Anda di halaman 1dari 5

KERTAS CADANGAN

PROGRAM LAWATAN TERAPI MINDA PPKI 2024


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK SERI GELIGA

YBrs. GURU BESAR SK SERI GELIGA

PROGRAM LAWATAN TERAPI MINDA

_______________________________________________________
2. PENGENALAN

Murid-murid pendidkan khas memerlukan terapi sebagai satu persediaan untuk menghadapi
pembelajaran dari aspek mental, fizikal, emosi dan sosiolisasi. Mereka perlu mendapat rangsangan
untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran yang akan diajar. Terapi fizikal ini
mampu meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor. Selain
daripada itu ianya juga mampu merangsang pengaliran darah dan oksigen ke seluruh anggota
badan. Terapi fizikal turut merupakan motivasi kepada mereka dalam membina konsep kendiri
yang lebih positif. Rangsangan-rangsangan ini akan mampu membina keperluan murid-murid
pendidikan khas ke arah keseimbangan yang menyeluruh bagi menyediakan mereka kepada
kehidupan yang bermakna.

Dalam konteks pendidikan terapi didefinisikan sebagai kaedah untuk membantu seseorang
individu untuk bergerak balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran-kemahiran yang tertentu.
Terapi dalam pendidikan khas adalah didasari dari konsep kepelbagaian kategori individu
berkeperluan khas. Murid-murid pendidikan khas berkeperluan khas mempunyai sama ada
ketidakupayaan, kecacatan halangan atau rintangan utnuk mencapai perkembangan dari segi
kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Sehubungan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-
murid bermasalah pembelajaran mencapai perkembangan yang tersebut di atas. Terapi dalam
pendidikan khas adalah satu kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran dari
satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi.

Justeru, lawatan sosial merupakan satu daripada aktiviti luar bilik darjah dimana para
pelajar dapat mempraktikkan segala kemahiran komunikasi dan sosial dengan masyarakat luar
yang telah mereka pelajari di dalam bilik darjah. Aktiviti-aktiviti sebegini dapat memberi
pengalaman baru kepada para pelajar mahupun guru-guru dalam meningkatkan ilmu
pengetahuan sedia ada. Mereka juga dapat berkomunikasi dengan masyarakat luar daripada
keluarga dan persekitaran sekolah.

Program lawatan sosial ini merupakan satu program yang dapat menarik minat murid dan
amat berguna untuk mengembangkan minda mereka di samping menjadi asas untuk membina
keyakinan diri dalam menghadapi pelbagai situasi. Sehubungan dengan itu, kami guru-guru
Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran SK Seri Geliga, Kemaman,
Terengganu merancang untuk menganjurkan program lawatan terapi cara kerja ke Johor, Melaka
dan Kuala Lumpur.

3. OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Memberi pendedahan dan pengalaman kepada murid berkeperluan khas


masalah pembelajaran melawat bersama rakan-rakan guru.
3.2 Meningkatkan kemahiran pengamatan dan kesedaran tentang kepelbagaian
kemudahan dan prasarana yang terdapat pada persekitaran luar mereka

3.3 Memupuk sikap bekerjasama, tolong menolong serta saling hormat menghormati
semasa aktiviti berlangsung secara berpasukan
3.4 Meningkatkan penggunaan anggota fizikal motor halus dan motor kasar murid
3.5 Mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosi
3.6 Merangsang pertuturan dan komunikasi

4. KUMPULAN SASAR

4.1 69 orang murid pendidikan khas masalah pembelajaran (pelbagai kategori)


4.2 14 orang guru
4.3 4 orang pembantu pengurusan murid

5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM


9 JANUARI 2024 (SELASA)
2.00 petang Berkumpul di SKSG dan bertolak ke Johor Bharu
11:00 malam Dijangka tiba di SSTP Mutiara Rini Johor Bharu
10 JANUARI 2024 ( RABU)
8.00-10.00 pg Melawat Persatuan Cerebal Palsy Johor
10.00 pg Muzium Nanas, Pontian
11.00 pg Aktiviti briswalk di Taman Negara Tg. Piai, Kukup
2.00 ptg Makan tengahari dan solat di Kopi Tenggek, Tg Piai
4.00 ptg-8.00 mlm Berehat di SSTP Mutiara Rini Johor Bharu
8.00-10.00 mlm Makan malam di Johor Bharu
11 JANUARI 2024 (KHAMIS)
6.00-7.30 pg Bersihkan diri, solat
7.30-8.00 pg Sarapan dan bertolak ke Melaka
8.00 pg-12.00 tghri Dijangka tiba Melaka
11.00 pg-3.00 ptg A Famosa Safari Wonderland (Elephants Encounters, Multi Animal
Fun Time, Color of The Birds, Wild Wild West Show)
3.00-7.00 ptg Lawatan sekitar Bandar Hilir- Menara Taming Sari, Dataran
Pahlawan, Jonker Walk World Heritage Park, Dutch Square (Red
Square) The Stadhyus, Muzium Istana Kesultanan Muzim Melaka,
Upside Down House, Tan Beng Swee Clock Tower, Muzium
Samudera, Kota A Famosa, Queen Victoria’s Fountain
7.00-9.00 mlm Makan malam di sekitar Dataran Pahlawan
9.00 mlm Check in apartment, solat, mandi dan rehat
12 JANUARI 2024 (JUMAAT)
6.00-7.30 pg Bersihkan diri, solat, check out Apartment, bertolak ke Kuala
Lumpur
7.30-9.30 pg Dijangka tiba di Putrajaya, sarapan
9.30pg-2.00 ptg Putrajaya Story
Chocolate Souq Putrajaya
Cruise Tasik Putrajaya
Masjid Putra
2.00-3.30 ptg Makan Tengah hari dan solat
3.30 ptg-9.30 mlm Bertolak ke SKSG, berhenti solat di RnR
11.30 mlm Dijangka tiba di SKSG
6. JAWATANKUASA KERJA

