (1983), bimbingan, di bawah konteks pendidikan
merujuk kepada bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada pelajar yang
berkenaan. Pelajar yang memerlukan bimbingan merujuk kepada pelajar yang menghadapi
masalah peribadi dari segi intelek, rohani, emosi ataupun social. Masalah-masalah yang dihadapi
oleh pelajar biasanya boleh digolongkan dalam dua kategori yang utama, iaitu masalah akademik
dan masalah emosi-sosial. di dalam proses bimbingan, pelajar yang berkenaan akan diberi
panduan atau nasihat yang boleh membantunya menyelesaikan masalah tertentu. Berdasarkan
huraian di atas, kita boleh rumuskan bahawa konsep bimbingan adalah saling berkait dengan
konsep kaunseling. Sebagaimana yang dihuraikan oleh G.S. Belkin dalam bukunya Practical
Counseling in the Schools, beliau menulis “bimbingan merangkumi aspek-aspek orientasi,
inventori, maklumat pendidikan dan kerjaya. Manakala, kaunseling merupakan penempatan dan
perkhidmatan”.

2.2 Pengertian Kaunseling

Kaunseling ialah proses pembelajaran apabila seseorang individu itu belajar tentang dirinya
sendiri, tentang hubungan antara perseorangan, dan tentang tingkah laku yang dapat memajukan
perkembangan peribadi mereka sendiri. Definisi yang lebih khusus adalah kaunseling merupakan
suatu proses apabila seseorang yang terganggu (iaitu klien) ditolong merasa dan bertingkah laku
dengan cara yang lebih memuaskan daripada segi peribadi dengan cara berinteraksi dengan
orang yang tidak terlibat (iaitu kaunselor) yang memberikan maklumat dan reaksi untuk
merangsangkan klien mengembangkan tingkah laku agar membolehkannya menghadapi dirinya
dan persekitarannya dengan lebih berkesan lagi.

Definisi yang sama khususnya telah diberikan juga oleh Dustin dan George. Menurut mereka,
kaunseling ialah suatu proses pembelajaran yang disediakan untuk meningkatkan tingkah laku

5
penyesuaian dan mengurangkan tingkah laku salah penyesuaian. Kesimpulannya, kaunseling
merupakan sebahagian proses daripada perkhidmatan bimbingan. Di peringkat sekolah,
kaunseling merupakan proses pertemuan secara bersemuka di antara seorang guru bimbingan
yang memainkan peranan sebagai kaunselor, dengan seorang pelajar (disebut sebagai klien) yang
menghadapi masalah peribadi atau akademik, dengan tujuan membawa perubahan tingkah laku
pelajar itu ke arah menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Bimbingan merangkumi segala
aspek seperti orientasi, inventori, penempatan, kaunseling, tunjuk ajar dan nasihat serta tindakan
susulan.

2.3 Prinsip-Prinsip Bimbingan dan Kaunseling

Dalam konteks ini, terdapat prinsip-prinsip yang digariskan bagi menyelaraskan pelaksanaan
bimbingan dan kaunseling di setiap peringkat. Di antara prinsip tersebut termasuklah:

a) Setiap pelajar yang menghadapi masalah harus diberi peluang perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling, tanpa mengira kaum, status sosial, latar belakang dan agama atau
kepercayaan.
b) Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ialah tanggungjawab bersama, iaitu kerjasama
harus wujud bukan sahaja di antara kaunselor dan pelajar yang memerlukan bimbingan,
tetapi juga di antara kaunselor dengan pihak sekolah termasuk rakan sejawat dan ibu bapa
yang berkenaan.
c) Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling haruslah diuruskan mengikut prosedur dan
peraturan atau tata cara yang ditetapkan. Ia menjadi berkesan apabila dirancang secara
sistematik dan teratur.
d) Kaunseling ialah interaksi di antara kaunselor dengan pelajar berdasarkan perhubungan
mesra dan kepercayaan.
e) Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hanya boleh diberi kepada pelajar yang sudi
rela menerimanya dan tidak boleh dipaksa, termasuk memilih tempat perbincangan.
f) Sesi kaunseling hanya boleh dijalankan di antara kaunselor dan kliennya di dalam bilik
yang disediakan khas.

6
g) Bimbingan dan Kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi memelihara hak
pelajar. Segala maklumat pelajar adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan
kepada pihak yang bersama membantunya sahaja.
h) Bimbingan dan Kaunseling hendaklah dijalankan dalam situasi bersendirian di antara
kaunselor dan pelajar sahaja. Segala perkara yang dibincangkan haruslah dirahsiakan.
i) Tindakan susulan hendaklah dirancangkan selepas proses perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling agar memastikan masalah yang dihadapi, sama ada akademik ataupun emosi-
sosial, tidak akan timbul semula.
j) Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hanya boleh diuruskan oleh kaunselor yang
bertauliah atau guru bimbingan yang terlatih, iaitu orang yang mahir serta berupaya
membimbing klien dirinya menyelesaikan masalah akademik ataupun masalah peribadi.

7
2.4 Objektif Bimbingan dan Kaunseling

Objektif utama Bimbingan dan Kaunseling ialah membantu pelajar menyelesaikan masalah
samada dari sudut akademik ataupun emosi-sosial yang dihadapi oleh pelajar tersebut. Di antara
objektif yang lain ialah:

a) Menolong pelajar memahami dan membentuk nilai, sikap dan tingkah laku yang sesuai
dengan budaya sekolah dan norma masyarakat.

b) Melayan keperluan-keperluan pelajar ke arah perkembangan potensi mereka secara


optimum.

c) Menolong pelajar memahami kekuatan dan kelemahannya agar mereka dapat


menyesuaikan diri mengikut kebolehannya serta memilih dan merancang masa depan
dengan berkesan.

d) Mendorong pelajar menghadapi masalah dengan tabah hati dan berusaha


menyelesaikannya dengan penuh keyakinan.

e) Menyedarkan pelajar bahawa ada orang yang rela membantunya untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapinya.

f) Memberi nasihat supaya membantu pelajar memilih kerjaya yang sesuai pada masa
depan.

g) Mengubah tingkah laku bermasalah pelajar dan seterusnya membentuk tingkahlaku yang
diingini.

h) Menolong pelajar membentuk konsep kendiri positif.

i) Memberi tunjuk ajar supaya pelajar dapat mengatasi masalah akademik, dan seterusnya
meningkatkan prestasinya dalam bidang pelajaran yang dahulu dinilai lemah.

j) Memberi nasihat supaya membantu pelajar memilih mata pelajaran elektif atau jurusan
yang sesuai mengikut potensi dan minatnya.

k) Menganjurkan kem motivasi bagi pelajar yang mempunyai motivasi rendah untuk
belajar.

8
2.5 Matlamat Bimbingan dan Kaunseling

Berdasarkan objektif-objektif Bimbingan dan Kaunseling yang dihuraikan, maka matlamat


utamanya ialah memberi bimbingan dan saranan penyelesaian supaya pelajar dapat
menggunakan nasihat dan hasil saranan perbincangan dengan kaunselornya untuk menyelesaikan
masalah peribadi, pembelajaran atau kerjaya yang dihadapinya melaui usaha diri sendiri. Konsep
Bimbingan dan Kaunseling sering disalahertikan sebagai sesuatu sesi digunakan untuk
menganalisis dan mengkritik kesalahan pelajar, menentukan punca kesalahan, memberi ajaran,
ataupun memaksa pelajar yang berkenaan supaya menurut cara penyelesaian yang dicadangkan
kaunselor.

Konsep bimbingan dan Kaunseling yang sebenar ialah kaunselor hanya perlu mendengar dan
memahami masalah yang dihadapi oleh kliennya, dan membimbingnya memikir penyelesaian
masalah dari pelbagai sudut, demi membolehkannya memahami pelbagai cara yang boleh dipilh
untuk menyelesaikan masalah peribadi, pembelajaran atau kerjaya yang dihadapinya. Pendek
kata, matlamat Bimbingan dan Kaunseling ialah memupuk kebolehan menyelesaikan masalah
diri sendiri, membantu kliennya menguasai pelbagai kemahiran asas untuk adaptasi dan
penyesuaian diri serta dapat menggunakan potensi dan pelbagai sumber yang sedia ada untuk
mencapai prestasi yang lebih baik dalam kehidupan.

