Anda di halaman 1dari 5

ASAS PERTOLONGAN CEMAS

Pertolongan cemas ialah rawatan sementara yang diberikan kepada


mangsa kemalangan atau pesakit sebelum pesakit mendapat rawatan
selanjutnya daripada doktor. Pertolongan cemas dapat membantu
mengurangkan bahaya dan kesakitan kepada pesakit.

Peraturan Asas Pertolongan Cemas

Mengenal pasti punca kemalangan.


Memberi bantuan kepada pesakit jika pernafasan terhenti.
Pulihkan pernafasan pesakit jika pernafasannya terhenti.
Beri semangat dan perangsang kepada pesakit.
Pindahkan pesakit ke tempat yang lebih selesa dan selamat

Peti Pertolongan Cemas


Cadangan aktiviti: Murid menyenaraikan peralatan dalam peti pertolongan
cemas berdasarkan gambar yang ditunjukkan oleh guru.
Peralatan yang perlu ada dalam peti pertolongan cemas:

Plaster
Kapas
Gunting
Sepit Kecil
Kain Tekap
Pembebat & Klip Pembebat
Ubat cuci luka – Dettol
Ubat luka – Losyen Kuning
Kain Anduh
Sterile Multi-Trauma Dressing
Adhesive Tape

ASAS PERTOLONGAN CEMAS / UNIT KOKURIKULUM SMKTD2 / SKTEE 1


Cara Merawat Luka
1. Luka Kecil

Basuh tangan anda dengan bersih sebelum merawat luka.


Basuh bahagian anggota yang luka
dengan air atau dettol supaya tidak
dijangkiti kuman.
Lap bahagian luka sehingga kering.
Sapu luka dengan iodin / losyen
kuning dan balut dengan pembalut

2. Luka Parah

Tekan arteri pada anggota badan yang khusus untuk


menghentikan pendarahan.
Letakkan pad pada luka dan tinggikan bahagian yang luka di
atas paras jantung. Jangan guna kaedah ini jika terdapat tulang
yang patah atau terdapat objek asing yang tercucuk pada luka.
Balut luka dengan pembalut steril.
Bawa pesakit ke hospital untuk menerima rawatan.

3. Luka Terbakar Akibat Elektrik

Putuskan sambungan dengan bekalan elektrik sebelum


menyentuh mangsa.
Alihkan mangsa daripada bekalan elektrik dengan bahan
penebat seperti kayu atau tikar getah.
Berikan bantuan pernafasan / CPR jika mangsa tidak bernafas.
Simbah bahagian anggota badan yang luka dengan air sejuk
yang banyak.
Balut luka dengan pembalut steril untuk mengelakkan jangkitan
kuman.
Bawa mangsa ke hospital dengan segera.

ASAS PERTOLONGAN CEMAS / UNIT KOKURIKULUM SMKTD2 / SKTEE 2


4. Terpijak Paku Karat

Paku karat boleh


menyebabkan kancing
gigi. Pesakit perlu diberi
rawatan segera.
Cabut paku dan bersihkan
luka.
Hantar mangsa ke klinik
atau hospital untuk
rawatan lanjut.

ASAS PERTOLONGAN CEMAS / UNIT KOKURIKULUM SMKTD2 / SKTEE 3


CADANGAN AKTIVITI SET INDUKSI

ASAS PERTOLONGAN CEMAS / UNIT KOKURIKULUM SMKTD2 / SKTEE 4


CADANGAN SOALAN KUIZ
ASAS PERTOLONGAN CEMAS

1. Nyatakan 5 peralatan dalam peti pertolongan


cemas.
2. Terangkan langkah-langkah merawat luka kecil.
3. Terangkan langkah-langkah merawat luka
terbakar akibat elektrik.
4. Nyatakan penyakit yang akan dihidapi oleh
pesakit jika luka terpijak paku karat tidak dirawat
dengan segera.

ASAS PERTOLONGAN CEMAS / UNIT KOKURIKULUM SMKTD2 / SKTEE 5

Anda mungkin juga menyukai