Anda di halaman 1dari 6

Script Emcee

Environmental Charity
Day

MC : Yanni Adriana Bt
Rusli
Mohd Noor Faqeh Bin
Bakar

[FAREWELL DINNER PART 5]


1) UCAPAN ALU-ALUAN
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Ingin rasa memakan kari,


Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan puan yang baik budi.

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Yang berbahagia Cik Siti Nur Adeib Bt Idris selaku Ketua Koordinator Fakulti Kejuruteraan
Kimia ,

Dan seterusnya kesemua pensyarah-pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia dan tidak lupa
juga pada semua pelajar- pelajar semester 5 dan semester 6 Fakulti Kejuruteraan Kimia.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Selamat datang sekali lagi kami ucapkan ke Majlis Perpisahan Pelajar Semester 5 Fakulti
Kejuruteraan Kimia. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua kerana sudi
hadir ke majlis ini.

2) BACAAN DOA

Bagi memakmurkan majlis, sukacita saya menjemput Mohd NorFahmy untuk memimpin
bacaaan doa.

Terima kasih atas bacan doa sebentar tadi

3) UCAPAN KOORDINATOR FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIA


Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Sekarang, tibalah saat saat yang dinantikan, saya menjemput Cik Siti Noor Adieb untuk
menyampaikan ucapan beliau sekali gus MERASMIKAN MAJLIS pada hari ini, dengan
segala hormatnya dipersilakan

4) Jemputan Makan
Sungguh indah bunga kemboja
Di bawah atap tepi halaman
Juadah sudah letak di meja
Sudilah santap tuan budiman

Maka tanpa melengahkan masa lagi, saya pasti tuan-tuan dan puan-puan sudah
berkeroncong jadi saya menjemput hadirin sekalian untuk menjamu selera. Makanan
telah disediakan di belakang bagi para pelajar. Jemput makan.

5) PERSEMBAHAN

Majlis diteruskan dengan persembahan istimewa yang dinanti-nantikan dari April dan Ikman.

Terima kasih diucapkan kepada April dan Ikman atas persembahan yang cukup menarik dan
bertenaga.

6) Cabutan Bertuah (L)

Sekarang majlis diteruskan dengan cabutan bertuah. Jadi untuk cabutan saya perlukan
seorang pelajar untuk cabut. Any volunteer atau saya pilih random.

Nama yang disebut sila tampil ke hadapan.

7) Ucapan Penasihat Akademik

Cempaka sari warisan sejati,


Menjadi kebanggaan seisi negeri,
Ucapan tuan memang dinanti,
Berilmu tinggi bijak bestari

Yang dinanti-nantikan, saya menjemput Encik Mohamad Bin Abdullah selaku penasihat
akademik kami selama 4 semester untuk memberi sepatah dua kata. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

8) Perembahan

Tanjung emas sudah ternama


Istana Johor di Kuala Danga
Persembahan nyanyian meneruskan acara
Sebagai halwa santapan telinga

Dengan itu saya menjemput Iqi dan Yanni .

9) Cabutan Bertuah (S)

Sekarang majlis diteruskan dengan cabutan bertuah. (lecturer cabut)


Nama yang disebut sila tampil ke hadapan.

10) Penyampaian Anugerah

Orang berbudi kita berbahasa


Orang memberi kita merasa
Berbudi tenang-tenangan
Hadiah diberi tanda ingatan

Majlis dengan ini sukacitanya meneruskan majlis dengan penyampaian anugerah.

a) Kategori pertama, ANUGERAH PENSYARAH PALING POPULAR

dan calon-calonnya (teks screen)

Jadi pemenang dengan undian yang tertinggi sebanyak _________ jatuh kepada
____________

Dengan sukacitanya dijemput _________ untuk menerima anugerah.

b) Majlis diteruskan dengan kategori kedua, ANUGERAH PENYSYARAH PALING


BERKALIBER

Calon-calonnya (teks)

Jadi pemenang dengan undian yang tertinggi sebanyak _________ jatuh kepada
____________

Dengan sukacitanya dijemput _________ untuk menerima anugerah.

c) Kategori terakhir adalah ANUGERAH PENSYARAH PALING SPORTING

Calon-calonnya (teks)

Jadi pemenang dengan undian yang tertinggi sebanyak _________ jatuh kepada
____________

Dengan sukacitanya dijemput _________ untuk menerima anugerah.

Maka selesailah sudah penyampaian anugerah bagi para pensyarah. Diharap hadiah-hadiah
itu dapat dijadikan sebagai kenangan dari kami.

Malis diteruskan lagi dengan menjemput Sir Imran untuk menyampaikan anugerah.

Seterusnya dijemput Sir Mohammad untuk menyampaikan anugerah.

Sekarang tibalah masa, acara yang ditunggu-tunggu iaitu anugerah king dan queen of the
night yang bertemakan Kingsmen Spy Agent. Pemenang dipilih berdasarkan undian yang
tertinggi oleh para juri di kalangan pensyarah dan pelajar yang hadir pada malam ini.
Keputusan telah berada di tangan saya. Berdebar pula rasanya. Baiklah tanpa melengahkan
masa pemenang bagi King of the night ialah _______________________. ***bagi hadiah
kpd pemenang** Oleh itu, Bagi anugerah queen of the night pula. Pemenangnya ialah
__________________________. ***bagi hadiah kpd pemenang** Tahniah diucapkan
kepada kedua-dua pemenang yang berjaya memikat hati semua.

11) Persembahan Montaj

Majlis diteruskan dengan persembahan montaj untuk merungkai kenangan-kenangan kita


selama 3 tahun bersama.

12) Cabutan Bertuah

(lecturer & student cabut)


- Duet student2

12) Ucapan Ketua Program

Majlis menjemput Ketua Program bagi Majlis Perpisahan Pelajar Semester 5 Fakulti
Kejuruteraan Kimia iaitu Ahmad Hariz Asyraaf untuk sampaikan ucapannya. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

13) Penyampaian Anugerah PA Terbaik

Sebelum saya akhiri majlis, izinkan saya menyampaikan anugerah terakhir pada malam ini
sebelum kita berpisah buat penasihat akademik kita yang telah banyak membantu kita
selama 4 semester dalam menjadikan kita orang yang berguna. Dengan segala hormatnya
dipersilakan En.Mohd BiN Abdullah untuk menerima hadiah daripada kami semua.

Ada tengah, ada tepinya


Ada pangkal, ada hujungnya
Ada hulu, ada muaranya
Ada laut, ada pantainya
Ada mula, ada akhirnya
Ada awal, ada penyudahnya
Dan kini Tamatlah majlis kita pada kali ini

Lantaran yang datang sudah mula mengadu keletihan, yang jauh sudah berbisik hari
semakin larut malam. Justeru itu saya ____________ dan saya ___________________
selaku pengaracara majlis anda pada malam ini menyusun jari maaf dipinta salah silap
harap dimaafi terkasar bahasa bergurau senda jangan disimpan di dalam hati. Ini sekadar
penghibur hati supaya menjadi kenangan yang abadi semoga persahabatan lebih tersimpul
rapi. Sehubungan itu, saya bagi pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
semua yang sudi menghadirkan diri menjayakan majlis pada malam ini. Saya bagi seluruh
warga kerja serta ahli jawatankuasa Majlis Perpisahan Pelajar Semester 5 Fakulti
Kejuruteraan Kimia memohon berbanyak-banyak kemaafan sekiranya terdapat sebarang
kekurangan dalam majlis ini. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah yang telah
mencipta kami dan yang buruk itu adalah daripada kami yang telah dicipta olehnya.
Sehingga Kita Bertemu Lagi Dalam Suatu Majlis Yang Lain, Assalammualaikum Dan
Selamat Malam. Wabillahi taufik wahidayah.wassalamualaikum wbt…
1.

Anda mungkin juga menyukai