Anda di halaman 1dari 3

SKRIP PERHIMPUNAN MINGGU KOKURIKULUM

* Semua murid meluruskan barisan dan berada dalam keadaan bersedia


untuk memulakan majlis perhimpunan.

A) Mengumumkan ketibaan, Tuan Haji Md. Sa`don bin Virdani, Guru


Besar SK SRI Labis, diiringi oleh guru penolong kanan.

B) Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ucapkan kepada Tuan


Haji Md. Sa`don bin Virdani, Guru Besar SK SRI Labis. Guru guru
penolong kanan, guru guru dan rakan rakan sekalian.

C) Berdiri tegak semua. Sekarang, bersama sama kita menyanyikan


lagu Bangsa Johor dan lagu Negaraku. Semua diminta bersedia.

D) Seterusnya, dijemput Tuan Guru Besar, Tuan Haji Md. Sa`don bin
Virdani / ……………………………………………………………………….
naik ke pentas untuk menerima laporan dari ketua unit.

E) Terima kasih cikgu. Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini,
marilah sama sama kita mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh
saudara …………………………………………………………………….

F) Sekarang, bersama sama kita, melafazkan IKRAR RUKUN NEGARA.


Angkat tangan kanan.
MAKA KAMI, RAKYAT MALAYSIA, BERIKRAR, AKAN
MENUMPUKAN, SELURUH TENAGA, DAN USAHA KAMI, UNTUK
MENCAPAI, CITA CITA TERSEBUT, BERDASARKAN, ATAS PRINSIP
PRINSIP YANG BERIKUT :

1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN
4) KEDAULATAN UNDANG UNDANG
5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN

G) Guru guru dipersilakan duduk. Murid murid diminta meluruskan


barisan, senang diri dan berada dalam keadaan senyap.

H) Seterusnya, dijemput guru bertugas pada minggu lepas ……………

……………………………………………….. Untuk menyampaikan laporan.


Dengan segala hormatnya dipersilakan.

I) Sekarang tibalah masanya, sama sama kita mendengar ucapan


daripada Tuan Guru Besar SK SRI Labis Tuan Haji Md. Sa`don bin
Virdani / Guru Penolong Kanan ……………………………………………

……………………………………………………………………………………
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

J) Terima kasih cikgu. Berdiri tegak semua, bersama samalah kita


nyanyikan Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku. Semua diminta
bersedia.
K) Terima kasih semua. Untuk makluman, guru yang bertugas pada
minggu ini ialah ………………………………………….. dan ……………

…………………………………………………………………

L) Seterusnya, sekali lagi dijemput, Tuan Guru Besar SK SRI Labis


Tuan Haji Md. Sa`don bin Virdani / ………………………………………

naik ke pentas untuk menerima tabik hormat keluar baris dari ketua unit.

M) Sekianlah sahaja perhimpunan kita pada pagi ini. Kita akhiri dengan
tasbih kifarah dan surah Al `Asr.

N) Murid murid boleh bergerak ke kelas masing masing mengikut


susunan barisan yang telah ditetapkan. Majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai