Anda di halaman 1dari 4

Tips4Money: Mungkin Topik Ini Tidak Sesuai Saya

Kongsikan Sebelum Hari Raya Tetapi Saya Rasa Ia


Amat Penting Untuk Anda
August 5, 2014 at 12:20pm
(Artikel ini saya telah kongsikan beberapa hari sebelum hari raya dan disebabkan beratus komen
yang suka dengan apa yang dikongsikan, maka saya repost sekali lagi di sini dan artikel baru akan
menyusul selepas ini, stay tune dan share jika ianya bagus)

Ramai orang bertanya saya tentang mereka menghadapi masalah kewangan, hutang yang banyak
dan pendapatan mereka bekerja tidak mencukupi. Well, saya faham masalah anda kerana saya
pernah melalui saat-saat tersebut ketika saya bekerja pada tahun 1996-2000.
Terhutang dengan along, blacklisted dengan banyak bank, hutang dengan keluarga dan saudara.
Untuk memulihkannya bukan proses sehari atau sebulan.

Rajin kerja semata-mata dengan pendapatan yang sama tetapi ingin memperbaiki kewangan dan
tidak rajin membaca buku-buku mengenai pengurusan kewangan, perniagaan dan pelaburan atau
tidak sanggup berikan masa untuk belajar dari mereka yang boleh menjadi mentor mereka, tidak
mahu mendapatkan ilmu, tidak tahu strategi yang berkesan serta platform membina pendapatan
yang berpotensi adalah ibarat mengharapkan bulan jatuh ke riba.

Ada beberapa perkara ini yang anda perlu tahu:-
1- Sebenarnya apa yang anda perlu tahu, bukan anda seorang yang ada masalah kewangan!
Ramai orang ada atau pernah mengalami masalah tersebut dan mungkin lebih kritikal.

2- Mereka yang berjaya merubah kewangan mereka daripada negatif menjadi positif bukanlah
kerana nasib mereka baik tetapi mereka berusaha merubahnya dengan berusaha meningkatkan
ilmu tentang kewangan, menukar strategi menguruskan kewangan serta membina kewangan
mereka dengan cara bisnes atau pelaburan.

3- Proses memperbaiki kewangan bukan kerja satu hari tetapi ia adalah proses berterusan dengan
matlamat yang jelas tentang apakah masalah hutang yang mahu di selesaikan dan apakah sasaran
kewangan yang mahu dicapai.

Tanam benih rambutan, kita TIDAK AKAN dapat pokok durian bukan? Tapi jika mengharapkan
bertahun-tahun menanam benih rambutan dan mengharapkan pokok durian yang tumbuh, kita
akhirnya akan kecewa. Pekerjaan yang sama, gaji yang sama dengan peningkatan yang tidak
pantas, tetapi masalah kewangan yang meningkat hanya akan menambah masalah kita.
Saya ingin mensarankan 10 strategi asas bagaimana anda perlu komited untuk memperbaiki
kewangan anda selain anda menjaga solat, melakukan dhuha, berdoa, bersedekah sedikit sedikit
memohon barokah dariNya, ini adalah antara apa yang saya sendiri lakukan satu masa dahulu
ketika saya baru belajar menguruskan kewangan saya selepas ianya hancus :-
1- Senaraikan semua hutang anda. Tandakan mana yang urgent dah nak declare bankrupt (Kalau
ada) dan mana yang belum

2- Bersedia untuk jadi bankruptcy jika ia sesuatu yang tidak dapat di elakkan. Jangan takut
diumumkan bankrupt kerana ramai jutawan seperti Tun Daim pernah bankrupt banyak kali sebelum
berjaya. Donald Trump pun sama. Nama anda boleh dibersihkan dari rekod bankruptcy bila anda
betulkan semula kewangan anda. Saya tidak suruh anda jadi bankruptcy tetapi kalau dah tidak ada
pilihan sekarang, jangan takut. Hadapinya.

3- Selepas anda senaraikan hutang anda, anda juga perlu senaraikan perbelanjaan anda dan
sumber pendapatan anda. Senaraikan juga apa aset atau simpanan tunai yang ada. Senaraikan
juga barang yang boleh dijual atau dilelong di kedai barangan second hand kerana anda mahu raise
fund segera.

4- Jumpa pihak bank face to face atau sesiapa sahaja yang anda ada hutang. Jangan lari atau
tidak jawab panggilan mereka. Tunjukkan yang anda komited mahu menyelesaikan hutang-hutang
anda.

5- Komit dengan mereka satu amount yang bersedia untuk bayar setiap bulan. Dan pastikan bayar.
Tulis surat yang menyenaraikan bagaimana anda mampu komit membayar kepada mereka. Apa
yang tidak di sukai oleh pemberi hutang ialah bila anda mahu meminjam, muka dan senyuman anda
sampai ke langit tapi selepas diberi hutang, anda kemudian hilang di sebalik awan. Amacam?
Pendusta sangat! Walaupun itu bukan niat anda.

6- Operasi kurang kos perbelanjaan hidup- Ini operasi penting, apatah lagi bila hutang dah
berlambak dan kritikal, jangan dok feeling nak beraya dengan berbelanja banyak tukar langsiur,
sofa, kereta, handphone. Jangan jadi bangang. Berpijaklah dibumi yang nyata. Biar susah sedikit
hari ini untuk kesenangan kemudian hari. Senaraikan segala bagai kos sara hidup yang mesti
dikurangkan. Kumpulkan ahli keluarga yang tinggal serumah atau mereka yang tinggal serumah
dengan kita, maklumkan yang kita mahu semua orang bekerjasam kurangkan kos elektrik, air,
jangan membazior makanan. Tulis notis di setiap suit letrik, contoh: Dah buka letrik, tutuplah derr!.
Kurangkan kos minyak kereta atau tol. Rancang perjalanan dan jangan bawa kenderaan dengan
laju kerana ia akan meningkatkan kos pembakaran minyak lebih 30% lebih tinggi dan risiko saman
yang membazior. Potong astro kalau ada. Guna telefon prepaid, tumpang wifi jiran dengan
izin.

