Anda di halaman 1dari 5

Teks Pengerusi Majlis

Persediaan Sebelum Perhimpunan

Diminta semua yang hadir untuk berdiri. Murid Pra sekolah, murid PPKI dan
murid tahun 4 sila berdiri dengan senyap. Murid 5 dan 6 sila berdiri dengan
senyap.

Pengawas sila berada di tempat yang ditugaskan.

Perhimpunan rasmi akan dimulakan sebentar lagi.

1. Ucapan alu – aluan

(Asslamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera)


Yang Berusaha Tuan Haji Norazmi b. Hj Md Isa, Guru Besar SK Taming Jaya,
Yang Dihormati Pn Azlina binti yusoff, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang Dihormati Puan Hanizah bt. Mat Soho, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid,
Yang Dihormati Encik Mohd Latif b Hashim, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Yang Dihormati Puan Noor Azliza bt. Abdul Rahim, Guru Penolong Kanan
Pendidikan Khas,

Barisan guru-guru yang dikasihi, barisan pemimpin murid yang dedikasi serta
para murid sekalian.

2. Bacaan doa
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dijemput kadet yang bertugas untuk
memimpin bacaan doa, dipersilakan.

Pengawas bertugas membacakan doa

Majlis mengucapkan terima kasih kepada kadet yang bertugas di atas bacaan
doa sebentar tadi.

3. Nyanyian lagu
Sekarang kita akan menyanyikan empat buah lagu dengan iringan muzik . Majlis
dengan ini, menjemput ……………………………………………………………….untuk
memimpin nyayian.

● Lagu Negaraku
● Lagu Negeri Selangor
● Lagu Sekolah

4. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid

Dijemput kadet yang bertugas untuk mengetuai bacaan ikrar Rukun Negara dan
ikrar Murid.

Pengawas bertugas membaca ikrar Rukun Negara dan ikrar murid.

Semua guru dipersilakan duduk.

Murid Pra sekolah, murid PPKI, murid tahun 4, sila duduk dengan senyap. Murid
tahun 5, sila duduk dengan senyap. Murid tahun 6, sila duduk dengan senyap.

5. Laporan Ketua Guru Bertugas Mingguan

Majlis menjemput ketua guru bertugas minggu lepas iaitu …………...……………..


untuk memberikan laporan.

Terima kasih diucapkan kepada …………………..…. atas laporan yang diberikan

6. Ucapan Ketua Guru Bertugas Mingguan.

Majlis menjemput Ketua Guru Bertugas Minggu ini iaitu ……………………….


untuk memberikan ucapan.

Terima kasih diucapkan kepada ………..……………. atas ucapan yang


diberikan

7.1 hadiah nilam


Majlis diteruskan dengan penyampain hadiah bagi program NILAM, majlis menjemput
Puan Anizal untuk mengendalikan penyampaian hadiah NILAM.

Terima kasih diucapkan kepada Pn Anizal

7. Penyampaian Hadiah Keceriaan

Majlis dengan ini menjemput Tuan Haji Norazmi b. Hj Md Isa, Guru Besar SK
Taming Jaya diiringi Puan Hanizah bt. Mat Soho, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid, bagi menyampaikan hadiah untuk pertandingan keceriaan kelas.

Terbaik aliran tahun 4:


No.3: Kelas .....
No.2: Kelas ....
No.1: Kelas ....

Terbaik aliran tahun 5:


No.3: Kelas .....
No.2: Kelas ....
No. 1: Kelas ....

Terbaik aliran tahun 6:


No.3: Kelas .....
No.2: Kelas ....
No. 1: Kelas ....

Terbaik Kelas PPKI :


No.2: Kelas ....
No. 1: Kelas ....

Terbaik Keseluruhan Mingguan Kelas Sesi Pagi:


No.3: Kelas .....
No.2: Kelas ....
No. 1: Kelas ....

Terbaik Keseluruhan Mingguan Kelas PPKI:


Kelas ....
NOTA:
Setiap bulan akan disampaikan juga TERBAIK KESELURUHAN KELAS BERSIH, CERIA & SIFAR
SAMPAH SESI PAGI bagi bulan ............

*Jika Guru Besar tiada :


1. Pemberi hadiah adalah PK Pentadbiran dan diiringi oleh PK HEM.
2. Pemberi hadiah adalah PK HEM dan diiringi oleh PK KoKo.
3. Pemberi hadiah adalah PK KoKo dan diiringi oleh PK PPKI.
4. Pemberi hadiah adalah PK PPKI dan diiringi oleh Ketua Guru Bertugas Mingguan

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Norazmi b. Hj Md Isa
dan Puan Hanizah bt. Mat Soho, atas kesudian menyempurkan majlis penyampaian
hadiah kepada pemenang - pemenang pertandingan keceriaan kelas. Tahniah
diucapkan kepada semua pemenang.

8. Ucapan Guru Disiplin / Guru Bimbingan dan Kaunseling ( bergilir )

Majlis mempersilakan En Mohd Fairus B Mohd Nawawi, Guru Disiplin untuk


menyampaikan ucapan.

atau ;

Majlis mempersilakan Pn Zarina Bt Japat, Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk


menyampaikan ucapan.

Terima kasih diucapkan kepada En Mohd Fairus B Mohd Nawawi, Guru Disiplin / Pn
Zarina Bt Japat, Guru Bimbingan dan Kaunseling di atas ucapan yang diberikan
sebentar tadi. Murid-murid diharap dapat mengambil pengajaran daripada ucapan
beliau sebentar tadi.

9. Penyampaian lain - lain info.

Berikut adalah info untuk minggu ini.

*Pastikan guru bertugas telah mendapatkan info daripada guru - guru yang berkenaan terlebih
dahulu.

* Lain - lain ucapan atau pemberian hadiah perlu dibuat sebelum ucapan pentadbir.

10. Ucapan Pentadbir


Majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Norazmi b Hj Md Isa, Guru
Besar SK Taming Jaya untuk menyampaikan ucapan beliau.

* Guru bertugas perlu merujuk kepada Guru Besar sama ada beliau memberikan ucapan atau
diberikan kepada mana - mana PK. Jika Guru Besar tidak hadir, PK Pentadbiran akan memberikan
ucapan.

Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar. Murid-murid diharap dapat mengambil
pengajaran daripada ucapan Guru Besar sebentar tadi.

Penutup Perhimpunan

Dengan berakhirnya ucapan daripada tuan Guru Besar / Penolong Kanan tadi maka
perhimpunan pada pagi ini di tamatkan. Ucapan terima kasih kepada semua
pentadbir, guru dan murid yang terlibat.

Anda mungkin juga menyukai