Anda di halaman 1dari 6

SK BATU EMPAT (1), JALAN IPOH,

51200 KUALA LUMPUR

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


(PPKI)
SK BATU EMPAT (1)

KERTAS KERJA
LAWATAN AKADEMIK

TEMPAT
PETROSAINS THE DISCOVERY CENTRE
SURIA KLCC, KUALA LUMPUR

TARIKH
14 MAC 2013 (KHAMIS)

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR


KE PETROSAINS THE DISCOVERY CENTRE, SURIA KLCC KUALA LUMPUR
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SK BATU EMPAT (1), JALAN IPOH
51200 KUALA LUMPUR

PENDAHULUAN

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Batu Empat (1) Jalan Ipoh, Kuala
Lumpur telah ditubuhkan pada tahun 1991 dan merupakan program pencantuman murid-murid yang
bermasalah di dalam pembelajaran.
Murid-murid yang mengikuti program ini adalah terdiri daripada kanak-kanak yang bermasalah
seperti Autisme, Down’s Syndrome, Perkembangan Lewat, Celebral Palsy, Kurang Daya Pendengaran,
Tertencat Akal, Slow Learner, Masalah Pertuturan, Hyperaktif (ADHD) dan sebagainya.
Lawatan ini merupakan salah satu aktiviti tahunan bagi murid-murid Program Pendidikan Khas
Integrasi ini. Ia merupakan salah satu daripada bidang akademik iaitu bidang riadah, sosial dan kreativiti.
Aktiviti ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang kemajuan dunia sains
dan teknologi terkini dan pengetahuan tentang angkasa lepas. Di samping itu juga dapat memberi
keyakinan diri dan kegembiraan kepada mereka meneroka ke dunia angkasa dengan lebih dekat lagi.
Sebelum ini kita semua maklum bahawa murid hanya melihat program-program mengenai
maklumat dan kemajuan dunia sains di rumah sahaja melalui kaca televisyen dan kemudahan internet
sahaja. Dengan adanya lawatan sebegini murid akan lebih memahami dan mendalami tentang
pengetahuan baru khususnya dalam penerokaan sains interaktif bertaraf dunia ini. Selain menyeronokkan,
pendekatan ini boleh meningkatkan keupayaan kognitif dan memupuk minat serta dapat meningkatkan
kesedaran sains, penguasaan psikomotor, kemahiran berfikir serta mengendalikan emosi murid itu sendiri.
Malah melalui konsep “hands-on, minds-on dan hearts-on” ia dapat memupuk insane yang mengamalkan
pembelajaran sepanjang hayat.
Lawatan ke Petrosain juga dapat mendedahkan murid tentang hasil rekacpta dan inovasi para
saintis Islam dalam bidang perubatan, penerbangan, seni bina, kejuruteraan, eksplorasi dan sebagainya
yang tidak pernah diketahui dan dipelajari sebelum ini. Disamping itu, program ini dapat menjalinkan
hubungan baik antara kanak-kanak, ibu bapa dan guru-guru serta masyarakat ke arah keprihatinan kepada
golongan istimewa ini.
Lawatan ini merupakan satu kegiatan beriadah untuk melepaskan penat lelah semasa belajar
serta dapat memberi pengalaman sebenar kepada murid-murid untuk menghadapi kehidupan seperti
kanak-kanak biasa yang lain.

RASIONAL
Memupuk minat murid-murid untuk mencintai dan meneroka dunia sains dan inovasi.
Membantu murid-murid menimba pengetahuan tentang dunia sains melalui pameran-
pameran yang diadakan.
Mewujudkan hubungan lebih akrab di antara anak istimewa ini dengan ahli keluarganya,
guru-guru dan masyarakat melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Memberi peluang kanak-kanak istimewa ini melibatkan diri dalam aktiviti sosial dalam
masyarakat global.
Membantu meningkatkan daya pemikiran kanak-kanak istimewa supaya dapat berfikir
dengan lebih kreatif.
Murid juga perlu didedahkan dengan dunia sebenar di mana sebelum ini mereka melihat
dan mendengar melalui radio dan menonton televisyen di rumah sahaja.

OBJEKTIF

Menimbulkan minat kanak-kanak istimewa ini untuk mencintai dan meneroka dunia sains
dan inovasi.
Murid boleh dilatih supaya lebih berdikari dan berdisiplin ketika berada di tempat-tempat
awam.
Murid dapat menimba pengetahuan baru tentang kemajuan teknologi sains interaktif.
Membantu kanak-kanak istimewa ini mengikis perasaan rendah diri dan rasa malu dalam
masyarakat.
Membantu meningkatkan kemahiran komunikasi kanak-kanak istimewa melalui pergaulan
luas dengan masyarakat luar mahu pun di kalangan golongan yang profesional.
Memberi peluang kepada kanak-kanak istimewa ini menceritakan semula pengalaman
yang diperolehi sepanjang lawatan.

Ahli Jawatankuasa

AJK Lawatan
Penaung : En. Dzulkifli B. Abd Jalil ( Pemangku Guru Besar)
Penasihat : Pn Norunnisa Bt Abdullah (GPK Pend.Khas)
Setiausaha : Pn. Roslinda Bt Hassan ( Guru Lawatan)
Bendahari : Pn. Norunnisa Bt Abdullah ( Bendahari Biro PPKI)
JAWATANKUASA KERJA
PENGANGKUTAN KESELAMATAN DISIPLIN MURID
& KESELAMATAN  Pn. Idazura bt  Pn. Dalila bt Tajuddin
Mohamed Sahari  Cik Nor Zahilah bt Che
 Pn. Norunnisa bt Abdullah
 Pn. Noraini bti Saim Harun
 Pn. Suriati bt Cheek Saat
 Pn. Shahlawati bt Abdul  Cik Maslina bt Mat
 Pn. Halimah bt Hashim
Wahid Yatim
 Pn. Aida Bt Ismai  Pn. Noor Huda bt Mohd
 Pn. Suziana bt Ismail Rashid
 Cik Nor Hartini bt Abdul  Pn. Norliana bt Ismail
Rahman  Pn. Norfahimah bt
Mohamad Nor
DOKUMENTASI LAWATAN & JURUGAMBAR
 Pn. Roslinda bt Hassan
 Pn. Rosliza bt Mohamed Yusoff

Angaran perbelanjaan

Perkara Jumlah

Penerimaan Murid : 32 orang x RM 2.50 RM80.00

Guru & PPM: 12 orang x RM 15.00 RM180.00

JUMLAH KESELURUHAN RM260.00

Perbelanjaan Sewa Bas RM300.00

Bayaran masuk RM260.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 560.00

TEMPAT PROGRAM

Tarikh : 14 MAC 2013


Hari : Khamis
Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat : Petrosains The Discovery Centre,Suria KLCC Kuala Lumpur

Bilangan Peserta

Peserta Bilangan
Murid – murid 32 orang
Guru-guru 10 orang
Pembantu Pengurusan Murid 2 orang
Jumlah 44 orang

TENTATIF PROGRAM

Waktu Perkara

7.30 pagi Berkumpul di sekolah

8.30 pagi Bertolak ke Petrosains, Suria KLCC

9.00 pagi Tiba di Petrosains


- Lawatan di sekitar tapak pameran
- Pelbagai aktiviti disediakan

12.30 tengahari Bertolak Balik Ke Sekolah

1.00 petang Sampai di Sekolah & Pulang ke Rumah

Penutup=
Dengan keprihatinan dan sokongan semua pihak guru, ibu bapa dan pihak
sekolah adalah diharapkan program ini akan berjalan dengan lancar dan dapat
dilaksanakan dengan jayanya.
Semoga aktiviti yang dijalankan ini memberi kegembiraan kepada murid-murid
PPKI dan ia akan dijadikan sebagai pendorong untuk berjaya pada masa akan
datang.
Akhir kata kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang
diberikan.

KANAK-KANAK ISTIMEWA KEPERIHATINAN KAMI

Disediakan oleh, Disemak oleh,

........................................................ .........................................................

(PN ROSLINDA BT HASSAN) ( PN. NORUNNISA BT ABDULLAH)


Guru Lawatan , Guru Penolong Kanan Pend. Khas,
SK Batu Empat (1), Jalan Ipoh SK Batu Empat (1), Jalan Ipoh
52100 Kuala Lumpur. 52100 Kuala Lumpur.

Disahkan oleh,

…………………………………………

(EN. DZULKIFLI B ABD JALIL)


Pemangku Guru Besar,
SK. Batu Empat (1),Jalan Ipoh,
51200 Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai