Anda di halaman 1dari 13

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEMEKAR 2013

Pengacara : Suhaila & Mohd Helmi


[sumber : http://nurwahidahahmad.blogspot.com/2011/02/skrip-juruacara-perasmian-danpenutupan.html ]
Mengumumkan ketibaan, Yang Berbahagia En. Lau Kam Choy, Naib
Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Kg Raja dengan
diiringi oleh Pn Nachammal a/p Nachimuthu, Pengetua SMK Kg Raja.
Para hadirin dipersilakan duduk.
Yang Berbahagia En. Lau Kam Choy, Naib Yang DiPertua PIBG
SMK Kg Raja, Yang Berusaha .........................................
Yang Berusaha, Puan Nachammal a/p Nachimuthu, Pengetua SMK Kg
Raja, Yang Dihormati penolong-penolong kanan, ahli jawatankuasa
persatuan ibu bapa dan guru, pengetua-pengetua, guru besar-guru
besar, guru-guru, ibu bapa, para hadirin dan seterusnya warga pelajar
yang dikasihi sekalian

Helmi

Sue

Lenggang bertapak seni memandang


Silat sendeng menyusun jari
Salam sembah selamat datang
Sudi tuan ke majlis kami.
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia
PERARAKAN MASUK KONTINJEN RUMAH SUKAN
Kejohanan sukan tahunan pagi ini akan membuka tirainya dengan
perarakan masuk kontinjen rumah sukan.
**Tunggu sehingga kontinjen perbarisan bersedia**
Helmi
Hadirin sekalian,Lintas hormat pada pagi ni diketuai oleh pasukan
pembawa bendera kejohanan yang diwakili oleh lima orang pengawas
sekolah dan diketuai oleh saudara ...........................................................
Perarakan rumah sukan didahului oleh pasukan Rumah Sigma
melangkah segak bergaya untuk melakukan lintas hormat. Dengan
motto Sigma Bersemangat waja pasukan ini diketuai oleh saudara
.............................................. Pasukan ini telah dibimbing oleh En.
Wan Mohd Helmi Bin Wan Ismail. Untuk pengetahuan semua,
pasukan ini adalah juara keseluruhan bagi kejohanan sukan tahunan
2012. Kita akan saksikan sama ada mereka berjaya mengekalkan
kejuaraan tersebut pada tahun ini.
Kontinjen berikut ialah pasukan
bermottokan Delta Utamakan
saudara ........................................
Bin Che Rashid. Pasukan ini

pasukan rumah delta . Pasukan ini


Kesungguhan dan diketuai oleh
serta dibimbing oleh En. Che Nasir
nampaknya sudah bersedia untuk

Sue

Helmi

menempa kecemerlangan setelah beberapa tahun melepaskan tampuk


kejuaraan.
Seterusnya acara lintas hormat daripada Rumah Alfa dengan mottonya
Alfa Pantang Menyerah. Kontinjen lengkap berpakaian merah
diketuai oleh saudara .................................... Pasukan ini dibimbing
oleh En Wan Mahusin Bin Wan Yunus. Nampaknya ahli rumah Alfa
penuh bersemangat untuk memberi cabaran dalam kejohanan kali ini.
Kontinjen rumah sukan yang terakhir adalah pasukan Rumah Beta.
Beta Tetap Hebat menjadi motto pada tahun ini. Kontinjen pasukan
ini diketuai oleh saudara .................................... Pasukan ini telah
dibimbing oleh En Anuar Bin Abd Ghani. Dengan kerjasama dan
kekuatan anggota, rumah Beta menjadi salah satu ancaman kepada
rumah-rumah sukan yang lain.
NYANYIAN LAGU
Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri
Pahang dan lagu sekolah. Para hadirin dimohon berdiri.

