Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID TAHUN ENAM DAN MURID

PRASEKOLAH SK SUANG PUNGGOR KE PETROSAINS DAN MUZIUM MARIN.

1. RASIONAL

Program Lawatan Sambil Belajar dianjurkan untuk murid-murid prasekolah bagi memberi
pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna dengan membawa murid ke situasi sebenar
sesuatu tempat atau lokasi. Program seperti ini dapat member peluang kepada murid
menggunakan keseluruhan deria meeka untuk belajar dalam suasana yang menyeronokkan
dan menarik.

2. MATLAMAT

2.1 Menambah ilmu pengetahuan mengenai alam sekitar, tumbuh-tumbuhan dan


haiwan.

2.2 Memperoleh pelbagai pengalaman pembelajaran melalui program lawatan tersebut.

2.3 Menggalakkan murid untuk berfikir secara lebih kreatif

3. OBJEKTIF

3.1 Murid-murid dapat memperkembangkan kemahiran berfikir melalui pengalaman


semasa menyertai aktiviti lawatan.

3.2 Murid-murid dapat meningkatkan kemahiran sosial melalui program yang dijalankan.

3.3 Memberi peluang kepada murid untuk meneroka persekitaran melalui pengalaman
sebenar.

4. SASARAN

39 murid tahun 6

25 orang murid

25 orang ibu / bapa prasekolah

6 orang guru
5. PELAKSANAAN

5.1 Tarikh / Hari : 16 November 2017 ( Khamis)

5.2 Masa : 6.00 pagi – 5.00 petang

5.3 Tempat :

1. Petrosains, Perpustakaan Negeri Sabah


2. Tanjung Lipat,Likas (persinggahan untuk rehat dan makan)
3. Marine Museum, Universiti Malaysia Sabah

6. AHLI JAWATANKUASA INDUK PROGRAM

Pengerusi : En. Zanaim Anjil (Guru Besar)

N. Pengerusi : Pn. Midah Bar (GPK 1)

En. Jukli Lamsin (GPK HEM)

En. Abdullah Atoh (GPK KOKUM)

Setiausaha : Pn. Redzana Laugan (Guru Prasekolah)

Bendahari : Pn Juli Munap ( Bendahari PIBG Pra)

7. KEWANGAN

Pendapatan

95 orang peserta x RM 25 = RM2375

JUMLAH : RM 2375

Perbelanjaan

Sewa Bas – RM2000

Makan dan minum – Disediakan murid-murid dan ibu bapa prasekolah masing-masing.

Tiket – RM375

JUMLAH : RM2375
8. TENTATIF PROGRAM

7.00 pagi: Bergerak ke Marine Museum, University Malaysia Sabah

8.30 pagi: Tiba di Marine Museum

11.30 pagi: Bergerak ke tempat persinggahan Tanjung Lipat, Likas

12.00 tgh: Makan Tengahari, Solat Zuhur

1.30 ptg: Bertolak ke Petrosains, Perpustakaan Negeri Sabah

4.00 ptg : Pulang ke Kota Belud

9. PENUTUP

Adalah dengan ini diharapkan agar program lawatan ini dapat menjadi pemangkin kepada
usaha ke arah memperkembangkan minda murid-murid prasekolah. Dengan adanya
program ini, sekaligus akan dapat menjadi satu wadah untuk meneruskan misi
kecemerlangan murid secara menyeluruh.

Disediakan:
................................................
(REDZANA Binti LAUGAN)
Guru Prasekolah,
SK Suang Punggor,
89158 Kota Belud,
Sabah.

Disahkan oleh:

................................................
(ZANAIM ANJIL)
Guru Besar,
SK Suang Punggor,
89158 Kota Belud,
Sabah.

Anda mungkin juga menyukai