Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SHAH ALAM,

SELANGOR

TARIKH : 13 MAC 2014 (KHAMIS)
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 2.00 PETANG
TEMPAT :
PERPUSTAKAAN RAJA TUN UDA, SHAH ALAM
i-CITY SHAH ALAM

ANJURAN : KELAB PENDIDIKAN SENI VISUAL
DAN PANITIA SENI
1. TAJUK PROGRAM
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SHAH ALAM

2. PENGENALAN

Program Lawatan Sambil Belajar ke Shah Alam, Selangor ini merupakan satu aktiviti
yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang ilmu sains
perpustakaan di Perpustakaan Negara Malaysia.

Aktiviti ini melibatkan 40 orang murid Tahun 3,4,5 dan disertai oleh 4 orang guru
pengiring. Dengan adanya program seperti ini ia dapat menyediakan pendekatan proses
pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian
dengan keupayaan serta kebolehan murid.

Selain itu, lawatan sambil belajar ini juga selaras dengan Kementerian Pendidikan
Malaysia yang mahukan setiap murid menghadiri aktiviti luar bilik darjah yang sesuai
untuk memberikan pemahaman dan pengetahuan berkaitan ilmu sejarah dan sains
perpustakaan.

3. MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cemerlang,
beriman, berakhlak mulia dan berketerampilan selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020.

4. OBJEKTIF
Mendedahkan murid-murid kepada sejarah awal penubuhan Perpustakaan
Negara.
Menimba pengetahuan ilmu sains perpustakaan.
Menyediakan diri murid peluang untuk mendapat pengalaman pembelajaran di
luar bilik darjah dan menjadikan pembelajaran dan pengalaman yang lebih bermakna
dan menarik.
Memperkembangkan kemahiran bahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan
bersosialisasi dengan masyarakat.
Membentuk tingkah laku dan sikap murid untuk lebih berdaya saing.

5.JAWATANKUASA LAWATAN
Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :

Penasihat : Puan Che Norizam Binti
Abdullah Guru Besar
Pengerusi : Encik Mohd Ali Bin Kasmun
GPK Tadbir dan Kurikulum
Naib Pengerusi : Pn Nor Shafina Bt Yasak GPK HEM
Pn Norsilah Binti Dali GPK Kokurikulum
Pn Tanma a/p Rajasegaran Penyelia Petang
Penyelaras : Cik Norhazalina Binti Hashim
Bendahari : Pn Nor Asiah Binti Bidin
Disiplin : Encik Mohd Hafiz Bin Saad
Jurukamera : Encik Zulkifli Bin Saad
Dokumentasi : Cik Norhazalina Binti Hashim
6. TARIKH LAWATAN
13 Mac 2014 Khamis
7. TEMPAT LAWATAN
Perpustakaan Negara Malaysia
8. KUMPULAN SASARAN
Murid-murid Tahun 3, 4, dan 5 : 40 orang
Guru : 4 orang
9. TENTATIF PROGRAM LAWATAN
BIL MASA PERKARA CATATAN
1.

7.45 pagi Peserta rombongan berkumpul di
Dewan SK Bangsar
- Pembahagian kumpulan
- Taklimat oleh guru

Mendengar
taklimat
2. 8.15 pagi Sarapan di kantin


3. 8.45 pagi Bertolak ke Perpustakaan Negara
Malaysia


4. 9.45 pagi Tiba di Perpustakaan Negara
Malaysia


5. 10.00 pagi Taklimat mengenai Perpustakaan
Negara Malaysia

Catatan
dibuat oleh
peserta
6. 10.30 pagi Melawat bahagian
- Remaja dan dewasa
- Rujukan

Literasi
Maklumat
7. 11.00 pagi Melawat Bahagian
-Perpustakaan Kanak-kanak
- Sesi soal jawab

Literasi
Maklumat
8. 12.00 tengah hari Jamuan


9. 12.30 tengah hari Sesi Fotografi


10. 1.00 petang Pulang ke SK Bangsar


11. 2.00 petang Dijangka tiba ke SK Bangsar



10. BAJET
10.1 Kutipan bayaran murid 40 XRM15.00 RM 600.00
10.2 Peruntukan kokurikulum dan Wang Panjar Runcit RM 385.00
Jumlah RM 985.00
Bil Perkara Perbelanjaan Peruntukan Jumlah
1 Sewa bas 1 bas X RM 300.00

Bayaran murid RM 300.00
2 Makanan
dan minuman
Murid
RM5.00 X 40 orang
=RM200.00

Bayaran murid RM 200.00
3 Hadiah
1 kumpulan
10 0rang murid
Tempat 1 - RM 100.00
= RM 100.00
Tempat 2 - RM 90.00
= RM 90.00
Tempat 3 - RM 80.00
= RM 80.00
Tempat 4 -RM 70.00
= RM 70.00
Kokurikulum RM 340.00

5. Gambar RM 30.00 Panjar wang
Runcit

RM 30.00
6. Dokumentasi RM 15.00 Panjar wang
Runcit

RM 15.00
7. Pelbagai RM 100.00 Bayaran murid

RM 100.00
Jumlah RM 985.00

11.0 PENUTUP
Pihak kami berharap agar objektif lawatan sambil belajar ini dapat direalisasikan dengan
sebaik-baiknya. Diharap juga murid-murid dapat mewarisi amalan lawatan sambil belajar
yang baik dan berfaedah serta dapat melahirkan pemimpin yang berkaliber dan dapat
menerajui generasi muda yang akan datang dalam menghadapi cabara-cabaran alaf
baru. Akhir sekali diharapkan lawatan sambil belajar ini mendapat keberkatan daripada
Allah S.W.T.

CEMERLANG,GEMILANG DAN TERBILANG

Anda mungkin juga menyukai