Anda di halaman 1dari 8

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tuan-tuan dan puan-puan, para hadirin serta pegawai sukan, guruguru dan pelajar-pelajar sekalian. Bagi pihak SMK Sungai Lembing, kami mengalu-ngalukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Kejohanan Sukan Tahunan kali ini!.......... Diharap tuan tuan dan puan puan berada dalam keadaan selesa di tempat duduk masing-masing di samping ... mengikuti acara-acara yang akan berlangsung dari mula sehingga ke penghujung kejohanan ini.terima kasih! Dalam masa yang sama, para hadirin boleh lah memeriahkan gerai-gerai jualan yang dikendalikan oleh pelajar .Bagi pengetahuan hadirin, kejohanan sukan tahun ini diserikan dengan karnival gerai jualan kelab dan persatuan SMK Sungai Lembing yang dikendalikan oleh ahli-ahli sukan dan permainan iaitu, Persatuan Bola Sepak, Sepak Takraw, Bola Jaring, Ping-Pong, Indoor Games dan Petanque dan 3 gerai jemputan kendalian badan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan pendidikan khas..Sambil melihat acara sukan yang berlangsung, bolehla membeli pelbagai makanan dan minuman yang disediakan oleh semua gerai tersebut secara tak langsung membantu anak-anak pelajar SMKSL menjadi usahawan pada hari ini. Acara sukan pagi Diharap semua peserta acara sukan pagi ini mengambil tempat masing-masing. Begitu juga dengan pegawai-pegawai sukan yang terlibat. Acara pertama pada pagi ini ialah Larian 200 m L18 200m P18 200m, L15 200m, P15 Seterusnya acara Pendidikan Khas Acara 4x100 m L18 Acara 4x100 m P18 Acara 4x100 m L15 Acara 4x100 m P15

Perhatian pada semua pelajar dan hadirin, sebentar lagi, kita akan mulakan majlis perasmian penutup. Diharap semua pelajar bersedia di tempat masing-masing Pengumuman Ketibaan Tetamu Kehormat Mengumumkan ketibaan Tetamu Kehormat, Yang Berhormat Dato Haji Md Sohaimi Bin Mohamed Shah, ADUN Sg Lembing Ke Kejohanan Sukan Tahunan kali ke- 27 SMK Sungai Lembing tahun 2012! Ucapan Alu-aluan AlhamdulillahDengan izin dari Allah subhanahuwaatalaa dapatlah kita bersama-sama berkumpul pada hari yang indah dan penuh ceria ini. Yang Berhormat Dato Haji Md Sohaimi Bin Mohamed Shah, ADUN Sg Lembing Yang Berusaha, Encik Dzulkefli b Talib, Yang DiPertua PIBG SMK Sungai Lembing, Yang Berusaha, Encik Mohamad Nasir b Abdul Rahman, Penolong Kanan Pentadbiran, Cik Norjanah bt Suhadi, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Mohd Azmi bin Nor, Penolong Kanan Kokurikulum Tetamu-tetamu jemputan, Guru-guru Kanan, guru-guru, pegawaipegawai sukan, tuan-tuan, puan-puan seterusnya pelajar SMKSL yang dikasihi sekalian. bagi pihak warga SMK Sungai Lembing, kami mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan puan..kami dengan rasa bangganya meluahkan rasa terima kasih yg tidak terhingga atas kesudian tuan tuan dan puanpuan bagi memeriahkan majlis sukan tahunan kali ke-27 tahun ini SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN SUKAN TAHUN AN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI LEMBING 2012. Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana atas limpah kurniaNYA dapat kita bersamasama sekali lagi, pada hari yang gilang gemilang ini untuk menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke 27. acara Perarakan Rumah Sukan Hadirin yang dihormati, Pada Kejohanan ini, kita akan menyaksikan rumah-rumah sukan yang mengambil bahagian, mempertaruhkan kreativiti dan

