Anda di halaman 1dari 1

DOA SAMBUTAN MAAL HIJRAH

‫بِس ِْم هللاِ الرَّحْ مـ ِن ال َّر ِحيْم‬

Kami merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran di atas segala nikmat dan rahmat yang telah
Engkau kurniakan, di mana dengannya dapatlah kami berkumpul pada hari yang penuh berkah
ini  untuk bersama-sama meraikan majlis sambutan Maal Hijrah bagi tahun 1444h

‫اال َجالَ ِل َو ْاِإل ْك َر ِام‬


ْ ‫االفَضْ ِل َو ْاِإل ْن َع ِام يَا َذ‬
ْ ‫اَللَّهُ َّم يَا َذ‬

Ya Allah, kami percaya dan yakin bahawa hijrah yang diperintahkan ke atas Rasul kami  Nabi
Muhammmad S.A.W. adalah satu perancangan-Mu yang kemas dan teratur, demi
memperkukuhkan kekuatan untuk menegakkan hak  kebenaran, keadilan, kemakmuran,
keamanan dan kebahagiaan. Sesungguhnya hijrah rasul-Mu merupakan peristiwa agung yang
akan seentiasa kami hayati.

‫اَللَّهُ َّم يَا فَتَّا ُح يَا َعلِ ْي ُم‬

Bersempena dengan majlis yang kami adakan ini, kami memohon agar pengertian  falsafah serta
semangat hijrah sentiasa subur di hati kami. Sentiasa subur di hati setiap umat termasuk sikap,
watak dan perbuatan. Ya Allah, gerakkanlah hati, amalan dan fikiran kami kearah amal makruf.
Berhijrah kepada makruf, berhijrah dari maksiat kepada taubat dan keinsafan. Berhijrah dari
kekufuran nikmat kepada bersyukur. Berhijrah daripada malas kepada rajin dan sedia berkorban.
Berhijrah daripada jahil kepada berpengetahuan. Berkeadaan tidak baik kepada kadaan lebih baik
mengikut petunjuk pimpinan-Mu ya Allah. Semoga kami dapat menempuh hidup baru dan maju
ke hadapan sesuai tujuan manusia dijadikan sebagai khalifah di muka bumi yang luas terbentang
ini.

ِ ‫اض َي ْال َحا َجا‬


‫ت‬ ِ َ‫ت َوق‬ َ ‫اَللَّهُ َّم يَا ُم ِجي‬
ِ ‫ْب ال َّد َع َوا‬

Peliharalah kami dan negara kami ini ya Allah serta  seluruh negara Islam daripada sebarang
huru-hara dan ancaman .Peliharakanlah perpaduan kami. Pereratkanlah tali persaudaraan di
antara kami. Semoga hidup kami sentiasa berada dalam keadaan selamat sejahtera aman damai
yang berpanjangan.

ِ ‫ َوتُبْ َعلَ ْينَا ِإنَّكَ َأ ْنتَ التَّوَّابُ الر‬ ‫ك َأ ْنتَ ال َّس ِم ْي ُع ْال َعلِ ْي ُم‬
‫َّح ْي ُم‬ َ َّ‫َربَّنَا تَقَبَّلْ ِمنَّا ِإن‬
ِ َّ‫اب الن‬
‫ار‬ ً ْ ً
َ ‫َربَّنَا َءاتِنَا فِى ال ُّد ْنيَا َح َسنَة َوفِى اآل ِخ َر ِة َح َسنَة َوقِنَا َع َذ‬
َ‫صحْ بِ ِه َأجْ َم ِع ْينَ َو ْال َح ْم ُد ِهللِ َربِّ ْال َعالَ ِم ْين‬
َ ‫صلَّى هللا ُ َو َسلَّ َم َعلَى َسيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو‬ َ ‫ َو‬.

Anda mungkin juga menyukai