Anda di halaman 1dari 4

Surat Perjanjian Sewa Kedai:

Pendahuluan:

Perjanjian diperbuat pada 01 April 2022 di antara RUSLI BIN MEJAH di alamat 3635
TAMAN DATO WAN SALLEH , JALAN PUSARA KUALA TERENGGANU (kemudian
selepas ini dipanggil 'Tuan Rumah') dan FATIN HUSNA BINTI A.RAZAK di alamat 2232 ,
TAMAN NURI JALAN KUBANG TANGGA 20050 KUALA TERENGGANU (kemudian
selepas ini dipanggil 'Penyewa').

BAHAWASANYA Tuan Kedai adalah tuanpunya berdaftar ke atas Premis yang di kenali
sebagai 3635 TAMAN DATO WAN SALLEH , JALAN PUSARA KUALA
TERENGGANU

DAN BAHAWASANYA Tuan Kedai tersebut dengan ini bersetuju untuk menyewakan dan
Penyewa bersedia menyewa Premis tersebut selama tempoh 2 TAHUN tertakluk kepada
syarat-syarat serta terma- terma yang terkandung dibawah ini.

___________________________________________________________________________

MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti berikut :-

1. Tuan Kedai bersetuju untuk menyewakan dan Penyewa bersetuju untuk menyewa
Premis tersebut selama tempoh Dua ( 2 ) TAHUN bermula pada 1 APRIL 2022 dan
berakhir pada 31 MAC 2024 dengan sewa bulanan sebanyak Ringgit Malaysia LIMA
RATUS (RM500.00) sahaja sebulan bebas daripada apa-apa potongan pada hari ke
tiga puluh 30hb setiap dan tiap-tiap bulan semasa berkuatkuasanya tempoh perjanjian
dan tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma yang terkandung di bawah ini.
2. Penyewa dengan ini berjanji dan bersetuju dengan Tuan Kedai seperti berikut;

(a) Penyewa akan membayar kepada Tuan Kedai sejumlah Ringgit Malaysia SATU
RIBU (RM1,000.00) sahaja serta merta dengan perlaksanaan perjanjian ini (kemudian
dari ini dirujuk sebagai "Cengkeram TEMPOH 2 bulan” dimana Tuan Kedai
mengakui penerimaannya untuk mempastikan kepatuhan dan perlaksanaan kehendak
syarat-syarat perjanjian ini.

(b) Penyewa juga harus membayar deposit untuk bekalan eletrik dan air sebanyak
Ringgit Malaysia SATU RIBU (RM500.00) sahaja (kemudian dari ini dirujuk sebagai
“Deposit Elektrik dan Air”).

(c) Penyewa akan membayar kepada Tuan Rumah sewa yang disebut sebelum ini,
sebelum tarikh dengan cara yang disebut sebelum ini.

(d) Penyewa akan mengganti atau memperbaiki apa-apa kerosakan yang dibuat keatas
Premis tersebut atau mana-mana bahagiannya oleh Penyewa diatas perbelanjaan dan
kos Penyewa dengan kebenaran dari Tuan Rumah.

(e) Penyewa akan membayar dan menjelaskan semua bil-bil bekalan elektrik dan air
yang digunakan di Premis tersebut sepanjang tempoh perjanjian dan bil-bil bayaran
dibuat harus diberikan kepada Tuan Rumah sebagai bukti.

(f) Penyewa akan membenarkan Tuan Rumah atau sesiapa yang diberikuasa oleh
Tuan Rumah untuk memasuki Premis atau mana-mana bahagiannya untuk memantau
dan memeriksa keadaan Premis tersebut pada masa yang sesuai. Atas tujuan
pemeriksaan ini Tuan Rumah hendaklah memberikan makluman atau notis 24 jam
kepada penyewa sebelum memasuki premis atau mana-mana bahagiannya.

(g) Penyewa tidak dibenarkan melakukan atau membenarkan atau mengarahkan apa-
apa pindaan atau tambahan atau menukarkan apa-apa pemasangan dan lekapan tanpa
kebenaran Tuan Rumah terlebih dahulu secara bertulis. Sekiranya apa-apa pindaan
atau tambahan dibenarkan maka ianya akan dilakukan oleh Penyewa dengan
perbelanjaannya sendiri tanpa hak menuntut apa-apa sumbangan atau pertolongan dari
Tuan Rumah.

(h) Penyewa tidak akan menyerahkan, menyewa, melupuskan, melepaskan atau


berkongsi milikan Premis atau sebahagiannya tanpa kebenaran bertulis Tuan Rumah
terlebih dahulu.

(i) Penyewa akan sentiasa menjaga tanam-tanaman kelekapan dengan memelihara dan
menjaga rumput, pokok-pokok bunga dan tidak akan memotong/menebang pokok-
pokok buah-buahan dan bunga tersebut tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada
Tuan Rumah.

(j) Penyewa akan mempastikan Premis tersebut sentiasa didalam keadaan bersih.

(k) Penyewa akan menyimpan dan memelihara Premis tersebut termasuk longkang,
pendawaian eletrik, pembetungan najis dan semua cermin dan tingkap, penutup kunci
dan semua lengkapan dan pemasangan kepunyaan Tuan Rumah dalam keadaan baik
sepanjang tempoh penyewaan.

(l) Penyewa tidak menebuk mana-mana bahagian dinding, lantai dan siling rumah
tersebut dengan apa-apa cara sekalipun termasuk paku, skru dan sebagainya dan
sentiasa menjaga permukaan lantai, cermin, siling serta dinding bersih tanpa calar.

