Anda di halaman 1dari 1

 

 
 
Surat Perjanjian Sewa Kedai:
 
Pendahuluan:

Perjanjian diperbuat pada (TARIKH) di antara (NAMA TUAN RUMAH) di alamat (ALAMAT ASAL TUAN
RUMAH) (kemudian selepas ini dipanggil 'Tuan Rumah') dan (NAMA PENYEWA) di alamat (ALAMAT ASAL
PENYEWA) (kemudian selepas ini dipanggil 'Penyewa').

BAHAWASANYA Tuan Kedai adalah tuan punya berdaftar ke atas Premis yang di kenali sebagai (ALAMAT RUMAH
YANG HENDAK DISEWA) (kemudian dari ini disebut"Premis Tersebut")

DAN BAHAWASANYA Tuan Kedai tersebut dengan ini bersetuju untuk menyewakan dan Penyewa bersedia menyewa
Premis tersebut selama tempoh(TEMPOH SEWA YANGTELAH DIPERSETUJUI) tertakluk kepada syarat serta terma
yang terkandung dibawah ini

MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti berikut :-

1. Tuan Kedai bersetuju untuk menyewakan dan Penyewa bersetuju untuk menyewa Premis tersebut selama
tempoh (TEMPOH SEWA YANG TELAH DIPERSETUJUI)  bermula pada (TARIKH MULA
MENYEWA) dan berakhir pada (TARIKH AKHIRPENYEWAAN) dengan sewa bulanan sebanyak Ringgit
Malaysia(NILAI SEWA DALAM PERKATAAN) (RMXXX.00) sahaja sebulan bebas daripada apa-
apa potongan pada hari ketujuh (7) setiap dan tiap-tiap bulan semasa berkuatkuasanya tempoh perjanjian dan
tertakluk kepada syarat dan terma yang terkandung di bawah ini.

2. Penyewa dengan ini berjanji dan bersetuju denganTuan Kedai seperti berikut;

(a) Penyewa akan membayar kepada Tuan Kedai sejumlah Ringgit Malaysia (NILAICENGKERAM
DALAM PERKATAAN) (RMXXX.00) sahaja serta merta
dengan perlaksanaan perjanjian ini (kemudian dari ini dirujuk sebagai "Cengkeram (TEMPOH
CANGKERAM) bulan” dan “sewa satu (1) bulan") dimana Tuan Kedai mengakui penerimaannya untuk
mempastikan kepatuhan dan perlaksanaan kehendak syarat-syarat perjanjian ini.

(b) Penyewa juga harus membayar deposit untuk bekalan eletrik dan air sebanyakRinggit Malaysia(NILAI
DEPOSIT ELETRIK DAN AIR DALAM PERKATAAN) (RMXXX00) sahaja (kemudian dari ini dirujuk
sebagai “Deposit Elektrik dan Air”).
(c) Penyewa akan membayar kepada Tuan Rumah sewa yang disebut sebelum ini,sebelum tarikh dengan cara
yang disebut sebelum ini.

(d) Penyewa akan mengganti atau memperbaiki apa-apa kerosakan yang dibuat keatasPremis tersebut atau mana-
mana bahagiannya oleh Penyewa diatas perbelanjaan dan kos Penyewa dengan kebenaran dari Tuan Rumah.

(e) Penyewa akan membayar dan menjelaskan semua bil-bil bekalan elektrik dan airyang digunakan di Premis
tersebut sepanjang tempoh perjanjian dan bil-bil bayarandibuat harus diberikan kepada Tuan Rumah sebagai
bukti.

(f) Penyewa akan membenarkan Tuan Rumah atau sesiapa yang diberikuasa olehTuan Rumah untuk memasuki
Premis atau mana-mana bahagiannya untuk memantaudan memeriksa keadaan Premis tersebut pada masa
yang sesuai. Atas
tujuan pemeriksaan ini Tuan Rumah hendaklah memberikan makluman atau notis 24 jamkepada penyewa
sebelum memasuki premis atau mana-mana bahagiannya.

(g) Penyewa tidak dibenarkan melakukan atau membenarkan atau mengarahkan apa-apa pindaan atau tambahan
atau menukarkan apa-apa pemasangan dan lekapan tanpa kebenaran Tuan Rumah terlebih dahulu secara bertulis.
Sekiranya apa-apa pindaan atau tambahan dibenarkan maka ianya akan dilakukan oleh Penyewa
dengan perbelanjaannya sendiri tanpa hak menuntut apa-apa sumbangan atau pertolongan dariTuan Rumah.

Anda mungkin juga menyukai