7- Jual barang-barang lama atau apa sahaja yang berharga dan tidak diperlukan sekarang.
Gadaikan atau jual. Jual di Mudah atau FB. Dengan tidak langsung anda sedang belajar berniaga.

8- Itu tadi operasi kurangkan kos. Operasi seterusnya, operasi tingkatkan pendapatan. Untuk
tempoh jangka pendek, buat kerja part-time jika ia boleh tingkatkan pendapatan. Mohon sambung
belajar atau sertai kursus, jika ia ada peruntukan saraan kos belajar ditempat anda bekerja. Tetapi
pastikan ia membantu meningkatkan kualiti kerja dan pendapatan anda. Tukar kerja jika ada tempat
lain yang lebih bagus dan tinggi pendapatanya.

9- Tetapi untuk strategi jangka sederhana dan panjang, anda perlu belajar berniaga dan dapatkan
ilmu pelaburan. Ini strategi yang boleh buat anda bukan sahaja selesaikan masalah hutang anda
tetapi Insya Allah buat anda hidup dengan tenang, masa yang lebih banyak, kewangan yang lebih
baik.

10- Sedekah sebagai satu perkara wajib bagi anda walaupun sedikit tetapi konsisten. Ada seorang
kawan saya, dia pernah bekerja tetapi berhenti untuk berniaga, tetapi jatuh dalam bisnesnya.
Bertahun-tahun dia cuba bangkit tapi tak berapa nak jadi. Kemudian ada orang tua yang dia jumpa
di sebuah masjid nasihatkan dia, anak ni pakcik lihat kusut dan susah kewangan? Kawan saya
angguk. Pakcik ini nasihatkan dia, bersedekahlah sedikit duit ke, belikan makanan seperti pisang ke
bagi orang makan setiap hari jumaat. Kawan saya fikir masa tu, pakcik ni gila apa? Dia dahlah
banyak hutang tetapi nak belanja sedekah beli pisang setiap hari jumaat? Dia tidak ambil kisah
tentang cadangan pakcik yang dia tidak kenal itu sehinggalah kemudian dia dapat tahu yang pakcik
ini adalah jutawan yang tidak lagi bekerja dan setiap jumaat pakcik ini sponsor makanan di berpuluh
masjid di negeri itu. Dia pun mula mencuba membeli seikat dua pisang. Ketika itu kawan saya ini
perniagaannya tidaklah meningkat tetapi saya lihat dia dilorongkan untuk mengenali orang-orang
yang berjaya dan dia juga mula suka belajar ilmu berniaga. Over few years, hari ini kawan saya dah
pun jadi multi-millionaire. Jika anda lihat, perubahan hidup dia asbab bersedekah ini, Allah swt tidak
naikkan terus bisnes dia tetapi Allah swt bukakan rezeki dia dengan ILMU kerana ilmu adalah rezeki
yang boleh merubah hidup dengan izinNya, of coz disertai tindakan luar biasa.

Berniagalah kerana potensi sumber rezeki melalui perniagaan adalah lebih tinggi tidak terhad
seperti bekerja Insya Allah. Tetapi pada masa yang sama, dapatkanlah ilmu dan komitedlah untuk
merubah hidup kerana ia adalah satu jihad juga. Jangan takut jadi kaya kerana kekayaan kepada
orang beriman lebih baik daripada miskin orang yang kufur. Orang kaya yang beriman akan
menggunakan hartanya untuk memberi manfaat kepada orang lain.

Maaf perkongsian kali ini agak panjang tetapi saya harap anda belajar sesuatu. Jika anda adalah
mereka yang komited untuk merubah hidup dan kewangan anda, saya sarankan anda hadir
berjumpa saya di Klinik Usahawan- Siri Mudahnya Berniaga 2014 yang akan bermula pada 23 Ogos
2014 nanti di Melaka dan 24 Ogos 2014 di Shah Alam dan hanya beberapa lokasi sahaja kali ini
(Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Penang) kerana saya kesuntukan masa. Makluman program ini,
jadual dan cara pendaftaran boleh dibaca di KlinikUsahawan.com. Raya ini bukan tidak penting
tetapi saya ingat lagi pesan seorang mentor cina saya bernama Peter satu masa dahulu ketika saya
susah pada tahun 2000, masa tu dah nak raya dan saya kata saya nak raya pun tak ada duit. Dia
kata, ajijan, kalau lu ada duit, hali hali pun hali raya tapi kalau lu tak ada duit, hali laya pun tak boleh
laya dengan banyak duit mahu kasi olang.

Jika anda suka apa yang saya kongsikan, kongsikanlah dengan orang lain dan klik Like, Share serta
Komen Nak lagi!. Nanti saya share lagi Insya Allah. Selamat memandu dengan selamat pulang ke
kampung halaman, selamar berhari raya, jangan drive laju nanti minyak lagi mahal.

#LoveYouAll

#DAO

P/S Pastikan anda atau keluarga rakan anda yang ingin belajar bagaimana memperbaiki tahap
kewangan anda dengan berniaga sebagai ramai daripada anak didik saya untuk mendaftar
di www.KlinikUsahawan.com. Daftar 3 orang untuk dapatkan 100% yuran percuma.

Anda mungkin juga menyukai