Anda di halaman 1dari 3

Yang Berusaha, .

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Satu Malaysia

Bersyukur kita kepada Ilahi, Kerana dengan limpah kurnia-Nya Dapat kita berkumpul pada pagi ini untuk sama-sama meraikan Sambutan Hari Guru Tahun Dengan tema

Hadirin diminta berdiri untuk nyanyian lagu Negaraku.

Hadirin dipersilakan duduk.

Bunga Mawar cantik tersemat, Dipertik gadis ditepi jeti, Doa dibaca memohon rahmat, Moga majlis sentiasa diberkati. Seterusnya, Majlis menjemput ..untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Terima kasih atas bacaan doa itu tadi. Seterusnya, majlis menjemput .untuk membacakan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada ..atas bacaan perutusan sebentar tadi. Majlis menjemput pula . untuk membacakan perutusan Menteri Pelajaran Negeri. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada atas bacaan perutusan sebentar tadi.

Hadirin sekalian, Kita teruskan lagi majlis dengan menjemput , Guru Besar untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada , Guru Besar..atas ucapan sebentar tadi. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar oleh guru-guru .Dengan ini, majlis menjemput .untuk mengetuai bacaan ikrar. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada .dan semua guru atas bacaan ikrar sebentar tadi. Majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu Guru Malaysia dan .. oleh guru-guru . Terima kasih diucapkan kepada cikgu-cikgu atas nyanyian sebentar tadi.

Keras sungguh si kayu jati, Sesuai untuk dijadikan titi, Kek pun sudah menanti, Apa ditunggu apa dinanti.

Hadirin sekalian, Dengan itu, dipersilakan semua guru dengan diketuai oleh . untuk menyempurnakan upacara memotong kek sebagai simbolik kesyukuran sambutan hari guru pada tahun ini. Dipersilakan

Demikianlah tadi, upacara memotong kek oleh semua guru yang hadir. Selamat Hari Guru diucapkan kepada guru-guru

Majlis diteruskan lagi dengan sesi pertukaran hadiah. Majlis menyerahkan sesi ini kepada Demikianlah tadi pertukaran hadiah yang meriah dan penuh misteri. Terima Kasih kepada . kerana mengendalikan sesi pertukaran hadiah itu tadi.

Hadirin sekalian, Kita meriahkan lagi majlis pada hari ini dengan persembahan sajak daripada.. Dipersilakan Terima kasih diucapkan kepada ..atas persembahan sajak sebentar tadi. Hadirin sekalian, dengan berakhirnya persembahan itu tadi maka berakhirlah sudah majlis sambutan Hari Guru pada pagi ini. Dijemput para guru untuk menikmati jamuan yang telah disediakan. Dipersilakan dan sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai