Anda di halaman 1dari 1

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN MINGGUAN SEKOLAH

Dijemput semua guru ke tapak perhimpunan bagi memulakan majlis perhimpunan rasmi pagi ini. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

Yang berusaha Puan Hajah Zarina binti Ibrahim, Guru Besar SK Kg. Maju Jaya
Yang dihormati Puan Sabariah binti Safien, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Yang dihormati Puan Hajah Habsah binti Talib, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Yang dihormati Encik Naidahtul Zamrizam bin Abu, Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum
Barisan guru yang disayangi dan rakan-rakan murid SK Kg. maju Jaya yang dirahmati Allah.

Bagi memulakan perhimpunan mingguan pada minggu ini, diminta semua bersedia dan berdiri tegak.
Seterusnya majlis mempersilakan ……………………………………… untuk mengetuai bacaan doa.
Dengan hormatnya dipersilakan.

Terima kasih kepada …………………… di atas bacaan doa itu tadi. Semoga doa kita itu diberkati Allah S.W.T.

Hadirin sekalian,

Majlis perhimpunan ini akan diteruskan dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Bangsa
Johor, lagu sekolah (Semangat Waja) dan lagu Aku Negaraku. Semua guru dan rakan-rakan diminta berdiri
tegak dan bersama-sama menyanyikan lagu-lagu tersebut dengan penuh semangat, diiringi muzik.

Seterusnya majlis mempersilakan …………………………………………………………… untuk mengetuai lafaz ikrar.

Terima kasih kepada …………………………………………………………… atas bacaan lafaz ikrar itu tadi.
Seterusnya semua guru dipersilakan duduk.

Hadirin sekalian,

Majlis mempersilakan guru bertugas pada minggu lepas untuk menyampaikan laporan tugasan sepanjang
minggu lepas. Dengan hormatnya dipersilakan.

Terima kasih Encik / Puan ……………………………………… atas laporan tersebut.

Hadirin sekalian,

Majlis seterusnya mempersilakan ( Guru Besar / Guru Penolong Kanan ) Encik / Puan …………………………
untuk menyampaikan ucapan dan amanat kepada semua murid SK Kg. Maju Jaya.
Dengan hormatnya dipersilakan.

Terima kasih kepada Encik / Puan ……………………………….. atas ucapan itu tadi.

Dengan berakhirnya ucapan itu tadi, maka perhimpunan mingguan untuk minggu ini berakhir.
Terima kasih dan maafkan kami cikgu.

Anda mungkin juga menyukai