Anda di halaman 1dari 3

SURAT PERJANJIAN SEWA KEDAI

beralamat di: NO.63, PERUMAHAN AWAM MERGONG (KEDAI), 05150 ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN.

SURAT PERJANJIAN ini diperbuat pada 17 JULAI 2017 di antara pihak-pihak


berikut :-

1) NOOR SUHADA BINTI KASIM (No K/P : 890611-02-5504) yang beralamat di No 1001 KAMPUNG
PADANG CENDERAI 06300 KUALA NERANG KEDAH.(selepas ini disebut sebagai PIHAK
PERTAMA),dan
2) A'WANIS BINTI MOHD FAUZI (No K/P : 891128-02-5314) yang beralamat di LOT 607, HADAPAN
MASJID AL-IRSHAD, TELOK BAGAN 05400 ALOR SETAR KEDAH.(selepas ini disebut
sebagai PIHAK KEDUA)

Bahawanya PIHAK PERTAMA bersetuju menyewakan sebahagian dari lot kedai beralamat di
NO.63, PERUMAHAN AWAM MERGONG (KEDAI), 05150 ALOR SETAR, KEDAH
DARUL AMAN (selepas ini disebut sebagai PREMIS DEMIS) kepada PIHAK KEDUA seperti
syarat-syarat yang dinyatakan di bawah:-

a) Penyewaan ini adalah bagi tempoh Satu (1) Tahun mulai 1 OGOS 2017 sehingga 1 OGOS 2018
dengan kadar sewaan bulanan sebanyak RINGGIT MALAYSIA ENAM RATUS LIMA (RM605.00) Sahaja
sebulan (selepas ini disebut sebagai “Sewa Tersebut”.

b) PIHAK KEDUA berjanji akan menjelaskan SEWA TERSEBUT pada atau sebelum 6 haribulan pada
setiap bulan.

c) Deposit penyewaan sebanyak RM1,050.00 yang telah dijelaskan seperti yang tertera di resit
berkelat, perlu dibayar balik oleh PIHAK PERTAMA kepada PIHAK KEDUA sekiranya PIHAK
KEDUA ingin menamatkan penyewaan ini dengan syarat PIHAK KEDUA perlu menyerahkan NOTIS
30 HARI sebagai makluman kepada PIHAK PERTAMA sebelum penamatan penyewaan dilakukan.

d) PIHAK KEDUA hanya perlu menjelaskan kadar sewaan bulanan berdasarkan SEWA TERSEBUT
tanpa perlu bertanggungjawab terhadap sebarang penambahan kadar berkenaan SEWA
TERSEBUT dan sebarang arahan atau tuntutan tambahan terhadap SEWA TERSEBUT adalah
TIDAK SAH sama sekali.
e) Tidak akan menyerahkan, menyewakan pula atau melepaskan milik semua PREMIS DEMIS itu atau
mana-mana bahagian daripadanya tanpa persetujuan bertulis PIHAK PERTAMA terlebih dahulu dan
persetujuan itu tidak boleh ditahan dengan tidak munasabahnya.

f) Tidak akan membuat apa-apa perubahan, tambahan atau pertukaran bentuk dengan apa
cara sekalipun kepada semua PREMIS DEMIS atau mana-mana bahagian daripadanya
tanpa persetujuan bertulis PIHAK PERTAMA dan persetujuan itu tidak boleh ditahan dengan
tidak munasabahnya, dan sekiranya PIHAK PERTAMA bersetuju membenarkan PIHAK
KEDUA membuat perubahan, penambahan atau pertukaran bentuk itu atas perbelanjaaan
sendiri, dan apabila tamat tempoh penyewaan ini atau mana-mana tempoh lanjutan
penyewaan, PIHAK KEDUA berhak terhadap keseluruhan perubahan yang telah dilakukan.
Ia juga tertakluk kepada PIHAK KEDUA sama ada akan membuat perubahan semula atau
tidak terhadap bentuk PREMIS DEMIS tersebut kerana segala kos perubahan adalah
ditanggung sepenuhnya oleh PIHAK KEDUA dan tiada tuntutan berbentuk nilai wang yang
akan dibuat oleh PIHAK KEDUA terhadap PIHAK PERTAMA berkenaan perubahan bentuk
PREMIS DEMIS tersebut dan begitu juga sebaliknya.

Sekianlah surat perjanjian ini diperbuat dan kami kedua-dua belah pihak bersetuju menurunkan
tandatangan masing-masing di hadapan saksi.

Ditandatangani oleh:

PIHAK PERTAMA : ………………………………………….


NOOR SUHADA BINTI KASIM
(No K/P : 890611-02-5504)

PIHAK KEDUA : …………………………………………


A'WANIS BINTI MOHD FAUZI
(No K/P : 891128-02-5314)

SAKSI : ……………………………………….
NORSHUHAILA BT CHEK ANI
(No K/P : 850101-02-5954)

Anda mungkin juga menyukai