Anda di halaman 1dari 1

JENIS-JENIS BAKAT

Secara amnya, minat/ bakat/kemahiran kita boleh dikategorikan kepada beberapa jenis:

A. Realistik (Realistic) Berkemahiran dalam athletic dan mekanikal. Mereka ini suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Juga berminat
bekerja di dalam situasi out door berbanding di dalam pejabat

B. Siasatan (Investigative) Amat berminat dengan pemerhatian, mempelajari, menyelidik, menganalisa, menilai dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan serta
berkamahiran dalam bidang saintifik dan matematik serta meminati kerjaya-kerjaya bercorak teknikal

C. Kesenian (Artistic) Memiliki kebolehan kesenian, sangat kreatif dan berinovasi. Juga mempunyai kebolehan intusi dimana suka bekerja di dalam situasi tidak atau kurang
berstruktur. Dalam ertika bebas kerana tidak minat dan tidak suka bekerja di dalam keadaan yang rutin atau berulang-ulang. Sentiasa menggunakan daya imiginasi dan daya
kreativiti.

D. Sosial (Social) Suka bekerja dan beinteraksi sesama manusia. Suka memberitahu, menolong, melatih, memperkembang, mengubati dan membuat kerja-kerja kebajikan
untuk orang lain. Berkemahiran menggunakan tutur kata serta mahir dalam komunikasi dan mempunyai matlamat, terutamanya adalah membuat kebajikan.

E. Berdaya Usaha (Enterprising) Suka dan minat bekerja dan berinteraksi sesama manusia. Berminat dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin dan menguruskan orang
lain juga mahir dalam memanipulasi. Namun matlamatnya adalah bagi mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.

F. Konvensional / Kelaziman (Conventional)-Suka bekerja dengan data dan nombor. Mereka ini mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian serta mempunyai
kebolehan dam kemahiran dalam menggunakan nombor dan melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur dan mengikut arahan.

Anda mungkin juga menyukai