Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

REHAT MINDA
PULAU MUTIARA
TEMPAT:

MUZIUM TERBALIK
MUZIUM 3D
PENANG TIME TUNNEL
FORT CORNWALLES

TARIKH
29 SEPTEMBER 2016

ANJURAN
UNIT LAWATAN SK KONGSI
PROGRAM REHAT MINDA

1. RASIONAL
1.1 Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang tempat-tempat
menarik di Pulau Pinang.
1.2 Murid dari luar bandar perlu didedahkan kepada dunia luar
melalui aktiviti lawatan.
1.3 Sekolah bertanggungjawab melaksanakan serta menanam
konsep lawatan dalam negeri dengan tujuan untuk memberikan
pengalaman kepada murid.
1.4 Murid dapat mengenali dan menikmati keindahan alam di
Malaysia.

2. MATLAMAT
2.1 Melahirkan generasi yang celik minda dan tidak ketinggalan seiring
dengan kemajuan dalam pendidikan Negara kita.

3. OBJEKTIF
3.1 Menimba pengetahuan ilmu sejarah dan menghubungkaitkan dengan
kehidupan.
3.2 Menyediakan murid dengan peluang untuk mendapat
pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah dan menjadikan
pembelajaran dan pengalaman yang lebih bermakna dan menarik.
3.3 Memperkembangkan kemahiran bahasa untuk berkomunikasi,
berinteraksi dan bersosialisasi dengan masyarakat.
3.4 Membentuk tingkah laku dan sikap murid untuk lebih berdaya saing.
3.5 Program riadah untuk murid-murid rehatkan minda .

4 PELAKSANAAN PROGRAM

4.1 Tarikh : 29 September 2016


4.2 Masa : 8.00 pagi 5.00 petang
4.3 Tempat : Muzium Terbalik, Muzium 3D, Penang Time Tunnel, Fort
Cornwalles.
5. KUMPULAN SASARAN

5.1 35 Orang murid ( Murid Tahun 4,5 dan 6)


5.2 3 orang guru pengiring

6. JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : En. Hashimi Bin Shahabudin
Guru Besar
Timbalan Pengerusi : Puan Nahimah Binti Ijon
GPK Kurikulum
Naib Pengerusi : Pn Isma Sharni Bt Mohd Saad
GPK HEM
Encik Roslan
GPK Kokurikulum
Setiausaha : Pn. Nur Adzelinda Bt Rosmi
Bendahari : Pn. Norlida Bt Saad
AJK : Puan Syakirah Bt Sanusi
Pn Siti Nor Haliza Bt Samsuri

7. JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : En. Hashimi Bin Shahabudin


Guru Besar
Timbalan Pengerusi : Puan Nahimah Binti Ijon
GPK Kurikulum
Naib Pengerusi : Pn Isma Sharni Bt Mohd Saad
GPK HEM
Encik Roslan
GPK Kokurikulum
Setiausaha : Pn. Nur Adzelinda Bt Rosmi
Bendahari : Pn. Norlida Bt Saad
Disiplin dan Keselamatan : Cik Nur Aisyah Binti Adnan
Makan dan Minum : Pn. Rosimah Binti Abdul Rahman
Kuiz / Hadiah : Cik Azlina Bt Zainol
Dokumentasi / Fotografi : Pn. Firza Bt Isa

8. TENTATIF PROGRAM
TARIKH MASA PERKARA
7.30 pagi Peserta rombongan berkumpul di Dewan SK Kongsi
Pembahagian kumpulan
Taklimat oleh guru
7.45 pagi Sarapan di kantin
8.00 pagi Bertolak ke Muzium 3D
9.00 pagi Tiba di Muzium Negeri & Galeri Kesenian Pulau
Pinang
9.05 pagi Taklimat mengenai Muzium 3D
9.30 pagi Murid menjelajah sekitar kawasan muzium sambil
membuat catatan ringkas
29 11.30 pgi Makan Tengah hari
September 1.30 tengah hari Solat di Masjid
2016 2.00 petang Bergerak ke Muzium Terbalik
2.15 petang Taklimat mengenai Muzium Terbalik
2.30 Murid menjelajah sekitar kawasan muzium sambil
membuat catatan ringkas
3.15 petang Bergerak ke Penang Time Tunnel
3.30 petang Taklimat mengenai Penang Time Tunnel
3.40 petang Murid menjelajah sekitar Penang Time Tunnel.
4.15 petang Bergerak ke Fort Cornwalles
4.30 petang Murid melawat sekitar Fort Cornwalles.
5.00 petang Bergerak pulang ke SK Kongsi
6.00 petang Dijangka Tiba di SK Kongsi

9. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil SUMBER ( RM ) PERBELANJAAN JUMLAH


1 KUTIPAN DARI RM700 SEWA BAS RM 350.00
MURID
(RM20X 35)
2 (RM10X35) 350.00 MAKAN / MINUM RM 350.00

Jumlah RM 700.00

10. PENUTUP
Pihak kami berharap agar objektif Program Rehat Minda ini dapat direalisasikan dengan
sebaik-baiknya. Diharap juga murid-murid dapat mewarisi amalan lawatan sambil
belajar yang baik dan berfaedah serta dapat melahirkan pemimpin yang berkaliber dan
dapat menerajui generasi muda yang akan datang dalam menghadapi cabaran-cabaran
alaf baru. Akhir sekali diharapkan lawatan sambil belajar ini mendapat keberkatan
daripada Allah S.W.T.

CEMERLANG,GEMILANG DAN TERBILANG

Disediakan oleh :

_________________________________
(PUAN NUR ADZELINDA BINTI ROSMI)
S/U Program
Unit Lawatan Sambil Belajar SK Kongsi

Disahkan oleh :

______________________________

Anda mungkin juga menyukai