Anda di halaman 1dari 12

PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH

UNTUK KEDIAMAN

[PANGSAPURI RIMAU PERDANA ,


NO 409, BLOCK 12 ,
JALAN SUNGAI GOMBAK 32/67,
40400 SHAH ALAM]

DIANTARA

[MUAZIM BIN KAMARUDIN]

DAN

[NAMA PENYEWA]

PADA TARIKH [TARIKH PERJANJIAN]


Mukasurat |2

BORANG MAKLUMAT PENYEWA

Nama:

No. Kad Pengenalan:

No. Tel. Bimbit:

Alamat Tetap/Asal:

No. Tel. Rumah:

Pekerjaan:

Alamat Pejabat:

No. Tel. Pejabat:

Tempoh Sewaan:

Bilik:

PERHATIAN: SEGALA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN ADALAH SEBAGAI RUJUKAN BAGI PIHAK TUAN RUMAH DAN IA
DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI SULIT SERTA TIDAK AKAN DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN SELAIN DARIPADA PROSES
PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH UNTUK KEDIAMAN INI.

PERJANJIAN SEWA RUMAH – [NAMA PENYEWA] 2


Mukasurat |3

JADUAL PERTAMA

BIL. PERKARA MAKLUMAT

HARI DAN TAHUN PERJANJIAN


1.
DIBUAT

TUAN RUMAH
2.
NAMA:
NO. KAD PENGENALAN:

PENYEWA
3.
NAMA:
NO. KAD PENGENALAN:

4. ALAMAT RUMAH YANG DISEWA

5. JENIS BANGUNAN

PERJANJIAN SEWA RUMAH – [NAMA PENYEWA] 3


Mukasurat |4

JADUAL KEDUA

BIL. PERKARA MAKLUMAT

1. TEMPOH MENYEWA

2. TARIKH BERKUATKUASA

3. SEWA BULANAN

4. JENIS& TARIKH PEMBAYARAN

5. WANG CAGARAN PENDAHULUAN


a) DEPOSIT (1 BULAN)
b) UTILITI (ELEKTRIK + AIR)

JUMLAH:

6. PEMBAHARUAN PERJANJIAN

PERJANJIAN SEWA RUMAH – [NAMA PENYEWA] 4


Mukasurat |5

Perjanjian diperbuat pada [TARIKH PERJANJIAN] di antara [NAMA TUAN RUMAH]di


alamat [ALAMAT TUAN RUMAH] (kemudian selepas ini dipanggil 'Tuan Rumah') dan
[NAMA PENYEWA]di alamat [ALAMAT PENYEWA](kemudian selepas ini dipanggil
'Penyewa').

BAHAWASANYA Tuan Rumah adalah tuanpunya berdaftar ke atas Premis yang di kenali
sebagai [ALAMAT RUMAH SEWA@NAMA APARTMENT](kemudian dari ini disebut
"Premis Tersebut").

DAN BAHAWASANYA Tuan Rumah tersebut dengan ini bersetuju untuk menyewakan dan
Penyewa bersedia menyewa Premis tersebut selama tempoh [TEMPOH SEWA] tertakluk
kepada syarat-syarat serta terma- terma yang terkandung dibawah ini.

MAKA PENYEWA DISINI BERSETUJU DENGAN TUAN RUMAH SEPERTIBERIKUT:


1. Penyewa akan membayar kepada Tuan Rumah sejumlah Ringgit Malaysia EMPAT
RATUS RINGGIT (RM400.00)sahaja serta merta dengan perlaksanaan perjanjian ini
(kemudian dari ini dirujuk sebagai "Cengkeram SATU bulan”) dimana Tuan Rumah
mengakui penerimaannya untuk mempastikan kepatuhan dan perlaksanaan
kehendak syarat-syarat perjanjian ini.

2. Penyewa bertanggungjawab secara peribadi dan/atau bersama untuk


membayarbayaran sewa dan bayaran perenggan (3).

PERJANJIAN SEWA RUMAH – [NAMA PENYEWA] 5


Mukasurat |6

3. Tidak menggunakan dan/atau membenarkan Rumah Tersebut dan/atau


sebahagiandaripada Rumah tersebut digunakan untuk kegiatan haram, menyalahi
undang-undang atau tidak bermoral, sama ada perniagaan atau perdagangan dan
perjudian, memberi perlindungan kepada pesalah undang-undang dalam apa jua
bentuk sekali pun.

4. Tidak menyewakan atau menyerahkan samada secara keseluruhan dan/atau


sebahagian dari ruang rumah tersebut kepada orang lain tanpa terlebih dahulu
mendapat kebenaran dari Tuan Rumah dan sekiranya penyewa
mengingkarikehendak dan maksud perenggan ini maka Tuan Rumah berhak
mengutip kesemuabayaran sewa yang dibayar oleh orang lain dan/atau seterusnya
Tuan Rumahberhak mengambil apa-apa tindakan seperti mana yang ditetapkan
dalam suratperjanjian ini.

