Anda di halaman 1dari 12

PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH

UNTUK KEDIAMAN

[ALAMAT RUMAH]

DIANTARA

[NAMA OWNER]

DAN

[NAMA PENYEWA]

PADA TARIKH [TARIKH PERJANJIAN]


Mukasurat |2

BORANG MAKLUMAT PENYEWA

Nama:

No. Kad
Pengenalan:
No. Tel. Bimbit:

Alamat
Tetap/Asal:

No. Tel. Rumah:

Pekerjaan:

Alamat Pejabat:

No. Tel. Pejabat:

Tempoh Sewaan:

Bilik:

PERHATIAN: SEGALA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN ADALAH SEBAGAI RUJUKAN BAGI PIHAK TUAN
RUMAH DAN IA DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI SULIT SERTA TIDAK AKAN DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN
SELAIN DARIPADA PROSES PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH UNTUK KEDIAMAN INI.

JADUAL PERTAMA

PERJANJIAN SEWA RUMAH [NAMA


2
PENYEWA]
Mukasurat |3

BIL. PERKARA MAKLUMAT

HARI DAN TAHUN PERJANJIAN


1.
DIBUAT

TUAN RUMAH
2.
NAMA:
NO. KAD PENGENALAN:

PENYEWA
3.
NAMA:
NO. KAD PENGENALAN:

ALAMAT RUMAH YANG


4.
DISEWA

5. JENIS BANGUNAN

JADUAL KEDUA

PERJANJIAN SEWA RUMAH [NAMA


3
PENYEWA]
Mukasurat |4

BIL. PERKARA MAKLUMAT

1. TEMPOH MENYEWA

2. TARIKH BERKUATKUASA

3. SEWA BULANAN

4. JENIS& TARIKH PEMBAYARAN

5. WANG CAGARAN PENDAHULUAN


a) DEPOSIT (1 BULAN)
b) UTILITI (ELEKTRIK + AIR)

JUMLAH:

6. PEMBAHARUAN PERJANJIAN

PERJANJIAN SEWA RUMAH [NAMA


4
PENYEWA]
Mukasurat |5

Perjanjian diperbuat pada [TARIKH PERJANJIAN] di antara [NAMA TUAN


RUMAH]di alamat [ALAMAT TUAN RUMAH] (kemudian selepas ini
dipanggil 'Tuan Rumah') dan [NAMA PENYEWA]di alamat [ALAMAT
PENYEWA](kemudian selepas ini dipanggil 'Penyewa').

BAHAWASANYA Tuan Rumah adalah tuanpunya berdaftar ke atas Premis yang


di kenali sebagai [ALAMAT RUMAH SEWA@NAMA APARTMENT]
(kemudian dari ini disebut "Premis Tersebut").

DAN BAHAWASANYA Tuan Rumah tersebut dengan ini bersetuju untuk


menyewakan dan Penyewa bersedia menyewa Premis tersebut selama
tempoh [TEMPOH SEWA] tertakluk kepada syarat-syarat serta terma-
terma yang terkandung dibawah ini.

MAKA PENYEWA DISINI BERSETUJU DENGAN TUAN RUMAH


SEPERTIBERIKUT:
1. Penyewa akan membayar kepada Tuan Rumah sejumlah Ringgit
Malaysia EMPAT RATUS RINGGIT (RM400.00)sahaja serta merta
dengan perlaksanaan perjanjian ini (kemudian dari ini dirujuk sebagai
"Cengkeram SATU bulan) dimana Tuan Rumah mengakui
penerimaannya untuk mempastikan kepatuhan dan perlaksanaan
kehendak syarat-syarat perjanjian ini.

2. Penyewa bertanggungjawab secara peribadi dan/atau bersama untuk


membayarbayaran sewa dan bayaran perenggan (3).

3. Tidak menggunakan dan/atau membenarkan Rumah Tersebut dan/atau


sebahagiandaripada Rumah tersebut digunakan untuk kegiatan haram,
menyalahi undang-undang atau tidak bermoral, sama ada perniagaan

PERJANJIAN SEWA RUMAH [NAMA


5
PENYEWA]
Mukasurat |6

atau perdagangan dan perjudian, memberi perlindungan kepada


pesalah undang-undang dalam apa jua bentuk sekali pun.

4. Tidak menyewakan atau menyerahkan samada secara keseluruhan


dan/atau sebahagian dari ruang rumah tersebut kepada orang lain tanpa
terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Tuan Rumah dan sekiranya
penyewa mengingkarikehendak dan maksud perenggan ini maka Tuan
Rumah berhak mengutip kesemuabayaran sewa yang dibayar oleh
orang lain dan/atau seterusnya Tuan Rumahberhak mengambil apa-apa
tindakan seperti mana yang ditetapkan dalam suratperjanjian ini.

