Anda di halaman 1dari 2

Doa Majlis Khatam Al-quran

‫ َو الَّص َالة َو الَّس َالُم َع َلى‬, ‫ َو الَع اِقَبة ِلْلُم َّتِقْيَن‬, , ‫َاْلَح ْم ُد ِهلل َر ِّب الَع اَلِم ْيَن‬
‫ َو َع َلى آِلِه َو َأْص َح اِبِه َأْج َم ِع ْيَن‬, ‫َس ِّيِد َنا ُمَح َّم ٍد‬

Ya Allah ya tuhan kami

Sesungguhnya kami menadah tangan, menzahirkan rasa kesyukuran atas iradat dan
qudrat-Mu, yang telah menentukan dan mengizinkan kami, untuk berhimpun pada
pagi yang berbahagia ini, di majlis Pendaftaran dan taklimat transisi, peringkat sk
bukit mentok tahun 2024.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Ampunilah dosa kami, pimpinlah kami menjadi hamba-hambaMu, yang sentiasa


mentaatiMu, dan juga sebagai ibubapa yang prihatin, terhadap masa depan anak-
anak. Hidupkanlah dalam hati-hati kami, rasa tanggungjawab terhadap amanah Mu,
dalam mendidik anak-anak, kerana mereka adalah aset, yang sangat berharga buat
kami semua, untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti.

Ya Allah

, NabiMu telah bersabda yang mafhumnya, apabila mati seseorang anak Adam,
terputuslah amalannya, kecuali dia meninggalkan anak yang soleh atau solehah,
yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya. Oleh itu Ya Allah,kurniakanlah kepada
kami anak-anak yang soleh, yang bakal mencerna dan mewarnai negara tercinta ini,
dengan generasi yang beriman dan bertaqwa, cintakan ilmu pengetahuan, berhati
mulia dan berbudi luhur.

Ya Allah, Ya Hafiz,

Peliharalah anak-anak kami, daripada terjebak dalam kancah kemaksiatan, di dunia


yang serba mencabar, yang nanti bakal mengundang seribu kesesalan. Ya Allah, kami
juga memohon kepadaMu, agar pertemuan kami pada hari ini, menjadi pertemuan
ukhuwwah, serta mengeratkan persahabatan sesama kami. Tautkanlah antara hati-
hati kami, supaya kami dapat bersatu mengembleng tenaga, bagi membina
kecemerlangan anak-anak di sekolah ini.

Allahuma ya zal jalaa li wal ikraam,


‫‪kurniakanlah Ya Allah kepada kami, rezki yg halal dan berpanjangan, zuriat dan‬‬
‫‪generasi yang beriman, serta segala kebaikan dunia dan akhirat.‬‬

‫َالَّلُهَّم اْج َع ْل َج ْمَع َنا َهَذ ا َج ْم ًعا َم ْر ُحْو ًم ا ‪َ ،‬و َتَفُّر َقَـَنا ِم ْن َبْع ِدِه َتَفُّر قًا‬
‫َم ْع ُصْو ًم ا ‪َ ،‬و َال َتْج َع ِل الَّلُهَّم ِفْيَنا َو َال َم َع َنا‪َ ,‬و َال َم ْن َيْتَبُع َنا َش ِقًّيا َو َال‬
‫َم ْطُرْو ًد ا َو َال َم ْح ُرْو ًم ا ‪.‬‬
‫الَّلُهَّم اْج َع ْل َخ ْيَر َأْع َم اِرَنا َء اِخ ُر ُه‪َ ,‬و َخ ْيَر َأْع َم اِلَنا َخ َو اِتُم ُه‪َ ,‬و َخ ْيَر أَّياِم َنا‬
‫َيْو َم أْلَقاَك ِفْيِه‬
‫الَّلُهَّم اْغ ِفْر َلَنا ُذ ُنْو َبَنا‪َ ,‬و ِإل ْخ َو اِنَنا اَّلِذ ْيَن َسَبُقْو َنا ِباِإل ْيَم اِن ‪َ ,‬و َال َتْج َع ْل ِفْي‬
‫قُـُلْو ِبَنا ِغ ًّال ِلَّلِذ ْيَن َء اَم ُنْو ا‪َ ,‬ر َّبَناإَّنَك َر ُءْو ٌف َرِح ْيٌم‬
‫َر َّبَنا َء اِتَنا ِفي الُّد ْنَيا َحَس َنة‪َ ً,‬و ِفي األِخ َرِة َحَس َنة‪َ ً,‬و ِقَنا َع َذ اَب الَّنار‬
‫‪َ.‬و َص َّلى ُهللا َع َلى ُمَح َّم ٍد َو َع َلى َء اِلِه َو َص ْح ِبِه َو َس َّلَم ‪َ ،‬و اْلَح ْم ُد ِهَّلِل َر ِّب‬
‫الَع اَلِم ْيَن‬

Anda mungkin juga menyukai