5. Tidak membenarkan dan /atau melaksanakan apa-apa perubahan bentuk


dan/atauperubahan tambahan samada di bahagian luar atau bahagian dalam Rumah
tersebutwalau dengan apa cara sekali pun tanpa terlebih dahulu mendapat
kebenaranbertulis dari Tuan Rumah. Sekiranya apa-apa pindaan atau tambahan
dibenarkan maka ianya akan dilakukan oleh Penyewa dengan perbelanjaannya
sendiri tanpa hak menuntut apa-apa sumbangan atau pertolongan dari Tuan Rumah.

6. Tidak akan menyimpan dan/atau membiak sebarang haiwan didalam kawasanRumah


dan/atau dimana sahaja dalam Rumah tersebut.

7. Tidak membawa dan/atau menyimpan didalam Rumah apa jua jenis senjata, bahan
letupan, bahan beracundan/atau bahan merbahaya yang mudah meletup dan/atau

PERJANJIAN SEWA RUMAH – [NAMA PENYEWA] 6


Mukasurat |7

yang mudahterbakar kecuali setelah memenuhi tuntutan undang-undang dan


mendapatkebenaran dari pihak berkuasa berkenaan dan persetujuan Tuan Rumah.

8. Menjaga kebersihan seluruh luar dan dalam bangunan Rumah tersebut


termasukruangan kaki lima, ruangan tangga serta jalan disekeliling rumah
tersebutsebagaimana ditentukan oleh Tuan Rumah atau pegawai-pegawai atau wakil-
wakilyang diberi kuasa olehnya.

9. Menjaga dan mempastikan keadaan di dalam Rumah tersebut sepanjang


tempohpenyewaan ini supaya sentiasa berada didalam keadaan baik dan boleh
diduduki(susutan biasa samaada kerosakan oleh api, ribut taufan atau lain-lain
bencana alamdikecualikan).

10. Jika ingin menggantung bingkai gambar, dinding hendaklah dibuat lubang
menggunakan drill (gerudi) penebuk dan dimasukkan ‘wall plug’.

11. Penyewa tidak dibenarkan memasang kunci tambahan tanpa kebenaran bertulis
daripada Tuan Rumah. Tuan Rumah akan diberikan pendua kesemua kunci yang
dipasang atas tanggungan penyewa, sebelum ia dipasang.

12. Tidak membenarkan atau memberi kebenaran bagi apa jua perkara yang melanggar
undang-undang, undang-undang kecil atau peraturan kerajaan atau mana-mana pihak
berkuasa yang lain yang melibatkan Rumah berkenaan atau yang boleh menyebabkan
polisi insurans yang melindunginya daripada kerugian atau kemusnahan akibat
kebakaran menjadi tidak sah atau menyebabkan premiumnya bertambah.

PERJANJIAN SEWA RUMAH – [NAMA PENYEWA] 7


Mukasurat |8

13. Tidak melakukan dan/atau membenarkan sesiapa sahaja melakukan apa


sajaperbuatan sumbang atau salah laku atau sebarang perbuatan yang
menyalahiundang-undang di Rumah tersebut yang mana ianya boleh menganggu
suasana atauketenteraman atau rasa tidak senang penduduk di kawasan tersebut.

14. Penyewa hendaklah menyelesaikan sebarang pertelingkahan dengan jiran secara


aman dan bertanggungjawab.

15. Membenarkan Tuan Rumah atau wakil yang telah diberikan kuasa olehnya
ataupekerja-pekerja yang di upah pada bila-bila masa sahaja yang
munasabahmemasuki Rumah tersebut untuk membuat pemeriksaan atau
pembaikkan kepadarumah tersebut yang mana Tuan Rumah menganggap adalah
mustahak. Atas tujuan pemeriksaan ini Tuan Rumah hendaklah memberikan
makluman atau notis 24 jam kepada penyewa sebelum memasuki premis atau mana-
mana bahagiannya.

16. Bertanggungjawab membaiki sebarang kerosakan yang disebabkan oleh penyewaatau


pekerja-pekerja yang diupah penyewa atau pelawat dengan kebenaranPenyewa
kepada kawasan bangunan, longkang ataupun lain-lain bahagian yangberkenaan atau
membayar balik kepada Tuan Rumah semua perbelanjaanyang dibelanjakan bagi
membaiki kerosakan itu yang disebabkan olehpenyewa.

17. Penyewa bersetuju untuk menyewa Rumah tersebut dalam keadaan baik dan bersih
yang sedia ada. Penyewa juga bersetuju untuk menyerahkan kembali Rumah tersebut
dalam keadaan samaatau lebih baik kepada Tuan Rumah dan menanggung bayaran

PERJANJIAN SEWA RUMAH – [NAMA PENYEWA] 8


Mukasurat |9

membersih jika Tuan Rumah mengupah orang untuk membersihkannya apabila


tempoh perjanjian penyewaan ini tamat ataupunditamatkan mengikut syarat-syarat
yang terkandung dalam dalam perjanjian.

