Anda di halaman 1dari 5

Teks Perhimpunan Rasmi

Arahan :

1. Semua murid diminta beratur mengikut kelas masing-masing dalam


keadaan yang teratur dan senyap
2. Majlis akan dimulakan selepas ketibaan pengetua dan barisan
pengurusan sekolah
Kawal situasi dewan, bersedia untuk isyarat ketibaan pengetua

Arahan :

1. Diumumkan, ketibaan pengetua dan barisan pengurusan sekolah. Semua


guru dan murid diminta berdiri.
(Baca dengan kuat dan bersemangat)

Arahan :

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh

1. Yang Berusaha, Tuan Pengetua Cikgu Che Wan Ahmad bin Che Wan Sulong
2. Yang Dihormati, Cikgu Normawati binti Mohd Noor, Penolong kanan
pentadbiran
3. Cikgu Ali bin Mamat, Penolong kanan HEM
4. Cikgu Che Abdullah b Che Husain, Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan pengurusan, guru-guru yang dihormati, rakan-rakan pengawas serta


murid-murid sekalian

Bagi memberkati majlis pada hari ini, diminta wakil pengawas bertugas untuk
membacakan bacaan doa. Majlis mempersilakan
Selepas bacaan doa

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi

Arahan :

Sekarang kita akan menyanyikan tiga buah lagu Negaraku, Selamat Sultan dan
Lagu Sekolah dengan iringan muzik. Diminta guru dan murid bersedia

1.. 2.. 3..

Arahan:

Sekarang dipersilakan wakil pelajar untuk bacaan rukun negara


Selepas rukun negara

Arahan :

Guru-guru dipersilakan duduk

1. Majlis hari ini dimulakan dengan mempersilakan __(guru berkenaan) _______


untuk memberikan tazkirah pada minggu ini.

Terima kasih atas tazkirah yang diberikan. Semoga ianya memberi


manafaat buat kita semua.

2. Majlis menjemput guru bertugas pada minggu lepas untuk


menyampaikan laporan. Dipersilakan

Terima kasih atas laporan yang diberikan.

3. Seterusnya, majlis mempersilakan mana-mana guru untuk


menyampaikan ucapan (kalau ada)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada cikgu ……………………………….


4. Majlis dengan ini mempersilakan Tuan Pengetua, Cikgu Che Wan Ahmad
b Che Wan Sulong untuk menyampaikan ucapan beliau

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan


oleh Tn Pengetua. Semoga para murid dapat mengambil pengajaran dan
iktibar dari ucapan beliau tadi

Arahan :

Sebelum mengahiri majlis pada hari ini, majlis dengan ini mempersilakan wakil
pengawas untuk bacaan zikir munajat. Majlis mempersilakan
Selesai zikir

Terima kasih kepada pengawas bertugas. Majlis pada hari ini berakhir di sini.
Kita sudahi majlis hari ini dengan surah Al Asr dan tasbih kafarah…

Arahan :

Diminta para murid beratur dan menyimpan kerusi masing-masing di belakang


dewan dalam keadaan senyap mengikut kelas masing- masing.
Bacaan Doa Perhimpunan Rasmi - Ahad
Bacaan Doa Perhimpunan Rasmi - Harian

Anda mungkin juga menyukai