kemahiran dalam Pertandingan Khemah Rumah Sukan. Turut dipertandingkan ialah maskot pasukan rumah sukan masingmasing yang mampu menawan hati para juri. Majlis hari ini dimulakan dengan perbarisan lintas hormat atlet olahraga SMKSL. Seperti yang anda saksikan sekarang iniperbarisan lintas hormat dimulakan dengan kontijen pembawa bendera. Pembawa bendera Malaysia, adik Mohd Wafiuddin b Johar, bendera negeri Pahang adik Mohd Azlan b Osman dan bendera kejohanan adik Muhaizat b Razali. Majlis diteruskan dengan perarakan masuk kontingen-kontingen rumah sukan. Tampil serba hijau, kontigen Rumah Dato Bahaman diketuai adik KhairulNas b Dzulkefli dan pembawa plakad adik Nor Rasyikin bt Abd Rashid. Maskot Rumah Dato Bahaman ialah Burung Nuri yang melambangkan kesatuan dan keharmonian ahli-ahlinya. Pada tahun lalu, Rumah Dato Bahaman menduduki tangga ke dua keseluruhan dan berjaya menjuarai Maskot Terbaik. Selain itu atlet mereka juga telah dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati Harapan tahun 2011. Dengan motto, Maju Ojo Mundur , kita percaya Ketua Guru Rumah Dato Bahaman iaitu, Puan Nurul Fauziana Rerah telahpun menurunkan segala petua dan azimat untuk pasukan ini mengejar kejuaraan. Tampil setia dengan warna biru ialah Kontingen Rumah Maharajalela di bawah naungan En Parizal b Zuhdi. Ketua Kontingen diketuai oleh adik Mohd Aizuddin manakala pembawa plakad, adik Nurul Farhana bt Parizal. Maskot pasukan ini ialah Mighty Blueberry yang diharap dapat membawa tuah berpanjangan selain memberi ketenangan dan kedamaian. Bagi makluman hadirin, Atlet Rumah Maharajalela telah dinobatkan sebagai Olahragawati pada tahun lepas. Motto mereka aja-aja fighting sebagai penguat semangat untuk memenangi kejohanan pada kali ini. Menyusul seterusnya ialah pasukan Rumah Panji Alam diketuai oleh adik Kasavan a/l Radakrishnan dan pembawa plakad, adik Nurul asilah bt Shaharun. Maskot Spongebob serba kuning pastinya melambangkan keunikan rumah sukan ini. Pada tahun ini, Rumah Panji Alam mendapat sentuhan Puan Normawati bt Sidi selaku Ketua Rumah Sukan.. Setelah menduduki takhta kejohanan pada tahun lalu, Rumah Panji Alam pasti mahu menang lagi dan mampu mengatasi rumah-

rumah lain pada tahun ini dengan moto pasukan Go Panji GO. Marilah kita sama-sama mendoakan agar pasukan ini tidak akan dilanda kekecewaan. Tampil Merah Garang ialah kontingen Rumah Mat Kilau yang diketuai adik ZArul Izamzul b Zulkefli dan pembawa plakad, adik Shahirah bt Salleh.Maskot rumah iaitu Butterfly melambangkan ahlinya yang bersemangat waja. Tahun lalu, Rumah Mat Kilau menduduki tangga ketiga keseluruhan. Pada kejohanan kali ini dengan bimbingan Ketua Rumah, Encik Rozaki Abdullah, Rumah Mat kilau telah bermula dengan begitu meyakinkan apabila muncul johan dalam Kejohanan Merentas Desa. Dengan motto pasukan iaitu Mat Kilau Sekuat Tiger, kita percaya Rumah Mat Kilau mampu membuat kejutan. Tampil segak ceria kontigen Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran yang diketuai oleh adik Saiful Aznizam a/l Salim manakala plakad dibawa oleh adik Zaihasra bt Nasaruddin dengan motto Berilmu Berdikari Ceria.

Nyanyian Lagu Majlis diteruskan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu negaraku lagu negeri Pahang dan lagu sekolah.. Para hadirin diminta berdiri.. Arahan Senang Diri Bacaan Doa Hadirin yang dihormati. Untuk memberkati temasya sukan tahunan ini, majlis dengan sukacitanya menjemput Adik Mohd Aizuddin b Salihfuddin untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya. Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas bacaan doa itu tadi. Ucapan Pengetua Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, En Mohd Nasir b Abd Rahman bagi mewakili Tuan Pengetua SMK SUNGAI LEMBING, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Majlis merakamkan ribuan terima kasih

Ucapan Perasmian Sekarang tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Bagi ucapan Perasmian Kejohanan Sukan Tahunan SMK Sungai Lembing, Dijemput YB Dato HJ Mohd Suhaimi b Mohd Shah bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan kejohanan sukan tahunan kali ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Dijemput YB Dato untuk menyempurnakan gimik perasmian diiringi oleh En Mohd Nasir Sirih puan terselit di jari, Ingin kucecah kapur di gagang; Kesudian Tuan hadir kemari, Temasya yang indah tambah gemilang. Majlis merakamkan ribuan terima kasi Lafaz Ikrar Acara seterusnya, Lafaz Ikrar Kejohanan. Dengan sukacitanya dipersilakan adik MUkhllif Alif b Mahadi untuk mengetuai bacaan ikrar. Adik Mukhlif Alif b mahadi dari Kelas 3 Kekwa merupakan atlet bola sepak sekolah serta mewakili negeri Pahang dalam beberapa pertandingan peringkat kebangsaan. (VIP masih tunggu atas pentas) Perarakan Keluar Kontingen Demikian tadi selesainya acara perasmian kejohanan. Sekarang dipersilakan semua kontingen yang mengambil bahagian untuk bergerak keluar ke khemah masing-masing bagi kita meneruskan acara sukan pada pagi ini. Perhatian- Diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas di padang untuk bersedia kerana acara olahraga akan dimulakan sebentar saja lagi. Dijemput YB Dato dan dif-dif jemputan diiring En Mohd Nasir dan pegawai-pegawai untuk menikmati jamuan yang telah disediakan. Acara sukan. Untuk pengetahuan hadirin, kejohanan sukan tahun ini telah bermula sejak 3 minggu yang lalu. Pada minggu pertama dan kedua, pasukan rumah sukan diberi peluang membuat latihan bagi

merapikan diri menyertai kejohanan kali ini. Pada sepanjang minggu ini pula, diadakan Sukantara antara Rumah bagi memberi peluang pada setiap ahli rumah sukan menyumbang mata kepada rumah masing-masing. Setelah itu, juga diadakan acara-acara awal sukan iaitu lontar peluru, lempar cakera, rejam lembing, 1500m dan 800m kategori L/P18 dan L/P15 serta 4x400m bagi kategori yang sama. Tidak ketinggalan juga acara awal bagi sukan kategori pendidikan khas. Hari ini merupakan hari terakhir penentuan untuk setiap atlet rumah sukan bagi mengutip mata seterusnya menobatkan rumah mereka menjadi johan keseluruhan kejohanan kali ini. Pagi tadi telah dilangsungkan acara 200m Kategori L18,L15,P18 dan P15. Kini, marilah kita sama-sama menyaksikan antara acara terakhir sebelum berkhirnya kejohan ini. Kedudukan mata rumah sukan setakat ini ialah.. Kita mulakan dengan larian 100 m kategori L18 Dipersilakan para tetamu dan hadirin memberi perhatian ke tengah padang bagi meyaksikan acara yang dijalankan. Seterusnya. Larian 100m P18 Larian 100m L15 Larian 100m P15 Dan acara akhir bagi kejohanan kali ini ialah 4 x 100 m Jemputan SEkolah Rendah. Pasukan yang mengambil bahagian ialah 1. SK Sungai Lembing 2. SJK C Sungai Lembing 3. SK Nadak 4. SJK C Panching 5. SJK T Panching 6. SK Panching 7. SK Sungai Mas 4x100 m Jemputan Pasukan

Acara Penutup Dengan berakhirnya acara larian kategori jemputan itu tadi, Maka berakhirlah acara olahraga kita pada kali ini.

Sekarang akan dilangsungkan acara penutup Kejohanan Olahraga Kali ke 28. Diminta para pelajar dipersilakan mengambil kedudukan di rumah sukan masing-masing. Upacara Penyampaian hadiah Tibalah masa penyampaian hadiah kepada pemenang, Untuk pengetahuan hadirian, hadiah bagi acara awal sukan telah disampaikan sebaik acara tersebut tamat. Pada hari ini, kita hanya akan menyaksikan penyampaian hadiah kepada pemenang acara sukan yang berlangsung pada hari ini sahaja, Dengan ini, dipersilakn .. diiringi oleh untuk menyampaikan hadiah Sekarang tibalah masanya bagi acara Penyampaian hadiah dan Piala Pusingan kepada Para pemenang. . Majlis dengan sukacitanya menjemput ..untuk menyampaikan hadiah. Seterusnya dijemput TEMPAT KETIGA/KEDUA/JOHAN RUMAH SUKAN Upacara Menurunkan Bendera Kejohanan Selesai sudah acara penyampaian hadiah. Kini Bendera Kejohanan akan diturunkan dengan rasminya sebagai tanda berakhirnya Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke 58. (anggota kadet menurunkan bendera dan tampil ke pentas untuk penyerahan bendera) Seterusnya majlis menjemput Puan Pengetua, Cik Rusnani bt Sharuddin untuk menerima bendera kejohanan yang akan diserahkan oleh sdri Hanan Nabilah. Bendera ini akan disimpan dan akan dikibarkan semula pada kejohanan yang akan datang, InsyaAllah. Terima kasih diucapkan kepada Puan Pengetua dan sdri Hanan

Nabilah.

Nyanyian Lagu Sekolah Sekarang ayuh seluruh warga RPS menyanyikan Lagu Sekolah dengan penuh semangat. Sebelum bersuai, dijemput saudari Norhamizan sekali lagi untuk mengetuai sorakan. Penutup Akhir kata dari kami berdua, Maaf atas keterlajuran kata dan bahasa, Syabas untuk semua dan Majulah Sukan SMK Raja Perempuan demi menjulang kecemerlangan di persada marcapada TIGA SORAKAN UNTUK SEMUA YANG MENJAYAKAN KEJOHANAN KALI INI. HIP-HIP..HOORAY 3X SMKSL CEMERLANG .. SMKSL GEMILANG .. SMKSL TERBILANG Wabillahitaufik wslmk wrt Dijemput pada Yang Berbahagia..dan para tetamu menikmati jamuan yang telah disediakan

Anda mungkin juga menyukai