Anda di halaman 1dari 4

Teks Pengacara Perhimpunan Pagi

SK Salak Nama

1. Pengacara mengambil tempat pengacara majlis.


2. Pengacara memulakan majlis dengan ucapan alu-aluan.
 Yang berusaha Guru Besar Puan Siti Rohani Binti Mohd Noor
 Yang dihormati Guru Penolong Kanan 1 Encik Kamil Norzian Bin
Mohd Ali
 Guru Penolong Kanan HEM Encik Hisham bin Lian
 Guru Penolong Kanan Kokurikulum Puan Normala Binti Shariff
 Guru-guru dan rakan-rakan Sekolah Kebangsaan Salak Nama yang
dikasihi dan dirahmati Allah swt. sekalian,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....


3. Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dengan hormatnya
dipersilakan saudara ................................................... untuk merafakkan
doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
#(Semua hadirin mengaminkan doa yang dibacakan)

4. Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara


....................................... atas bacaan doa itu tadi. Bagi meneruskan majlis
perhimpunan pagi ini, dengan segala hormatnya dipersilakan guru-guru
dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Salak Nama meluruskan barisan
untuk sama-sama kita nyanyikan 4 buah lagu:
# (Semua hadirin menyanyikan keempat-empat lagu sehingga selesai.)
5. Kita teruskan majlis dengan mempersilakan ketua / penolong
pengawas saudara ............................... untuk mengetuai pembacaan ikrar
rukun negara. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
#(Hadirin membaca ikrar yang dikepalai oleh pengawas bertugas)
6. Majlis mengucapkan terima kasih kepada pengawas bertugas atas
bacaan ikrar sebentar tadi. Guru-guru dan rakan-rakan sekalian
dijemput duduk.

# tunggu sehingga semua rakan-rakan duduk

Ucapan pembukaan..
Alhamdulillah.. bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah
InayahNya maka dapat kita berkumpul dan berhimpun pada pagi ini.
Kita juga bersyukur kepada Allah yang Maha Perkasa, kerana dengan
izinNya juga maka dapat kita meneruskan agenda hidup kita sebagai
khalifah di bumi ini. Apatah lagi kita sebagai murid, tanggungjawab
kita tidak lain dan tidak bukan untuk menuntut ilmu sebanyak yang
mungkin. Oleh itu, sebagai hamba Allah, kita haruslah taat
perintahNya, taat perintah guru-guru dan ibu bapa, malah kita juga
dituntut menghormati sesama rakan..
Guru-guru dan rakan-rakan sekalian, Untuk tidak membuang masa
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan guru bertugas minggu
lepas untuk menyampaikan laporan bertugas mingguan. Dengan segala
hormatnya, majlis mempersilakan.
ATAU
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah swt yang Maha Esa lagi
Maha Berkuasa kerana telah mengizinkan kita untuk berhimpun sekali
lagi pada pagi ini. Malahan, kita juga mengucapkan syukur kerana
sentiasa dilimpahkan kasih sayang Allah yang tidak berbelah bagi.
Kerana kasih sayangNyalah maka kita berada di sini bagi meneruskan
agenda hidup kita sebagai hamba yang bersyukur.

7. Guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati sekalian. Untuk


makluman semua, guru yang bertugas pada minggu ini ialah:
1. ____________________________________

Jika terdapat sebarang masalah atau memerlukan sebarang


bantuan, silalah berjumpa dengan guru-guru bertugas pada
minggu ini.

8. Seterusnya hadirin, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan guru bertugas minggu ini En./Pn. ______________________

untuk menyampaikan ucapan dan ulasan berkaitan dengan tema pada


minggu ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En/Pn_______________


selaku guru bertugas minggu ini atas ucapan dan ulasan bertema yang
telah disampaikan tadi. Beberapa nasihat dan info telah dikongsi.
Semoga dapat menjadi pendorong kepada kita agar menjadi insan
berguna di masa akan datang.
#
9. Guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati sekalian, Kita teruskan
majlis pada pagi ini dengan mempersilakan guru bertugas minggu lepas
En./ Puan ................................................................. untuk menyampaikan
laporan bertugas mingguan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

#(Hadirin mendengar ucapan guru bertugas minggu lepas)

Kita mengucapkan terima kasih kepada guru bertugas minggu lepas


En/Puan............................................ atas ucapan beliau yang mengandungi
nasihat dan teguran berguna buat kita semua. Apa yang disampaikan
sebentar tadi diharap dapat dipatuhi, dituruti dan dijadikan iktibar
buat kita.
10. Baiklah. Kita teruskan perhimpunan kita dengan laporan sukan/
akademik yang akan disampaikan oleh En/Pn _______________.
Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En/Pn _______________ atas


laporan yang diberikan. Tahniah diucapkan kepada rakan yang
bertanding.

11. Hadirin sekalian, bagi meneruskan lagi agenda perhimpunan kita


pagi ini saya menjemput, Guru Besar/ GPK 1/ GPK HEM / GPK
________________________ untuk menyampaikan ucapan. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
#
Terima kasih daun keladi. Insyaallah kami akan baiki diri..
Terima kasih diucapkan kepada GB/GPK1/GPK HEM/GPK Kokurikulum
atas ucapan bermakna itu tadi. Moga segala yang di nasihatkan dan
dikongsi dapat meningkatkan kecemerlangan sekolah kita nanti.
Dengan itu majlis perhimpunan kita pada hari ini tamat setakat ini.
Mari kita akhiri perhimpunan kita dengan tasbih kifarah..

#(Majlis yang dikendalikan oleh wakil pengawas tamat di sini)

Anda mungkin juga menyukai