Anda di halaman 1dari 4

Surat Perjanjian Sewa Kedai

Pendahuluan:

Perjanjian diperbuat pada__________di antara ____________________________________


______________________________________(kemudian selepas ini dipanggil 'Tuan Kedai')
dan __________________________________ (kemudian selepas ini dipanggil 'Penyewa').

BAHAWASANYA Tuan Kedai adalah tuanpunya berdaftar ke atas Premis yang beralamat di
___________________________________________________________________________
___________________________________(kemudian dari ini disebut "Premis Tersebut").

DAN BAHAWASANYA Tuan Kedai tersebut dengan ini bersetuju untuk menyewakan dan
Penyewa bersedia menyewa Premis tersebut selama dua (2) tahun tertakluk kepada syarat-
syarat serta terma- terma yang terkandung dibawah ini.

___________________________________________________________________________

MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti berikut :-

1. Tuan Kedai bersetuju untuk menyewakan dan Penyewa bersetuju untuk menyewa
Premis tersebut selama tempoh _______2 TAHUN____________________bermula
pada______01/07/2020____ dengan sewa bulanan sebanyak Ringgit Malaysia Satu
Ribu (RM1000.00) sahaja. Pembayaran sewa pada hari ketujuh (7) setiap dan tiap-tiap
bulan semasa berkuatkuasanya tempoh perjanjian dan tertakluk kepada syarat-syarat
dan terma-terma yang terkandung di bawah ini. 

2. Penyewa dengan ini berjanji dan bersetuju dengan Tuan Kedai seperti berikut;

(a) Penyewa akan membayar kepada Tuan Kedai sejumlah Ringgit Malaysia Satu
Ribu (RM 1000.00) (kemudian dari ini dirujuk sebagai "Cengkeram satu
bulan”) beserta pembayaran 1 bulan sewa bagi bulan Ogos 2020. Serta merta
dengan perlaksanaan perjanjian ini, dimana Tuan Kedai mengakui
penerimaannya untuk mempastikan kepatuhan dan perlaksanaan kehendak
syarat-syarat perjanjian ini.

(b) Penyewa juga harus membayar deposit untuk bekalan eletrik dan air
sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ratus (RM100.00) sahaja (kemudian dari ini
dirujuk sebagai “Deposit Elektrik dan Air”).

(c) Penyewa akan membayar kepada Tuan Kedai sewa yang disebut sebelum

1
ini, sebelum tarikh dengan cara yang disebut sebelum ini.

(d) Penyewa akan mengganti atau memperbaiki apa-apa kerosakan yang


dibuat keatas Premis tersebut atau mana-mana bahagiannya oleh Penyewa
diatas perbelanjaan dan kos Penyewa dengan kebenaran dari Tuan Kedai.

(e) Penyewa akan membayar dan menjelaskan semua bil-bil bekalan elektrik
dan air yang digunakan di Premis tersebut sepanjang tempoh perjanjian dan
bil-bil bayaran dibuat harus diberikan kepada Tuan Kedai sebagai bukti.

(f) Penyewa akan membenarkan Tuan Kedai atau sesiapa yang diberikuasa
oleh Tuan Kedai untuk memasuki Premis atau mana-mana bahagiannya untuk
memantau dan memeriksa keadaan Premis tersebut pada masa yang sesuai.
Atas tujuan pemeriksaan ini Tuan Kedai hendaklah memberikan makluman
atau notis 24 jam kepada penyewa sebelum memasuki premis atau mana-mana
bahagiannya.

(g) Penyewa tidak dibenarkan melakukan atau membenarkan atau


mengarahkan apa-apa pindaan atau tambahan atau menukarkan apa-apa
pemasangan dan lekapan tanpa kebenaran Tuan Kedai terlebih dahulu secara
bertulis. Sekiranya apa-apa pindaan atau tambahan dibenarkan maka ianya
akan dilakukan oleh Penyewa dengan perbelanjaannya sendiri tanpa hak
menuntut apa-apa sumbangan atau pertolongan dari Tuan Kedai.

(h) Penyewa tidak akan menyerahkan, menyewa, melupuskan, melepaskan


atau berkongsi milikan Premis atau sebahagiannya tanpa kebenaran bertulis
Tuan Kedai terlebih dahulu.

(i) Penyewa akan sentiasa menjaga tanam-tanaman kelekapan dengan


memelihara dan menjaga rumput, pokok-pokok bunga dan tidak akan
memotong/menebang pokok-pokok buah-buahan dan bunga tersebut tanpa
kebenaran terlebih dahulu daripada Tuan Kedai.

(j) Penyewa akan mempastikan Premis tersebut sentiasa didalam keadaan


bersih.