Sue

Helmi

Sue

**nyanyian 3 buah lagu**


Buat pengetahuan semua hadirin, perbarisan lintas hormat dan
nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Negeri Pahang telah diiringi oleh
alunan muzik yang dipersembahkan oleh pasukan pancaragam SMK
Ringlet.
BACAAN IKRAR KEJOHANAN
Hadirin sekalian, Kejohanan Sukan Tahunan pada kali ini diteruskan
lagi dengan bacaan ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh saudara
................................ Bacaan ikrar ini akan diiringi oleh pembawapembawa bendera setiap rumah sukan. Dipersilakan

Helmi

**pergerakan masuk, bacaan ikrar dan pergerakan keluar**


Begitulah tadi sempurnanya majlis pembacaan ikrar kejohanan sebagai
tanda komitmen para atlet kepada kejohanan ini.
Seterusnya adalah acara penyerahan bendera kejohanan. Dipersilakan
Tuan Pengetua untuk menerima bendera kejohanan daripada ketua
pelajar dan menyerahkannya kepada Naib Yang Dipertua PIBG SMK
Kg Raja, En Lau Kam Choy. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
PEMBACAAN DOA
Hadirin yang dihormati sekalian, Bagi memberkati majlis, dengan ini
dipersilakan Ustaz Muhammad Bin Hamzah untuk mengetuai bacaan
doa. Majlis mempersilakan.
** bacaan doa **

Sue

Terima kasih diucapkan atas bacaan doa sebentar tadi.


UCAPAN
Anak muda mengalun qasidah
Tiada kekok tampil ke depan
Pembuka kata berlalu sudah
Mari kita mendengar ucapan

Helmi

Hadirin sekalian, Bagi meneruskan majlis kita pada pagi ini, dijemput
Pn Nachammal a/p Nachimuthu, Pengetua SMK Kg Raja, untuk
menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormat mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas ucapan beliau tadi.
Majlis diteruskan pula dengan menjemput En Lau Kam Choy, Naib
Yang Dipertua PIBG SMK Kg Raja untuk memberikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Kejohanan sukan Tahunan kali ke 29. Dengan
penuh takzim, majlis menjemput dan mempersilakan.

Sue

** ucapan naib YDP **


Jalan lengkok redup berkalis
Damba pedoman menyongsong arah
Ucapan Naib YDP merasmi majlis
Tanda kejohanan berlangsung sudah
Terima kasih diucapkan kepada En Lau Kam Choy kerana sudi
merasmikan Kejohanan sukan Tahunan kali ke- 29 SMK Kg Raja
PENYAMPAIAN CENDERAMATA
Bagi meneruskan acara pada hari ini, majlis mempersilakan Pn
Nachammal a/p Nachimuthu, Pengetua SMK Kg Raja, untuk
menyampaikan cenderahati tanda penghargaan. Cenderahati pertama
disampaikan kepada Yang Berbahagia En Lau Kam Choy sebagai
tanda terima kasih atas kesudian beliau hadir merasmikan majlis kita
pada pagi ini. Manakala cenderahati kedua disampaikan kepada Puan
Kok Chiun Yen, guru pembimbing pancaragam SMK Ringlet.

Helmi

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua atas


kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.
PERARAKAN KELUAR KONTINJEN
Hadirin sekalian,Seterusnya kita akan menyaksikan keberangkatan
keluar kontinjen rumah sukan.
** tunggu sehingga selesai **
Pengumuman : guru-guru, pegawai sukan dan pelajar-pelajar yang

Sue

terlibat diminta bersedia kerana acara sukan akan bermula sebentar saja
lagi.
ACARA BALAPAN
PENYAMPAIAN HADIAH & CENDERAMATA
Penyampaian hadiah bagi acara yang telah dipertandingkan pada hari
Jumaat dan pagi Sabtu
Hadirin sekalian, Bagi mengiktiraf kejayaan para atlet yang telah
berjaya pada Kejohanan Sukan Tahunan kali ini, majlis dengan segala
hormatnya menjemput .................................................,
.......................................... dengan diiringi oleh
..............................................., ................................................ untuk
menyampaikan hadiah.
Seterusnya, diumumkan pemenang-pemenang bagi pertandingan
perbarisan rumah sukan pada hari ini.
Dan tempat ketiga berjaya dirangkul oleh pasukan Rumah
.........................
Seterusnya tempat kedua berjaya digondol oleh pasukan Rumah
...............
Johan berjaya disandang oleh pasukan Rumah .....................