5. Tidak membenarkan dan /atau melaksanakan apa-apa perubahan


bentuk dan/atauperubahan tambahan samada di bahagian luar atau
bahagian dalam Rumah tersebutwalau dengan apa cara sekali pun
tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaranbertulis dari Tuan Rumah.
Sekiranya apa-apa pindaan atau tambahan dibenarkan maka ianya akan
dilakukan oleh Penyewa dengan perbelanjaannya sendiri tanpa hak
menuntut apa-apa sumbangan atau pertolongan dari Tuan Rumah.

6. Tidak akan menyimpan dan/atau membiak sebarang haiwan didalam


kawasanRumah dan/atau dimana sahaja dalam Rumah tersebut.

7. Tidak membawa dan/atau menyimpan didalam Rumah apa jua jenis


senjata, bahan letupan, bahan beracundan/atau bahan merbahaya yang
mudah meletup dan/atau yang mudahterbakar kecuali setelah
memenuhi tuntutan undang-undang dan mendapatkebenaran dari pihak
berkuasa berkenaan dan persetujuan Tuan Rumah.

8. Menjaga kebersihan seluruh luar dan dalam bangunan Rumah tersebut


termasukruangan kaki lima, ruangan tangga serta jalan disekeliling

PERJANJIAN SEWA RUMAH [NAMA


6
PENYEWA]
Mukasurat |7

rumah tersebutsebagaimana ditentukan oleh Tuan Rumah atau pegawai-


pegawai atau wakil-wakilyang diberi kuasa olehnya.

9. Menjaga dan mempastikan keadaan di dalam Rumah tersebut sepanjang


tempohpenyewaan ini supaya sentiasa berada didalam keadaan baik
dan boleh diduduki(susutan biasa samaada kerosakan oleh api, ribut
taufan atau lain-lain bencana alamdikecualikan).

10. Jika ingin menggantung bingkai gambar, dinding hendaklah dibuat


lubang menggunakan drill (gerudi) penebuk dan dimasukkan wall plug.

11. Penyewa tidak dibenarkan memasang kunci tambahan tanpa kebenaran


bertulis daripada Tuan Rumah. Tuan Rumah akan diberikan pendua
kesemua kunci yang dipasang atas tanggungan penyewa, sebelum ia
dipasang.

12. Tidak membenarkan atau memberi kebenaran bagi apa jua perkara
yang melanggar undang-undang, undang-undang kecil atau peraturan
kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa yang lain yang melibatkan
Rumah berkenaan atau yang boleh menyebabkan polisi insurans yang
melindunginya daripada kerugian atau kemusnahan akibat kebakaran
menjadi tidak sah atau menyebabkan premiumnya bertambah.

13. Tidak melakukan dan/atau membenarkan sesiapa sahaja melakukan apa


sajaperbuatan sumbang atau salah laku atau sebarang perbuatan yang
menyalahiundang-undang di Rumah tersebut yang mana ianya boleh
menganggu suasana atauketenteraman atau rasa tidak senang
penduduk di kawasan tersebut.

14. Penyewa hendaklah menyelesaikan sebarang pertelingkahan dengan


jiran secara aman dan bertanggungjawab.

PERJANJIAN SEWA RUMAH [NAMA


7
PENYEWA]
Mukasurat |8

15. Membenarkan Tuan Rumah atau wakil yang telah diberikan kuasa
olehnya ataupekerja-pekerja yang di upah pada bila-bila masa sahaja
yang munasabahmemasuki Rumah tersebut untuk membuat
pemeriksaan atau pembaikkan kepadarumah tersebut yang mana Tuan
Rumah menganggap adalah mustahak. Atas tujuan pemeriksaan ini Tuan
Rumah hendaklah memberikan makluman atau notis 24 jam kepada
penyewa sebelum memasuki premis atau mana-mana bahagiannya.

16. Bertanggungjawab membaiki sebarang kerosakan yang disebabkan oleh


penyewaatau pekerja-pekerja yang diupah penyewa atau pelawat
dengan kebenaranPenyewa kepada kawasan bangunan, longkang
ataupun lain-lain bahagian yangberkenaan atau membayar balik kepada
Tuan Rumah semua perbelanjaanyang dibelanjakan bagi membaiki
kerosakan itu yang disebabkan olehpenyewa.

17. Penyewa bersetuju untuk menyewa Rumah tersebut dalam keadaan baik
dan bersih yang sedia ada. Penyewa juga bersetuju untuk menyerahkan
kembali Rumah tersebut dalam keadaan samaatau lebih baik kepada
Tuan Rumah dan menanggung bayaran membersih jika Tuan Rumah
mengupah orang untuk membersihkannya apabila tempoh perjanjian
penyewaan ini tamat ataupunditamatkan mengikut syarat-syarat yang
terkandung dalam dalam perjanjian.