TANGGUNGJAWAB TUAN RUMAH:


1. Akan membayar bil elektrik, air, cukai pintu dan cukai tanah yang dikenakan ke atas
Rumah tersebut.

2. Membaiki sebarang kerosakan besar (MELEBIHI RM100.00) yang menimpa ke atas


Rumah tersebut yangmana ianya bukan disebabkan oleh kelalaian dan juga
memperbaiki apa-apakerosakan biasa yang disebabkan oleh "Fair Wear dan Tear"
dan Tuan Rumahbertanggungjawab bagi mengawas dan mengurus segala kerja-kerja
pembaikan keatas rumah tersebut di sepanjang tempoh penyewaan ini.

3. Tuan Rumah akan mengembalikan wang cagaran kepada penyewa pada


haripenghujung penyewaan ini tertakluk kepada syarat-syarat dimana wang
cagaranboleh digunakan oleh Tuan Rumah bagi menjelaskan sewa rumah yang
tertunggakdan/atau untuk perbelanjaan memperbaiki apa jua kerosakan atau
kemusnahandaripada perbuatan sengaja atau cuai atau lalai pihak penyewa,

PERJANJIAN SEWA RUMAH – [NAMA PENYEWA] 9


M u k a s u r a t | 10

kakitangan dan/atauwakilnya dan untuk sebarang bayaran yang dikenakan ke atas


penyewa mengikutsyarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian ini dan/atau
perbelanjaan yang ditanggung oleh tuan rumah untuk tujuan mengekalkan keadaan
rumah sepertikeadaan semasa perjanjian ini ditandatangani.

4. Memastikan langkah-langkah keselamatan rumah telah dibuat sebelum


Penyewamendiami Rumah seperti pemasangan jeriji besi, tombol pintu dan tingkap
berada dalamkeadaan baik, sistem pendawaian rumah dan bekalan air boleh
digunakan denganbaik dan selamat.

PERSETUJUAN TUAN RUMAH DAN PENYEWA:


1. Tuan Rumah hendaklah menyerah kunci rumah kepada penyewa selepas
penyewamembayar wang cagaran melainkan dipersetujui bersama oleh kedua-dua
pihak.

2. Sekiranya perjanjian tamat atau ditamatkan oleh Tuan Rumah atau Penyewa,adalah
menjadi tanggunjawab penyewa untuk menyerahkan kunci rumah kepadaTuan
Rumah atau wakilnya dengan segera.

3. Sekiranya sewa bulanan tidak dibayar serta menjadi tunggakan ke bulan


berikutnyamaka penyewa bertanggungjawab membayar pada tarikh yang
dipersetujui dandijanjikan dengan Tuan Rumah. Sekiranya tiada bayaran diterima
pada tarikh yang telah dipersetujui, wang cagaran akan digunakan untuk membayar

PERJANJIAN SEWA RUMAH – [NAMA PENYEWA] 10


M u k a s u r a t | 11

tunggakan tersebut dan Tuan Rumah berhak untuk menamatkan perjanjian


penyewaan ini.

4. Sekiranya penyewa berkehendakkan tempoh penyewaan diperbaharui


apabilatempoh sepertimana terkandung didalam perjanjian ini tamat maka
penyewamestilah mengemukakan notis bertulis kepada Tuan Rumah tidak kurang
dua (2)bulan sebelum tamat tempoh penyewaan tersebut.

5. Tuan Rumah berhak untuk tidak memperbaharui tempoh penyewaan.

6. Tuan Rumah berhak untuk menamatkan tempoh penyewaan ini sekiranya


berlakuperlanggaran atau bila mana Tuan Rumah berkehendakkan semula Rumah
tersebutbagi apa-apa tujuan dengan mengemukakan tidak kurang dari dua (2)
bulannotisbertulis kepada penyewa.

7. Penyewa berhak menamatkan penyewaan dengan memberi notis bertulis


tidakkurang dari satu (1) bulan kepada Tuan Rumah atau wang cagaran tidak akan
dikembalikan.

8. Penamatan oleh Penyewa tidak akan melepaskan penyewa dari membayar


kepadaTuan Rumah apa-apa bayaran yang tertunggak seperti yang dinyatakan
dalamperjanjian ini.

9. Sebarang pertikaian diantara Tuan Rumah dan Penyewa mengenai PenyewaanRumah


tersebut hendaklah diselesaikan secara aman dan baik. Jika penyelesaiantidak dapat
dicapai hendaklah diselesaikan melalui timbangtara.

PERJANJIAN SEWA RUMAH – [NAMA PENYEWA] 11


M u k a s u r a t | 12

PADA MASA MENYAKSIKAN HAL-HAL DI ATAS pihak-pihak yang tersebut dalam


perjanjian ini telah menurunkan di sini tandatangan mereka pada haribulan dan tahun
yang tersebut di atas.

..................................................................................... ....................................................................................

Tuan Rumah Penyewa/Ketua Rumah

Nama: Nama:

No. Kad Pengenalan: No. Kad Pengenalan:

Tarikh: Tarikh:

PERJANJIAN SEWA RUMAH – [NAMA PENYEWA] 12

Anda mungkin juga menyukai