Sue
Helmi

Helmi

Bagi pertandingan khemah tercantik,


Tempat ketiga : Rumah .........................
Tempat kedua : Rumah ...............
Johan : Rumah .....................
Seterusnya dijemput ....................................... dengan diiringi oleh
................................................ untuk menyampaikan hadiah kepada
pemenang Olahragawati dan Olahragawan Sekolah pada tahun ini.
Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan

Helmi

Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran Olahragawati Sekolah


adalah Saudari ............................................... Untuk makluman semua,
beliau
telah
memenangi
acara
...............................................................................................
Kini diumumkan pula Olahragawan Sekolah pada tahun ini.
Olahragawan
Sekolah
pada
tahun
ini
adalah
Saudara
................................. Beliau telah meraih pingat dalam acara
...................................................................................
Terima kasih diucapkan kepada .............................. dan ........................
atas kesudian menyampaikan hadiah.
Kita hilangkan debar dihati sebelum mengetahui keputusan

Sue

keseluruhan kejohanan sukan tahunan kali ini dengan menyampaikan


hadiah kepada pemenang bagi acara guru.
Bagi kategori guru lelaki,
Tempat ketiga : Rumah .........................
Tempat kedua : Rumah ...............
Johan : Rumah .....................
Bagi kategori guru perempuan pula,
Tempat ketiga : Rumah .........................
Tempat kedua : Rumah ...............
Johan : Rumah .....................
Hadirin sekalian, Kini tibalah saat-saat yang dinantikan, kita akan
umumkan secara rasmi johan, naib johan, dan tempat ketiga secara
keseluruhan bagi Rumah-Rumah Sukan yang telah bertanding.

Helmi

Tempat ketiga berjaya dirampas oleh pasukan Rumah____________.


Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan________________________
untuk menerima hadiah.

Sue

Seterusnya Naib Johan, berjaya dirangkul oleh pasukan Rumah______.


Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan________________________
untuk menerima hadiah.

Helmi

Dan johan keseluruhan Rumah Sukan bagi Kejohanan Olahraga


Tahunan kali ke 29 jatuh kepada Rumah Sukan______________.
Dipersilakan Ketua Guru Penasihat untuk menerima hadiah.
PENUTUP

Sue

Helmi
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Andai Allah memberikan usia yang panjang,
Dapatlah kita bersua di lain hari.
Semoga kita bersua kembali pada Kejohanan sukan tahunan pada tahun
hadapan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Yang Maha
Kuasa, dan setiap kesilapan yang ada datangnya daripada kesilapan
kami berdua. Seterusnya, dijemput semua para hadirin ke kantin untuk
jamuan ringan
SEKIAN,
WABILLAHI
TAUFIQ
WALHIDAYAH,
WASSALAMUALAIKUM
WARAHMATULLAHI
TAALA
WABARAKATUH.

IKRAR SUKAN TAHUNAN

Bahawasanya kami berikrar akan


mengambil bahagian di dalam
Kejohanan Sukan Tahunan Kali
Ke 21 Sekolah Kebangsaan Sg. Kelambu
dengan bersungguh-sungguh, mematuhi segala
peraturan dan undang-undang
dengan penuh semangat
kesukanan.

1) Ucapan Alu-aluan
Assalamualaikum wrt wbkth dan salam sejahtera diucapkan kpd

Yang berusaha Pn. Norazmah binti Hussin, Guru Besar Sek. Keb. Sg. Kelambu,
Yang dihormati En. Aris b. Daud, Yang Dipertua PIBG Sek. Keb. Sg. Kelambu,
Pn. Ainon bt. Abd. latif, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Pn. Sabariah bt. Ahmad, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru-guru, AJK-AJK PIBG yang hadir pada hari ini serta murid-murid Sek. Keb. Sg. Kelambu yang
disayangi sekalian.

SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN SK SG KELAMBU TAHUN


2011.

Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana atas limpah
kurniaNYA dapat kita bersama-sama sekali lagi, pada hari yang gilang gemilang ini untuk menjayakan
kejohanan sukan tahunan SKSK kali ke 21.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian para hadirin yang hadir bagi memeriahkan lagi
kejohanan pada hari ini.

2) Upacara Perarakan Badan Beruniform dan Rumah Sukan


Hadirin yang dihormati,

Pembuka acara pada pagi ini akan dimulakan dengan perarakan perbarisan dan lintas hormat rumahrumah sukan sebentar lagi.

Pasang CD Marching

Rumah kuning mendahului kontijen perbarisan pada hari ini.


Kuning melambangkan warna diraja.

Diikuti oleh Rumah hijau.


Hijau melambangkan kedamaian dan ketenangan antara ahli-ahlinya.
Hijau mewarnai alam sekeliling kita.