PERJANJIAN SEWA RUMAH [NAMA


8
PENYEWA]
Mukasurat |9

TANGGUNGJAWAB TUAN RUMAH:


1. Akan membayar bil elektrik, air, cukai pintu dan cukai tanah yang
dikenakan ke atas Rumah tersebut.

2. Membaiki sebarang kerosakan besar (MELEBIHI RM100.00) yang


menimpa ke atas Rumah tersebut yangmana ianya bukan disebabkan
oleh kelalaian dan juga memperbaiki apa-apakerosakan biasa yang
disebabkan oleh "Fair Wear dan Tear" dan Tuan
Rumahbertanggungjawab bagi mengawas dan mengurus segala kerja-
kerja pembaikan keatas rumah tersebut di sepanjang tempoh
penyewaan ini.

3. Tuan Rumah akan mengembalikan wang cagaran kepada penyewa pada


haripenghujung penyewaan ini tertakluk kepada syarat-syarat dimana
wang cagaranboleh digunakan oleh Tuan Rumah bagi menjelaskan sewa
rumah yang tertunggakdan/atau untuk perbelanjaan memperbaiki apa
jua kerosakan atau kemusnahandaripada perbuatan sengaja atau cuai
atau lalai pihak penyewa, kakitangan dan/atauwakilnya dan untuk
sebarang bayaran yang dikenakan ke atas penyewa mengikutsyarat-
syarat yang terkandung dalam perjanjian ini dan/atau perbelanjaan yang
ditanggung oleh tuan rumah untuk tujuan mengekalkan keadaan rumah
sepertikeadaan semasa perjanjian ini ditandatangani.

4. Memastikan langkah-langkah keselamatan rumah telah dibuat sebelum


Penyewamendiami Rumah seperti pemasangan jeriji besi, tombol pintu
dan tingkap berada dalamkeadaan baik, sistem pendawaian rumah dan
bekalan air boleh digunakan denganbaik dan selamat.

PERJANJIAN SEWA RUMAH [NAMA


9
PENYEWA]
M u k a s u r a t | 10

PERSETUJUAN TUAN RUMAH DAN PENYEWA:


1. Tuan Rumah hendaklah menyerah kunci rumah kepada penyewa selepas
penyewamembayar wang cagaran melainkan dipersetujui bersama oleh
kedua-dua pihak.

2. Sekiranya perjanjian tamat atau ditamatkan oleh Tuan Rumah atau


Penyewa,adalah menjadi tanggunjawab penyewa untuk menyerahkan
kunci rumah kepadaTuan Rumah atau wakilnya dengan segera.

3. Sekiranya sewa bulanan tidak dibayar serta menjadi tunggakan ke bulan


berikutnyamaka penyewa bertanggungjawab membayar pada tarikh
yang dipersetujui dandijanjikan dengan Tuan Rumah. Sekiranya tiada
bayaran diterima pada tarikh yang telah dipersetujui, wang cagaran
akan digunakan untuk membayar tunggakan tersebut dan Tuan Rumah
berhak untuk menamatkan perjanjian penyewaan ini.

4. Sekiranya penyewa berkehendakkan tempoh penyewaan diperbaharui


apabilatempoh sepertimana terkandung didalam perjanjian ini tamat
maka penyewamestilah mengemukakan notis bertulis kepada Tuan
Rumah tidak kurang dua (2)bulan sebelum tamat tempoh penyewaan
tersebut.

5. Tuan Rumah berhak untuk tidak memperbaharui tempoh penyewaan.

6. Tuan Rumah berhak untuk menamatkan tempoh penyewaan ini


sekiranya berlakuperlanggaran atau bila mana Tuan Rumah
berkehendakkan semula Rumah tersebutbagi apa-apa tujuan dengan
mengemukakan tidak kurang dari dua (2) bulannotisbertulis kepada
penyewa.

PERJANJIAN SEWA RUMAH [NAMA


10
PENYEWA]
M u k a s u r a t | 11

7. Penyewa berhak menamatkan penyewaan dengan memberi notis


bertulis tidakkurang dari satu (1) bulan kepada Tuan Rumah atau wang
cagaran tidak akan dikembalikan.

8. Penamatan oleh Penyewa tidak akan melepaskan penyewa dari


membayar kepadaTuan Rumah apa-apa bayaran yang tertunggak
seperti yang dinyatakan dalamperjanjian ini.

9. Sebarang pertikaian diantara Tuan Rumah dan Penyewa mengenai


PenyewaanRumah tersebut hendaklah diselesaikan secara aman dan
baik. Jika penyelesaiantidak dapat dicapai hendaklah diselesaikan
melalui timbangtara.

PADA MASA MENYAKSIKAN HAL-HAL DI ATAS pihak-pihak yang tersebut


dalam
perjanjian ini telah menurunkan di sini tandatangan mereka pada haribulan
dan tahun
yang tersebut di atas.

................................................................. .............................................................
.................... .......................

Tuan Rumah Penyewa/Ketua Rumah

Nama: Nama:

No. Kad Pengenalan: No. Kad Pengenalan:

Tarikh: Tarikh:

PERJANJIAN SEWA RUMAH [NAMA


11
PENYEWA]
M u k a s u r a t | 12

PERJANJIAN SEWA RUMAH [NAMA


12
PENYEWA]

Anda mungkin juga menyukai