Anda di halaman 1dari 3

SURAT PERJANJIAN JUAL BELI RUMAH KEDIAMAN

PERJANJIAN INI dibuat dalam Bandar Kota Bharu Kelantan pada 28HB MAC 2013 di antara RAKIAH BINTI ZAKARIA, NO. K/P : 541207-03-5334 beralamat di Lot 1832 Kampung Beris Jambu, Jalan Panji, 16100 Kota Bharu, Kelantan yang dinamakan dalam Surat Perjanjian ini (Pihak Pertama) dengan ASMAH BINTI ABD RAHMAN, No. K/P : 51021005-5369 yang beralamat di Lorong Kedepe, Kg Baung, Jln Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan yang dinamakan dalam Surat Perjanjian ini (Pihak Kedua).

BAHAWASANYA Satu Perjanjian JUAL BELI RUMAH KEDIAMAN telah dibuat yang digelarkan dalam perjanjian ini (Rumah Kediaman Tersebut) di F41, Taman Adabi, 17500 Tanah Merah, Kelantan.

MAKA, kedua-dua Pihak mengaku telah sama-sama bersetuju membuat Surat Perjanjian dengan mengikuti segala syarat-syarat berikut:-

1.

Pihak Penjual telah menjual Rumah Kediaman kepada Pihak Pembeli.

2.

Pihak Penjual dan Pihak Pembeli telah bersepakat dan bersetuju Rumah Kediaman tersebut telah di angkat jual beli dengan harga sebanyak RM 65,000.00 (Ringgit Malaysia : Enam Puluh Lima Ribu Sahaja secara tunai pada tarikh 28hb Mac 2013 sepertimana tarikh perjanjian ini ditandatangani.

3.

Setelah selesainya angkat jualbeli Rumah Kediaman tersebut dengan tiada apa-apa masalah timbul berhubung Rumah Kediaman tersebut di antara Pihak Penjual dan Pihak Pembeli, maka terlaksanalah proses pertukaran pindah milik Rumah Kediaman tersebut kepada pemilik baru Rumah Kediaman tersebut, setelah wang RM 65,000.00 (Ringgit Malaysia : Enam Puluh Lima Ribu Sahaja) dijelaskan sempurna.

4.

Justeru itu, setelah termeterainya pertukaran hakmilik Rumah Kediaman tersebut antara Pihak Penjual dan Pihak Pembeli, secara sahnya Rumah Kediaman tersebut telah menjadi hakmilik Pihak Pembeli sebagai pemilik baru Rumah Kediaman Tersebut.

5.

Pihak Penjual didapati tidak lagi berhak menuntut apa-apa gantirugi atau apa-apa yang berkaitan Rumah Kediaman tersebut.

6.

Maka perjanjian ini, kedua-dua pihak telah faham dan jelas bersabit jualbeli Rumah Kediaman tersebut sepertimana yang termaktub di dalam perjanjian ini, dan bersetuju menurunkan tandatangan masing-masing.

7.

Masa dan syarat adalah asas perjanjian ini.

BAGI MENGESAHKAN SURAT PERJANJIAN INI persetujuan antara kedua-dua belah pihak menurunkan tandatangan di bawah berhadapan saksi bagi mengesahkan Perjanjian Jual Beli Rumah Kediaman pada tarikh yang tersebut di atas.

Telah disahkan dan ditandatangani oleh PIHAK PENJUAL RAKIAH BINTI ZAKARIA No. K/P: 541207-03-5334

] ] ] ]

Telah disahkan dan ditandatangani oleh PIHAK PEMBELI ASMAH BINTI ABD RAHMAN No. K/P: 510210-05-5369

] ] ] ]

Telah disahkan dan ditandatangani oleh SAKSI ROGAYAH BINTI JUSOH No. K/P: 631031-03-5152

] ] ] ]

SURAT PERJANJIAN JUAL BELI RUMAH KEDIAMAN

di antara

SARMIAH BINTI MAT DAM No. K/P : 760428-03-5178 (Pihak Penjual)

dengan

AZMAN BIN ISMAIL No. K/P : 670808-03-5541 (Pihak Pembeli)

Anda mungkin juga menyukai