(m) Penyewa tidak akan melakukan atau membenarkan di lakukan atau mungkin
menimbulkan gangguan, kerosakan, kemarahan kepada Tuan Rumah atau kepada
penghuni yang berjiran dengan Premis.

(n) Sekiranya sewa yang ditetapkan atau apa-apa bahagian darinya tidak dibayar
selama tujuh (7) hari selepas tarikh kena dibayar atau sekiranya Penyewa tidak
mematuhi atau melaksanakan mana-mana syarat, maka dengan demikian adalah sah
bagi Tuan Rumah mengusir Penyewa dari Premis tersebut dengan serta merta dan
perjanjian ini dianggap tamat tempohnya.

(o) Penyewa tidak akan membawa atau menyimpan apa-apa barang yang mudah
terbakar atau merbahaya dan tidak membenarkan apa-apa atas sebab tersebut yang
boleh membatalkan apa-apa polisi insuran kebakaran yang sedang berkuatkuasa.
(p) Sekiranya Penyewa hendak menamatkan tempoh sewa Premis tersebut sebelum
tamat tempoh perjanjian sewa ini maka Penyewa harus memberikan notis dua (2)
bulan sebelum beliau mengambil keputusan keluar dari Premis tersebut kepada Tuan
Rumah begitu juga sebaliknya.

(q) Penyewa akan mengosongkan dan menyerahkan Premis tersebut secara aman
kepada Tuan Rumah dalam keadaan baik dan boleh diduduki mengikut syarat-syarat
dan terma-terma Penyewa yang terkandung didalam Perjanjian ini.

(r) Penyewa tidak akan menggunakan Premis tersebut untuk perkara-perkara yang
menyalahi undang-undang negara dan hanya boleh menggunakan Premis tersebut
bagi maksud pejabat atau perniagaan sahaja.

3. Tuan Rumah dengan ini bersetuju dengan penyewa seperti berikut :-


(a) Tuan Rumah akan menjelaskan hasil rumah/premis dan hasil tanah premis tersebut setiap
tahun seperti sebelum perjanjian ini dibuat.

(b) Tuan Rumah akan sentiasa memantau dan menjaga struktur utama premis tersebut
termasuk dinding, atap, rangka tingkap supaya sentiasa berada dalam keadaan terjaga dan
selamat digunakan.

(c) Tuan Rumah berjanji akan membenarkan penyewa menduduki atau mempunyai
kebebasan menduduki Premis tersebut tanpa gangguan daripada Tuan Rumah tertakluk
kepada kepatuhan penyewa dalam membuat bayaran sewa bulanan serta mematuhi terma-
terma atau syarat-syarat lain dalam perjanjian ini,

(d) Pada tarikh penamatan perjanjian ini Tuan Rumah hendaklah memulangkan semua
Cengkeram 2 bulan yang diberikan oleh penyewa di bawah klausa 2 (a) dan Deposit Elektrik
dan Air dibawah klausa 2 (b) tanpa apa-apa faedah. Tuan Rumah berhak memotong sejumlah
wang daripada Cengkeram 2 bulan tersebut untuk ganti rugi atau pembayaran yang dirujuk
dalam klausa 4 (c) sahaja.

(e) Sekiranya penyewa ingin menyambung selama setahun lagi tempoh penyewaan Premis
tersebut selepas berakhirnya tempoh penyewaan ini, Penyewa hendaklah memberikan notis
dua (2) bulan awal sebelum berakhirnya tempoh penyewaan premis tersebut kepada Tuan
Rumah dengan menyatakan kehendaknya untuk menyambung lagi tempoh sewa Premis
tersebut. Sekiranya sewaktu tempoh penyewaan Premis tersebut Penyewa sentiasa mematuhi
syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian ini maka Tuan Rumah hendaklah memberi
kebenaran kepada penyewa untuk menyambung tempoh penyewaan untuk tempoh satu tahun
lagi daripada tarikh tertamatnya perjanjian ini.

4. Adalah kedua-dua pihak bersetuju bahawa


(a) Penyewa tidak berhak menolak apa-apa sewa dari Cengkeram 2 bulan tersebut atau apa-
apa bahagian darinya tanpa kebenaran Tuan Rumah.

(b) Cengkeram 2 bulan tersebut tidak akan digunakan atau di tolak oleh Tuan Rumah untuk
apa-apa pembayaran bagi letrik air dan bil-bil yang terhutang oleh Penyewa apabila
perjanjian ini ditamatkan.
(c) Apa-apa baki Cengkeram 2 bulan setelah ditolak bayaran untuk pembaikan ke atas apa-
apa kerosakan di Premis tersebut yang diakibatkan oleh Penyewa akan dipulangkan kepada
Penyewa tanpa apa-apa faedah.

***************************************************************************

Penurunan Tandatangan:

___________________________ ____________________________
PENYEWA SAKSI BAGI PENYEWA
NAMA : FATIN HUSNA BINTI A.RAZAK NAMA : WAN FAKHARI HIZAMI BIN WAN ANNUAR

NO IC : 840515-11-5504 NO IC : 850727-11-5696

_____________________________ _____________________________
TUAN RUMAH SAKSI BAGI TUAN RUMAH
NAMA : RUSLI BIN MEJAH NAMA : RAS IDAYU BINTI MOHD ROZANI
NO IC : 591008-03-5003 NO IC : 950722-11-5272

Anda mungkin juga menyukai