Anda di halaman 1dari 1

Cara-cara menjaga keselamatan di jalan raya Jalan raya ialah kawasan yang sangat berbahaya.

Oleh itu, kita mestilah sentiasa menjaga keselamatan ketika berada di situ. Kemalangn akan berlaku jika kita cuai dan memandang remeh tentang keselamatan kita di jalan raya. Cara-cara yang boleh kita amalkan di jalan raya antaranya ialah ketika melintas jalan raya. Ketika melintas kita hendaklah sentiasa berwaspada dengan kenderaan yang lalu lalang iaitu dengan melihat ke kiri dan kanan Kita juga perlu melintas di tempat yang sudah dikhaskan seperti jejantas, dan lintasan belang. Keselamatan diri akan lebih terjamin jika menggunakan kemudahan yang telah disediakan untuk melintas. Apabila menaiki kenderaan kita hendaklah memakai tali pinggang keselamatan atau topi keledar. Sekiranya berlaku kemalangan risiko menerima kecederaan yang teruk dapat dielakkan. Selain itu, kita juga harus memakai pakaian yang berwarna cerah ketika berbasikal atau berjalan kaki. Perkara ini untuk memastikan pengguna jalan raya yang lain dapat melihat kita dengan lebih jelas. Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa menjaga keselamatan semasa berada di jalan raya. Sesungguhnya, keselamatan di jalan raya merupakan tanggungjawab kita bersama.

Anda mungkin juga menyukai