(k) Penyewa akan menyimpan dan memelihara Premis tersebut termasuk


longkang, pendawaian eletrik, pembetungan najis dan semua cermin dan
tingkap, penutup kunci dan semua lengkapan dan pemasangan kepunyaan
Tuan Kedai dalam keadaan baik sepanjang tempoh penyewaan.

(l) Sekiranya sewa yang ditetapkan atau apa-apa bahagian darinya tidak
dibayar selama empat belas (14) hari selepas tarikh kena dibayar atau
sekiranya. Penyewa tidak mematuhi atau melaksanakan mana-mana syarat,

2
maka dengan demikian adalah sah bagi Tuan Kedai mengusir Penyewa dari
Premis tersebut dengan serta merta dan perjanjian ini dianggap tamat
tempohnya.

(m) Sekiranya Penyewa hendak menamatkan tempoh sewa Premis tersebut


sebelum tamat tempoh perjanjian sewa ini maka Penyewa harus memberikan
notis tiga (3) bulan sebelum beliau mengambil keputusan keluar dari Premis
tersebut kepada Tuan Kedai dan sebaliknya.

(n) Penyewa akan mengosongkan dan menyerahkan Premis tersebut secara


aman kepada Tuan Kedai dalam keadaan baik dan boleh diduduki mengikut
syarat-syarat dan terma-terma Penyewa yang terkandung didalam Perjanjian
ini.

(o) Penyewa tidak akan menggunakan Premis tersebut untuk perkara-perkara


yang menyalahi undang-undang negara dan hanya boleh menggunakan Premis
tersebut bagi maksud pejabat atau perniagaan sahaja.

 3. Tuan Kedai dengan ini bersetuju dengan penyewa seperti berikut :-
(a) Tuan Kedai akan menjelaskan hasil Kedai/premis dan hasil tanah premis tersebut setiap
tahun seperti sebelum perjanjian ini dibuat.

(b) Tuan Kedai akan sentiasa memantau dan menjaga struktur utama premis tersebut
termasuk dinding, atap, rangka tingkap supaya sentiasa berada dalam keadaan terjaga dan
selamat digunakan.

(c) Tuan Kedai berjanji akan membenarkan penyewa menduduki atau mempunyai kebebasan
menduduki Premis tersebut tanpa gangguan daripada Tuan Kedai tertakluk kepada kepatuhan
penyewa dalam membuat bayaran sewa bulanan serta mematuhi terma-terma atau syarat-
syarat lain dalam perjanjian ini,

(d) Pada tarikh penamatan perjanjian ini Tuan Kedai hendaklah memulangkan semua
Cengkeram satu bulan yang diberikan oleh penyewa di bawah klausa 2 (a) dan Deposit
Elektrik dan Air dibawah klausa 2 (b) tanpa apa-apa faedah. Tuan Kedai berhak memotong
sejumlah wang daripada satu bulan tersebut untuk ganti rugi atau pembayaran yang dirujuk
dalam klausa 4 (c) sahaja.

(e) Sekiranya penyewa ingin menyambung selama dua (2) tahun lagi tempoh penyewaan
Premis tersebut selepas berakhirnya tempoh penyewaan ini, Penyewa hendaklah memberikan
notis dua (2) bulan awal sebelum berakhirnya tempoh penyewaan premis tersebut kepada
Tuan Kedai dengan menyatakan kehendaknya untuk menyambung lagi tempoh sewa Premis
tersebut. Sekiranya sewaktu tempoh penyewaan Premis tersebut Penyewa sentiasa mematuhi

3
syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian ini maka Tuan Kedai hendaklah memberi
kebenaran kepada penyewa untuk menyambung tempoh penyewaan untuk tempoh dua tahun
lagi daripada tarikh tertamatnya perjanjian ini.

4. Adalah kedua-dua pihak bersetuju bahawa


(a) Penyewa tidak berhak menolak apa-apa sewa dari Cengkeram satu bulan tersebut atau
apa-apa bahagian darinya tanpa kebenaran Tuan Kedai.

(b) Cengkeram satu bulan tersebut boleh di tolak oleh Tuan Kedai untuk apa-apa pembayaran
bagi letrik air dan bil-bil yang terhutang oleh Penyewa apabila perjanjian ini ditamatkan.

(c) Apa-apa baki Cengkeram satu (1) bulan setelah ditolak bayaran untuk pembaikan ke atas
apa-apa kerosakan di Premis tersebut yang diakibatkan oleh Penyewa akan dipulangkan
kepada Penyewa tanpa apa-apa faedah. 

***************************************************************************

Penurunan Tandatangan:

1. Penyewa (beserta Nama & IC)

2. Saksi bagi Penyewa (beserta Nama & IC)

3. Tuan Kedai (beserta Nama & IC)

4. Saksi bagi Tuan Kedai (beserta Nama & IC) 

Anda mungkin juga menyukai