Anda di halaman 1dari 3

TEKS PERHIMPUNAN RASMI (AHAD)

Diminta semua murid berada dalam keadaan senyap dan bersedia


 Yang berusaha, En Mohd Fauzi bin Mohd Taib,
Guru Penolong Kanan Petang Sekolah Kebangsaan Sri Pulai Perdana.

 Guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

1. Memulakan aturcara majlis, perhimpunan kita pada petang ini,akan dimulai dengan,
bacaan doa yang dipimpin oleh ,
_(sebutkan nama pengawas yang membaca doa)__ .

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

2. Bagi meneruskan aturcara majlis, sama-samalah kita menyanyikan , lagu Bangsa


Johor dan Lagu Negaraku.
Semua guru dan rakan-rakan diminta berdiri tegak , dan menyanyikan lagu dengan
penuh semangat.

3. Seterusnya, majlis mempersilakan _ (sebutkan nama pengawas yang membaca ikrar)_ ,


untuk mengetuai, pembacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Pelajar .

4. Semua pelajar dipersilakan duduk.


Meneruskan aturcara majlis pada petang ini, dipersilakan guru yang bertugas pada
minggu lepas, untuk menyampaikan laporan bertugas.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan _ (sebutkan nama guru yang bertugas pada minggu

lepas ) ,untuk menyampaikan laporannya.


5. Terima kasih atas ucapan , dan nasihat yang diberi.

6. Bagi meneruskan aturcara majlis, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan, En


Mohd Fauzi bin Mohd Taib, Guru Penolong Kanan Petang, untuk menyampaikan
ucapan dan nasihat .
Majlis dengan segala hormatnya memepersilakan.

7. Saya dan rakan-rakan, merakamkan jutaan terima kasih, atas ucapan dan nasihat ,
yang telah disampaikan sebentar tadi. Segala nasihat yang telah diberikan, akan
dijadikan panduan.

8. Menutup aturcara majlis, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Sekolah. Semua
guru dan rakan-rakan dipersilakan berdiri tegak dan menyanyikan lagu dengan penuh
semangat.

9. Sekian sahaja perhimpunan pada hari ini.

10. Saya serahkan majlis kepada ketua guru bertugas pada minggu ini.
IKRAR MURID
SEKOLAH KEBANGSAN SRI PULAI PERDANA

Anda mungkin juga menyukai