6.1 Pengerusi : Pn. Roziah bt. Omar (GB)


6.2 Penolong Pengerusi : Pn. Rokiah Biby bt. Mohamed Ali (PK PPKI)
En. Sakri b. Daud (PK1)
Pn. Nor Anita bt. Nawi (PK Hem)
Pn. Rosmawati bt. Ahmad (PK KO)

6.3 Penyelaras Program : En. Rahimi b. Awi


6.4 Setiausaha : Pn. Shuhada bt. Abdul Ghani
6.5 Bendahari : Pn. Rafidah bt. Ibrahim
Pen. Bendahari : Pn. Noorlida bt. Jusoh
6.6 Fotografi : Pn. Nurul Alya bt. Khairul Fauzi,
Nur Iffah Akmal bt. Abdullah
6.7 Pengangkutan : En. Shaiful Afendi b. Jusoh
6.8 Penginapan : Muhammad Ridwan bin Abdullah Dawawi
Pn. Yusni bt. Isa
6.9 Persegaran & goodies : Pn. Tg. Fatma bt. Tg. Yusof,
Pn. Normi bt. Mohamad, Pn. Norshela bt. Alim,
Pn. Rashidah bt. Alias, Pn. Khaizurani bt. Hasin
6.10 Tagging Peserta : Pn. Salihatun bt. Shahadan
6.11 Sumbangan/tajaan : En. Rahimi bin Awi, Pn. Rafidah bt. Ibrahim
6.12 Keselamatan & Kebajikan : En. Shaiful Affendi b. Jusoh, En. Zakariya b. Hassan
6.13 Kebersihan : Semua guru dan PPM

7. IMPLIKASI KEWANGAN

BIL PERKARA PERINCIAN JUMLAH SUMBER


KEWANGAN
1. Persegaran RM13 x 3 hari x 87 org RM3,393.00
(RM39 x 87 orang)

2. Tiket (entry ticket) Yuran peserta,


Percuma sumbangan guru
Muzium Nanas dan sumbangan
Dewasa: RM5x18 RM 90.00 NGO
Taman Negara Tg. Piai OKU Percuma
A Famosa Safari Wonderland RM1,116.00
Dewasa : RM62 x 18
(termasuk makan)
Kanak-kanak OKU: RM3,036.00
RM44 x 69 (termasuk
makan)
Putrajaya Story Dewasa : RM5x18 RM 90.00
Kanak-kanak: RM3x69 RM 207.00

Cruise Tasik Putrajaya Dewasa (guru):


RM25x18 RM 450.00
Kanak-kanak OKU:
RM15x69 RM1,035.00

Penginapan
Penginapan di Johor RM250 x 4 buah RM1,000.00
homestay

Penginapan di Melaka RM250 x 4 buah RM1, 000.00


homestay

3. Pengangkutan Percuma -
2 buah bas JPNT
Jumlah RM11,417.00

8. ULASAN JPN/PPD

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

9. PENUTUP

TARIKH : 12 JANUARI 2024

HARI : JUMAAT

MASA : 7.30 pg – 11.30 mlm

AKTIVITI : Bertolak pulang ke SK Seri Geliga

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

(SHUHADA BT. ABDUL GHANI) (PN. ROKIAH BIBY BT. MOHAMED ALI)
Setiausaha PK PPKI
Program Lawatan Terapi Minda Program Pendidikan Khas Integrasi
Program Pendidikan Khas Integrasi SK Seri Geliga
SK Seri Geliga Tarikh: 23.10.2023
Tarikh: 22.10.2023
KERTAS CADANGAN PROGRAM LAWATAN TERAPI MINDA PPKI 2024

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Program Terapi PPKI

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Program

Ulasan:

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

______________________________________________________________

(ROZIAH BINTI OMAR)

GURU BESAR

SK SERI GELIGA

Tarikh : 24.10.2023

Anda mungkin juga menyukai