Anda di halaman 1dari 2

TEKS PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬.


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Yang Berusaha Tuan Pengetua, Puan Nor Hayati binti Imam Khatabi,
Yang Dihormati Barisan Kepimpinan Pentadbir Sekolah;
Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum - Puan Jauriah binti Mat
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid – Tuan Abdul Aziz bin Abdullah
Penolong Kanan Kokurikulum - Puan Nur Shafrizan binti Sena Bul
Penolong Kanan PPKI - Encik Haji Majdi bin Ismail
Guru-guru Kanan Matapelajaran
Guru-guru dan murid-murid SMK Kiaramas yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan
inayah NYA, maka dapat kita berhimpun dan berkumpul pada pagi yang indah ini.

* NYANYIAN LAGU

Bagi meneruskan majlis perhimpunan pada pagi ini, dengan segala hormatnya dipersilakan semua guru
dan murid SMK Kiaramas berdiri dan bersedia untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku, lagu
Wilayah Persekutuan dan lagu sekolah.

Dengan segala hormatnya, hadirin diminta berdiri.

# Habis nyanyian

Terima kasih kepada guru-guru dan murid-murid atas nyanyian sebentar tadi.

* DOA DAN IKRAR

Untuk memberkati perhimpunan kita pada pagi, saya mempersilakan pengawas yang bertugas untuk
memimpin bacaan doa dan ikrar.

# Habis bacaan doa dan ikrar

Majlis mengucapkan terima kasih kepada pengawas bertugas atas bacaan doa dan ikrar sebentar tadi.
Semua guru dan murid dipersilakan duduk.

* LAPORAN GURU BERTUGAS

Guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati sekalian,

Kita teruskan majlis pada pagi ini dengan mempersilakan Encik/ Puan _________________________
untuk menyampaikan laporan bertugas pada minggu lepas. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
# Habis cikgu berucap

Terima kasih kepada Encik / Puan ______________________ atas laporan yang disampaikan tadi.

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan wakil guru bertugas minggu ini Encik /
Puan __________________________ untuk menyampaikan ucapan.

# Habis cikgu berucap

Terima kasih kepada Encik / Puan ____________________________

* UCAPAN GURU (JIKA ADA)

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Encik/Puan _____________________ untuk


memberikan ucapan.

# Habis guru berucap

Terima kasih diucapkan kepada Encik/Puan ______________________________________________

* UCAPAN PENGETUA / PENTADBIR

Seterusnya, saya mempersilakan Puan Pengetua / Penolong Kanan Pentadbiran / Penolong Kanan
HEM / Penolong Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan ucapan.

# Habis pentadbir berucap

Saya bagi pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan oleh Tuan
Pengetua / Penolon Kanan itu tadi. Semoga nasihat, teguran, amanat itu dapat kita jadikan panduan
untuk merealisasikan kecemerlangan sekolah kita.

* PENGUMUMAN (JIKA ADA)

Perhimpunan kita sampai dipenghujungnya, sebelum bersurai, ada beberapa pengumuman yang ingin
saya sampaikan ;

1) ___________________________________________________________
2) ____________________________________________________________

* BERSURAI

Sampai di sini sahaja perhimpunan kita pada pagi ini. Saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih
kepada Tuan Pengetua, Semua Penolong Kanan, Guru Kanan Matapelajaran, guru-guru dan murid-
murid yang hadir dalam perhimpunan ini. Majlis diserahkan kepada guru yang bertugas.

Anda mungkin juga menyukai