9
2.6 Kepentingan Bimbingan Dan Kaunseling

Bimbingan dan Kaunseling membantu pelajar untuk memajukan diri mereka dan untuk
memperkembangkan potensi mereka secara optimum dengan menggunakan peluang maksima
yang dibekalkan oleh sesuatu persekitaran. Diantara kepentingan bimbingan dan kaunseling
ialah:

i. Ia membantu murid-murid untuk memahami diri mereka sendiri. Ia juga membantu


murid-murid dalam pengalaman mereka dengan benda-benda dan dunia di sekeliling
mereka.

ii. Ia mempunyai kepentingan kendiri dan sosial.

iii. Ia membantu individu-individu untuk memperkembangkan kebolehan dan kekuatan


mereka untuk mencapai efisensi kendiri dan sosial.

iv. Ia juga bertujuan untuk mengakhiri pembaziran resos manusia dan fizikal dengan
membantu individu-individu untuk mencari kedudukan mereka dalam masyaraka

10
3.0 Kesimpulan

Bimbingan dan kaunseling merupakan satu perkara yang sangat penting terutama didalam
sesebuah organisasi pendidikan di Malaysia. Tugas seorang kaunselor merupakan satu tugas
yang berat dan untuk menjadi seorang kaunselor yang berjaya memerlukan satu usaha yang
sangat tinggi. Seorang kaunselor yang baik harus melengkapkan diri dengan kemahiran-
kemahiran yang tertentu terutama kemahiran yang berkaitan psikologi manusia. Seperti yang kita
telah ketahui bahawa seorang kaunselor selalu bermain dengan emosi manusia untuk
memastikan setiap sesi yang dijalankan terhadap klien mereka berjalan dengan lancar dan
sekaligus dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien mereka.

Namun begitu, sebagai seorang kaunselor yang baik mereka perlulah memahami dengan konsep
asas bimbingan dan kaunseling bagi menjalankan kaunseling untuk memastikan mereka dapat
memahami permasalahan yang dihadapi oleh klien mereka. Menurut Suradi (1996) menyatakan
bahawa kaunseling adalah bertujuan untuk mendatangkan perubahan yang sukarela terhadap
klien dengan bantuan kaunselor. Oleh sebab itu, konsep asas ini digariskan untuk memastikan
keberkesanan seorang kaunselor untuk mengubah kliennya dapat ditingkatkan. Konsep asas ini
sangat penting untuk dikuti oleh setiap kaunselor kerana pada setiap prosedur tersebut
memainkan peranan yang sangat penting ketika seorang kaunselor ingin melakukan sebaramg
sesi bersama klien dan dengan mengikuti prosedur-prosedur yang ditetapkan kaunselor dapat
memastikan klien mereka akan mendapat jalan penyelesaian yang terbaik buat diri mereka.

Secara amnya, tugas seorang kaunselor sangat bergantung terhadap konsep asas ini untuk
memastikan mereka dapat melakukan tugas mereka dengan baik. Subjek bimbingan dan
kaunseling juga sangat penting untuk bakal-bakal guru di Malaysia terutamanya agar setiap guru
di Malaysia mempunyai asas untuk memberikan bimbingan terhadap pelajar mereka pada suatu
hari nanti. Bakal-bakal guru ini seharusnya mengetahui asas-asas prosedur-prosedur dalam
menjalankan kaunseling untuk memastikan mereka tidak sentiasa bergantung kepada guru-guru
kaunseling dalam menyelesaikan masalah-masalah kecil yang dihadapi oleh pelajar mereka.

11
4.0 Rujukan

1) Suradi Salim. 1996. Bimbingan dan Kaunselin. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributor Sdn Bhd.

2) Najah Sofea. Teknik Kaunseling. Diambil daripada,


https://www.coursehero.com/file/p31jubq/Masalah-ialah-suatu-situasi-yang-dilalui-oleh-
seseorang-dimana-situasi-itu/\

3) Noraini Ahmad. Konsep dan amalan kaunseling, Diambil daripada,

https://books.google.com.my/books?
hl=en&lr=&id=o80an2_8iA8C&oi=fnd&pg=PR2&dq=konsep+asas+kaunseling&ots=kCRVYJuONs
&sig=trRNJjHql4bBvvoT1VGWDMAQqQw#v=onepage&q=konsep%20asas
%20kaunseling&f=false

4) Sapora Sipon Ruhaya Hussin, 2013, Teori Kaunseling Dan Psikoterapi, Edisi Keempat,


Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan

http://penerbit.usim.edu.my/teori-kaunseling-dan-psikoterapi-edisi-kelima/

5) Mohd Sharafi (2016). Prosedur Menjalankan Proses Kaunseling. Diambil daripada,

https://www.scribd.com/presentation/333813576/Bab-4-Prosedur-Menjalankan-Proses-
Kaunseling

6) Ee Ah Meng, 2004, Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd,
Selangor

12

Anda mungkin juga menyukai