Kontijen seterusnya ialah Rumah Biru.


Biru melambangkan perpaduan.Ini menunjukkan mereka bersatu padu untuk membentuk sesebuah
pasukan yang mantap.

Kontijen yang terakhir adalah Rumah Merah


Merah melambangkan keberanian dan kegagahan sesebuah pasukan.

3) Bacaan Doa
Hadirin yang dihormati.
Untuk memberkati temasya sukan tahunan ini, majlis dengan sukacitanya menjemput Ustaz Hasnurol
bin Hashim untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya.

Bacaan doa

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

4) Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu
sekolah.
Hadirin diminta berdiri

Pasang tape nyayian

5) Seterusnya bacaan ikrar kejohanan sukan tahunan kali ke 21, akan dibacakan oleh adik
..

6) Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, Puan Norazmah binti
Hussin untuk memberikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Norazmah binti Hussin di atas ucapan beliau itu tadi.

7) Seterusnya majlis menjemput En. Aris Bin Daud, YDP PIBG Sk. Sg. Kelambu untuk
memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan Sek. Keb.
Sungai Kelambu kali yang ke 21. Majlis dengan hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Aris bin Daud di atas ucapan dan perasmian itu tadi. Maka
dengan itu, rasmilah kejohanan sukan Sek. Keb. Sungai Kelambu kali ke-21

8) Perarakan Keluar Kontingen


Demikian tadi selesainya upacara perasmian kejohanan.
Sekarang dipersilakan semua kontingen yang mengambil bahagian untuk bergerak keluar ke khemah
masing-masing bagi kita meneruskan acara sukan pada pagi ini.

Perhatian- Diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas di padang untuk bersedia kerana acara
olahraga akan dimulakan sebentar saja lagi.

9) ACARA SUKAN
Acara sukan akan dimulakan sebentar lagi dengan larian 100 meter lelaki dan perempuan individu bagi
tahun 1, 2, 3, 4, 5, 6. Para peserta diminta bersedia.

Acara sukan pertama pada hari ini adalah larian 100 meter individu lelaki Tahun

RUJUK BUKU ATURCARA

Acara sukan diteruskan lagi dengan acara sukaneka secara individu bagi tahun 1, 2, 3, 4, 5, Para peserta
diminta bersedia.

Acara sukaneka pertama adalah _____________________

RUJUK BUKU ATURCARA

Acara sukan diteruskan lagi dengan acara kemuncak pertandingan pada hari ini iaitu Larian bergantiganti 4 X 100 meter dan 4 X 200 meter lelaki & perempuan Tahap 2.

10) Penutup
Dengan berakhirnya acara pertandingan larian berganti-ganti 4 X 100 meter dan 4 X
200 meter itu tadi, Maka berakhirlah acara olahraga kita pada kali ini.
11) Upacara Penyampaian hadiah
Sekarang tibalah masanya bagi upacara Penyampaian hadiah

Majlis dengan sukacitanya menjemput .


Untuk mengiringi ...
untuk menyampaikan hadiah.

Terima kasih diucapkan kepada . di atas kesudian beliau untuk menyampaikan


hadiah.

BAGI HADIAH IKUT ACARA. RUJUK BUKU ATURCARA

Seterusnya diumumkan penyandang bagi olahragawan & olahragawati SKSK


bagi tahun ini.

Olahragawan SKSK tahun ini disandang oleh :


Olahragawati SKSK tahun ini disandang oleh :

Majlis dengan sukacitanya menjemput Puan Ainon binti Abdul Latiff


Untuk mengiringi Puan Norazmah binti Hussin untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda
penghargaan kepada En. Aris bin Daud atas kesudian beliau hadir dan merasmikan majlis pada hari ini.

12) Penutup
Maka dengan itu berakhirlah sudah kejohanan sukan tahunan SKSK kali ke-21.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t dan yang buruk itu adalah daripada kami
sendiri.

Akhir kata dari kami berdua,


Maaf atas keterlajuran kata dan bahasa sepanjang kami mengendalikan majlis ini, Syabas untuk semua
dan Majulah Sukan SKSK untuk negara

TIGA SORAKAN UNTUK SEMUA YANG MENJAYAKAN KEJOHANAN KALI INI.


HIP-HIP..HOORAY 3X

Sekian , terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai