Anda di halaman 1dari 3

Teks pengacara majlis perhimpunan rasmi sekolah

Luruskan barisan.. Senang diri… Jaga sedia.. Senang diri..

 Pembuka kata
Bismillahhirrahmannirahim
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera

Yang berusaha, Tuan Guru Besar


En. Mohd. Yunus Mohd. Jaafar
Yang dihormati barisan kepimpinan pentadbir sekolah
1. Pn. Salamah Liusin - P.K. Pentadbiran
2. En. Mohammad Raffee Bahrin - P.K. HEM
3. Pn. Siti Armah Muhammad - P.K. Kokurikulum
Yang dikasihi barisan guru-guru, ustazah-ustazah dan seterusnya rakan-rakan
sekalian.
Syukur alhamdulillah setingi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke Hadrat Illahi
kerana dengan izin dan inayahNya dapat kita berhimpun pada pagi ini.

 Doa
Untuk memberkati majlis perhimpunan kita pada pagi ini, majlis mempersilakan
saudara __________________________________ untuk memimpin bacaan
doa. Dipersilakan.

 Habis doa
Terima kasih atas bacaan doa itu tadi.
 Nyanyian lagu
Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan
Lagu Sekolah. Semua guru dipersilakan berdiri. Murid-murid diminta
menyanyi dengan penuh semangat dan mengikut iringan muzik.
(Pastikan semua guru sudah berdiri)
Luruskan barisan.. Senang diri.. Jaga sedia..

 Selepas nyanyian
Terima kasih kepada guru-guru dan rakan-rakan atas nyanyian itu tadi. Semua
guru dipersilakan duduk.

Untuk makluman semua murid, guru bertugas sepanjang minggu ini ialah
Cikgu / Ustazah _____________________________________

 Laporan guru bertugas Minggu lalu


Seterusnya dipersilakan Cikgu / Ustazah _________________________ untuk
menyampaikan laporan bertugas mingguan sepanjang minggu lalu.
Dipersilakan.

Terima kasih di atas laporan itu tadi.

 Ucapan Guru (Jika ada)


Meneruskan kelangsungan acara dipersilakan Cikgu / Ustazah
______________________________ untuk menyampaikan amanat.
Dipersilakan.

Terima kasih di atas amanat itu tadi.


 Ucapan Pentadbir
Seterusnya majlis mempersilakan,
1. En. Mohd. Yunus bin Mohd. Jaafar – Guru Besar SK. Nukahan
2. Pn. Salamah Liusin – Penolong Kanan Pentadbiran
3. En. Mohammad Raffee Bahrin – Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4. Pn. Siti Armah Muhammad – Penolong Kanan Ko Kurikulum
Untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih di atas ucapan tadi. Semoga nasihat, teguran dan amanat itu tadi
dapat kita jadikan sebagai panduan untuk menuju ke arah kecemerlangan.

 Penutup
Perhimpunan kita sudah sampai ke penghujungnya. Semua murid boleh beredar
ke kelas masing-masing mengikut arahan pengawas yang bertugas.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai