Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA LAWATAN

Tajuk : LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE


ZOO NEGARA MALAYSIA
ANJURAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)
SK SUNGAI SIREH.

1.0 PENDAHULUAN

Sebagai menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam mengembangkan program Amalan Terbaik
Pengajaran dan Pembelajaran Program Pendidikan Khas (PPKI), SK Sungai Sireh menganjurkan program
lawatan sambil belajar ke Zoo Negara Malaysia. Lawatan ini seiring dengan strategi pengajaran dan
pembelajaran sebagai satu pendedahan dengan hidupan haiwan yang sebenar bersesuaian dengan tahap
perkembangan murid Pendidikan Khas.

2.0 RASIONAL

Melalui aktiviti ini, murid Pendidikan Khas bersifat ceria dan santai diselit elemen akademik di mana mereka
dapat menimba pengalaman tentang hidupan haiwan yang sebenar selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas
yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari mampu
merancang dan mengurus kehidupan serta menyedari potensi seseorang individu dan diri sendiri sebagai ahli
masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

3.0 MATLAMAT

Lawatan ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada murid mengenai pelbagai fakta menarik tentang
aspek kehidupan alam semula jadi dan menimbulkan minat murid terhadap bidang Sains dengan lebih
mendalam. Ia juga memberi pengalaman sebenar kepada murid dan melihat dengan sendiri alam flora dan
fauna.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Menanam apresiasi alam dan kehidupan dalam diri murid.


4.2 Menambah pengetahuan dan kesedaran tentang kepelbagaian jenis, habitat, dan taburan haiwan yang
mendiami alam ini.
4.3 Memberi pendedahan mengenai aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah.
4.4 Meningkatkan pengetahuan murid tentang alam semula jadi.
4.5 Memupuk minat belajar dan semangat ingin tahu mengenai hidupan liar.
4.6 Menyayangi dan menghargai keindahan alam semula jadi.
5.0 PELAKSANAAN

5.1 Tarikh lawatan dan Hari : 05 Oktober 2022, Rabu


5.2 Tempat : Zoo Negara Malaysia
5.3 Bilangan Peserta : 44 orang
5.4 Bilangan Guru : 12 orang (9 guru, 3 PPM)
5.5 Negeri Yang Dilawati : Selangor

6.0 KUMPULAN SASARAN

Program Lawatan sambil belajar ini melibatkan 44 orang peserta, merangkumi 25 orang murid Pendidikan
Khas SK Sungai Sireh, 9 orang guru Pendidikan Khas dan 3 orang Pembantu Pengurusan Murid serta 7
orang penjaga.

7.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : En. Nor Mahali bin Mohd Torman


Tim. Pengerusi : Pn. Zaiton bt Ramli
Penyelaras : Pn. Jurina bt Mat Rashid
Setiausaha : Pn. Faridah binti Sabar
Bendahari : En. Md Yunus bin Sarimun
Ahli Jawatankuasa : 1. Pn. Norlida bt Samsuddin
2. En. Rohimi bin Sulaiman
3. Pn.Jamilah bt Tummen
4. Pn. Fadzillah bt Ismail

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Pn. Hjh. Zaiton bt Ramli


Tim. Pengerusi : Pn. Fadzillah bt Ismail
Penyelaras : Pn. Jurina bt Mat Rashid
Setiausaha : Pn. Faridah binti Sabar
Bendahari : En. Md Yunus bin Sarimun
Ahli Jawatankuasa : 1. Pn. Norlida bt Samsuddin
2. En. Rohimi bin Sulaiman
3. Pn. Jamilah bt Tummen
4. Pn. Husnamilah bt Ahmad
5. Pn. Wahyuza bt Kamaruddin
6. Pn. Siti Salwa bt Adzhari
7. En. Mohamad Hafiy bin Hashim
9.0 PENGISIAN PROGRAM

9.1 05.10.2022 (Rabu)

7.00 pagi : Berkumpul & taklimat di SK Sungai Sireh

7.30 pagi : Bertolak ke Zoo Negara Malaysia

8.15 pagi : Sarapan di RnR Kundang

10.00 pagi : Tiba di Zoo Negara Malaysia

10.30 pagi : Taklimat Pihak Pengurusan Zoo Negara Malaysia

11.00 pagi : Lawatan sekitar Zoo Negara Malaysia

3.00 petang : Bertolak pulang ke SK Sungai Sireh

5.00 petang : Tiba di SK Sungai Sireh

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

10.1 Tambang 25 orang pelajar X RM. 40 = RM. 1000

10.2 Penginapan orang pelajar X RM. = RM ________________

10.3 Makan 25 orang pelajar X RM. 50 = RM 1250

10.4 Lain-lain bayaran 25 orang pelajar X RM. 10 = RM. 250


(Tram)

JUMLAH BESAR RM. 2500


11.0 PENUTUP

Melalui aktiviti yang dijalankan, pihak sekolah khususnya Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Sungai
Sireh berharap murid-murid Pendidikan Khas mendapat manfaat dan input berguna berdasarkan pembelajaran
dalam persekitaran yang lebih luas dan melihat sendiri kehidupan haiwan yang sebenar. Adalah diharapkan dengan
pengalaman dan keseronokan yang dialami melalui Program Lawatan Sambil Belajar ini, murid-murid dapat
membina interaksi sosial yang baik dalam pergaulan, disamping menyuburkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

Disediakan oleh Disahkan oleh

…………………………………. ………………………………………
(Pn. Faridah binti Sabar ) (En. Nor Mahali bin Mohd Torman )
Setiausaha Program Lawatan Pengetua/Guru Besar
Sek Keb Sungai Sireh Sek Keb Sungai Sireh
Tanjong Karang, Selangor Tanjong Karang,Selangor

Nota: Cetakan komputer ini tidak memerlukan tandatangan.

Anda mungkin juga menyukai